Fuh..fuh... (meniup habuk dengan kuat), lama sudah blog terbiar dan tidak dikemaskini. Selain daripada tiada kesempatan, kekeringan idea untuk menulis juga membekukan semangat untuk menaip di blog. Alhamdulillah, sudah 20 hari menjengah di tahun 2014 dan Allah memberi peluang untuk saya mengandung anak ke-5 (kandungan ke-6) yang telah memasuki minggu ke-30 pada minggu ini. Syukur setakat ini ibu dan bayi sihat dan tiada sebarang masalah kecuali morning sickness yang agak lebih daripada biasa pada awal kandungan. Saya menjalankan pemeriksaan rutin di Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya dan sekali sekala ke Kajang Plaza Medical Centre bertemu Dr Anita, pakar O&G di sana.Mudah-mudahan Allah memberi kelancaran pada kandungan ini seperti anak-anak sebelum ini...
Tahun ini, sudah tiga orang anak bersekolah rendah di Sekolah Rendah Islam ABIM. Ariff di tahun 3 Hamzah, Akeef 2 Omar dan Najla di tahun 1 Abu Bakar. Alhamdulillah semua anak-anak kelihatan gembira pada sesi persekolahan yang baru. Walaupun ini merupakan pengalaman pertama Najla di sekolah rendah, dia sangat mudah menyesuaikan diri dan kelihatan sangat bersemangat ke sekolah walaupun pertama kali perlu memakai tudung dari jam 7 pagi hingga waktu saya menjemputnya kira-kira 6 petang. Bila ditanya sama ada bersekolah tadika atau sekolah Abim yang lebih seronok, jawabnya tentulah sekolah Abim kerana boleh dapat duit belanja dan beli di KOOP.. :-D.
Alhamdulillah banyak perubahan positif pada Najla sejak mula bersekolah, dia memakai pakaian menutup aurat dengan tudung dan stoking secara konsisten setiap kali keluar, lebih mudah bangun pagi dan bersiap ke sekolah dan menjaga solat lima waktu. Saya dan suami sangat gembira dengan perubahan positif ini. Baru dua minggu bersekolah, Ariff dan Akeef terpaksa bercuti sakit selama seminggu kerana dijangkiti chicken pox. Bagi mengelakkan adik-adik turut terjangkit dan saya pula mengandung, mereka dihantar bercuti ke kampung halaman di Kampar, Perak. Berdasarkan pembacaan, adalah agak berisiko sekiranya ibu mengandung dijangkiti demam chicken pox. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga...
Aleesya Nour pula masih di Taska D'Sayang Kementerian Kesihatan tetapi sudah bertukar ke kelas yang lebih 'dewasa' kerana sudah ada uniform dan mula belajar. Eczemanya masih ada walaupun terkawal. Cuma tiap-tiap malam masih mahu menggaru. Buat masa ini kami menagadakan perjumpaan rutin dengan doktor pakar di Hospital Putrajaya setiap 4-6 bulan berdasarkan temujanji. Hospital turut membekalkan ubat-ubatan seperti Aquoes dan Hydrocote cream tetapi saya menggunakan produk steroid-free, Moogoo yang dibeli sendiri di farmasi. Sudah besar dan sungguh petah bercakap dan menyanyi. InsyaAllah genap 3 tahun nanti Aleesya Nour akan mendapat adik baru pula dan harap-harap dia pandai menjaga adik nanti...
Followers
Thursday, January 23, 2014
Friday, January 04, 2013
Ilmu Fardhu Ain: Tanggungjawab Siapa?
Setiap kali berada dalam kereta, radio kegemaran yang akan saya dengari tidak lain dan tidak bukan ialah Ikim.fm. Saya suka mendengar Ikim.fm kerana sangat banyak perkara yang saya belajar di samping mengingatkan semula diri yang sudah sedia lemah dan lalai. Dari Ikim.fm lah saya banyak belajar memperbaiki skil
keibubapaan dan isteri selain dari ilmu-ilmu lain yang berguna untuk
kehidupan di dunia dan akhirat. Antara personaliti jemputan yang saya minati ialah Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Prof Dr Muhaya, Ustaz Zaharuddin dan tetamu-tetamu jemputan dalam siaran Islam Agamku setiap petang Khamis. Dr Sidek Baba berselang seli dengan Dr Mohd Farid Mohd Shahran juga ada bersiaran pada setiap petang Isnin dalam siaran Guru dan Pendidikan.
Satu ilmu baru yang nampak kecil tetapi memberi impak yang besar yang saya perolehi semasa mendengar Ikim.fm ialah berkaitan pendidikan asas ilmu Fardhu Ain kepada anak-anak. Menurut Dr Mohd Farid Mohd Shahran, memberi ilmu Fardhu Ain sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Kesilapan ibu bapa pada hari ini ialah ramai yang outsource tanggungjawab tersebut kepada pihak luar contohnya mengajar membaca Iqra' dan Al-Quran kepada anak-anak dihantar kepada ustaz dan ustazah di luar, belajar solat dan hukum-hakam pula diharapkan kepada ustaz dan ustazah di sekolah. Jadi bila anak lambat naik Al-Quran atau tidak betul rukun solatnya, ustaz dan ustazah di luarlah yang seringkali dipersalahkan sedangkan tanggungjawab itu sebenarnya terletak pada ibu bapa. Pihak di luar hanya membantu dan memperkuatkan lagi kemahiran anak-anak sahaja.
Seboleh-bolehnya tanggungjawab mengajar anak membaca Al-Quran perlu dilakukan oleh ibu bapa. Jika ibu bapa tidak pandai, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk belajar sehingga pandai dan mampu mengajar anak-anak membaca Al-Quran dengan betul. Anak-anak yang diasuh oleh ibu bapanya sendiri membaca Al-Quran akan menjadi anak-anak yang lebih yakin pada diri sendiri dan lebih menghormati ibu bapanya. Bagi anak-anak, ibu dan bapa merekalah hero pertama mereka sebelum mereka mengenali hero-hero yang lain. Alangkah beruntungnya dan bertuahnya anak-anak jika hero pujaan mereka sendiri dapat mengajar mereka mengaji di rumah.
Begitulah juga dengan ilmu asas fardhu ain seperti solat, berpuasa, mengenali Allah dan sebagainya. Sebagai ibu bapa Muslim, kita mesti memastikan anak-anak mampu berwudhu dan bersolat dengan betul. Sesi memperkenalkan Pencipta yakni Allah kepada anak-anak juga boleh dilakukan secara tidak langsung semasa sesi bermain-main dengan anak-anak atau berada dalam kenderaan. Segala perkara yang ada di sekeliling kita boleh dikaitkan dengan kewujudan Allah seperti awan, pokok-pokok, binatang, makanan dan sebagainya. Penerapan akidah yang kukuh sejak kecil amat penting untuk membina keyakinan terhadap Islam dan membina kekuatan diri ketika anak-anak menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Pergantungan yang tinggi kepada Allah akan menjadikan anak-anak seorang yang redha dan sentiasa berbahagia dalam hidupnya kerana yakin setiap apa yang berlaku adalah kehendak Allah.
Thursday, December 27, 2012
Persiapan Sekolah Anak-anak
Alhamdulillah tahun Masihi 2013 yang bakal menjelma empat hari lagi. Kebetulan pula tahun baru 1433 Hijrah juga baru saja berlangsung. Lazimnya pada setiap tahun baru kita akan memasang azam baru untuk memperbaiki diri lebih baik dari tahun sebelumnya. Bagi tahun Hijrah yang baru ini, saya berazam untuk memperbaiki kemahiran dan sifat seorang ibu dan isteri yang lebih baik dari sebelum ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama menambah ilmu keibubapaan dan rumahtangga menurut Islam dan menambah amalan-amalan yang boleh melembutkan hati seperti zikir, solat malam dan membaca Al-Quran agar Allah mudahkan diri kita untuk menerima hidayah dan mengamalkan perkara-perkara yang dituntut oleh syariat. Hidayah Allah tidak semestinya datang kepada orang yang bukan Muslim sahaja tetapi, kita yang sudah Muslim ini juga mesti sentiasa mengharapkan hidayah Allah supaya diberi kekuatan memilih perkara yang Allah suka dari perkara yang Allah murka dan berdoa agar dimatikan dalam iman.
Kurang seminggu lagi persekolahan sesi baru akan bermula. Persiapan sekolah anak-anak sudah hampir lengkap. Untuk persekolahan tahun hadapan, mana-mana peralatan sekolah yang masih baik, akan terus digunakan seperti beg sekolah, baju sekolah, kasut dan stokin. Alat tulis juga tidak banyak yang perlu dibeli kerana anak-anak banyak mendapat alat tulis baru dari goodie pack malis hari jadi kawan-kawan. Awal-awal lagi saya sudah mendapat persetujuan anak-anak tentang mana-mana alat yang masih elok, ummi dan ayah tidak akan belikan yang baru dan akan masih digunakan untuk sesi sekolah yang datang. Alhamdulillah anak-anak pun bersetuju. Tujuan utama adalah untuk mengajar anak-anak supaya bersyukur dan menghargai setiap perkara yang mereka perolehi selain dari mengelakkan pembaziran. Saya bimbang jika anak-anak biasa diberi yang baru walaupun yang lama masih elok, mereka akan terbawa-bawa sifat itu sehingga dewasa dan akan memberi kesan kepada amalan dan hati anak-anak.
Tahun 2013 ini Ariff akan menginjak ke tahun dua, Akeef di tahun satu dan Najla tadika enam tahun. Ariff dan Akeef akan sama-sama bersekolah di SRI Abim manakala Najla akan meneruskan pengajian tadikanya di BBIM. Jika ada rezeki, Najla juga diharapkan dapat ke SRI Abim bersama abang-abang pada tahun 2014, insyaAllah. Aleesya yang bongsu setakat ini akan terus ber'sekolah' di Taska De'Sayang, Kementerian Kesihatan sekurang-kurangnya untuk dua tahun lagi. Bila dia sudah masuk usia empat tahun nanti barulah kami bercadang untuk menempatkan Aleesya di sekolah yang lebih formal. Untungnya ada anak-anak bersekolah berturut-turut ini kerana buku teks boleh diturunkan dari seorang ke seorang. Harap-harap untuk beberapa tahun ini tiada perubahan besar dalam silibus pelajaran di sekolah supaya buku-buku teks anak-anak dapat diturunkan untuk sekurang-kurangnya untuk Ariff, Akeef dan Najla. Syukur juga buku-buku Ariff dulu masih elok dan baik keadaannya.
Untuk ibu-ibu yang ada anak-anak yang bersekolah pada tahun hadapan, selamat membuat persiapan terakhir dan selamat kembali ke hari-hari rutin dan sibuk semula. InsyaAllah walaupun sedikit lelah dan terkejar-kejar menguruskan hal ehwal anak di musim persekolahan, ganjaran pahala tersedia buat ibu-ibu. Mudah-mudahan Allah memudahkan urusan kita dan memberi laluan kepada kita menjadikan anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat...
Friday, December 21, 2012
Adreana Najla, Aleesya Nour dan Eczema
Pada cuti persekolahan yang panjang kali ini, kami belum berpeluang membawa anak-anak untuk bercuti ke mana-mana tempat peranginan secara rasmi kerana kesibukan Cik Abang Sayang dengan urusan kerja dan pengajian Sarjana secara separuh masanya. Setiap hari Sabtu dipenuhi dengan kelas dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Sebelum masuk waktu maghrib barulah Cik Abang Sayang tiba di rumah. Tinggallah saya dan Aleesya membuat aktiviti bersama-sama kerana abang-abang dan kakak masih di kampung.
Hanya pada hujung minggu lepas kami berpeluang mengikut suami yang menghadiri mesyuarat di Bukit Gambang Resort City, Kuantan pada hujung minggu. Kebetulan keluarga turut ditanggung semasa penginapan di sana, kami pun mengambil peluang untuk 'menemani' suami bermesyuarat. Hanya perlu tambah bayaran RM200 untuk menukar bilik dari studio kepada apartment dua bilik.
Sebaik tiba di sana, keadaan bilik tidaklah seperti yang saya bayangkan. Dalam banyak-banyak tempat penginapan yang pernah saya hadiri kerana mengikut suami bermesyuarat, Bukit Gambang Resort City tidak dapat menandingi markah keselesaan dan kualiti servis berbanding dengan tempat-tempat penginapan lain yang pernah kami duduki sebelum ini. Saya pun tidak dapat mengingati nama-nama tempat penginapan yang pernah disinggahi di Port Dickson, Cherating, Kuantan, Melaka, Sabah dan Damai Laut. Sebelum ini pun percutian bukanlah aktiviti rutin kami tetapi insyaAllah selepas ini kami akan cuba mengadakan percutian bersama keluarga sebagai aktiviti tahunan memandangkan anak-anak pun sudah besar dan ada keinginan untuk berjalan-jalan.
Cuma satu perkara yang perlu diberi perhatian lebih apabila bercuti adalah masalah kulit kakak Najla dan Aleesya yang mengalami eczema. Mereka mula dikesan menghidapi eczema setelah berusia setahun lebih. Alhamdulillah masalah eczema Najla semakin pulih bila dia makin besar tetapi diganti pula dengan masalah selsema yang berterusan. Semasa dia masih kecil, ada beberapa klinik pakar dan kulit yang telah kami lawati dan menurut doktor masalah eczema adalah penyakit yang lazim dihadapi oleh kanak-kanak atau orang dewasa dan biasanya ia akan hilang dengan sendiri bila anak-anak bertambah usia. Usia sebenar akan berakhir itu tidak dapat dipastikan, bergantung kepada bila anak-anak mula dijangkiti eczema. Lebih cepat kena, lebih cepatlah baiknya. Menurut doktor, itu juga adalah penyakit keturunan sama ada ibu bapa ada yang asma, resdung atau sakit kulit. Bila diimbas semula memori barulah saya teringat yang masa zaman saya bersekolah dulu saya dijangkiti selsema yang tidak berkesudahan terutama pada waktu pagi. Bersin dan tisu itu sudah menjadi perkara rutin buat saya pada waktu itu. Entah bila tiba-tiba selsema itu hilang dengan sendiri, saya pun tidak sedar tapi kalau tidak silap semasa awal sekolah menengah.
Sambung cerita tentang percutian di Gambang. Selepas sakan mandi kolam renang di Gambang, kulit Aleesya dijangkiti eczema yang sangat teruk sehingga lukanya berair terutama di keliling tangan. Sedih sungguh saya melihatnya tetapi sifatnya yang tetap aktif dan ceria mengurangkan kerisauan di hati. Sebaik sahaja tiba di Kampar selepas bercuti, kami terus ke Klinik Nagoke di Tanjung Tualang yang terkenal dengan kemujaraban ubatnya (dengan izin Allah) bagi penyakit kulit. Waktu Najla dulu pun, kami pernah mendapatkan rawatan di klinik yang sama. Sampai pukul 12 tengah hari dan orang sudah beratur panjang. Pesakit di klinik ini memang sangat ramai dan saya pulak hampir terlupa tentang itu. Sebaiknya kena tiba awal pagi supaya dapat nombor awal dan dapat lebih awal berjumpa doktor. Disebabkan nombor pagi sudah habis, saya diberi nombor awal tapi untuk sesi jam dua petang. Mujurlah rumah kampung mak abah tak jauh dari klinik, lebih kurang 15 minit perjalanan. Kami pun pulang ke rumah semula dan akan terus ke klinik sebelum bertolak balik ke Putrajaya petang itu juga.
Bila tiba giliran berjumpa doktor, beliau maklumkan Aleesya sudah terkena kudis api akibat dari bakteria, mungkin semasa mandi manda di kolam renang Gambang Resort dan akibat kandungan klorin air kolam yang tinggi. Kata doktor lagi, disebabkan muka Aleesya sama seperti saya, sayalah yang menurunkan penyakit eczema itu kepada anak-anak, :-D. Doktor di Klinik Nagoke ini namanya Dr Sivadas, merupakan seorang doktor berbangsa India tetapi menguasai bahasa Kantonis, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik. Saya mendengar dia bercakap dalam kesemua bahasa itu dengan lancar dengan pesakit dan stafnya. Menurut mak, seorang stafnya yang berbangsa Melayu pandai berbahasa Kantonis juga. Mungkin dia boleh berbahasa Arab juga, saya tidak pasti. Bila diajukan bagaimana beliau boleh bercakap Kantonis dengan baik, katanya dia belajar sendiri. Kliniknya di Tanjung Tualang ini terletak di perkampungan Cina dan sebahagian penduduk Cina yang tinggal di kampung tidak boleh berbahasa Malaysia dengan baik. Jadi dia perlu menguasai bahasa mereka supaya dapat membantu dan mengubati mereka dengan baik. Patut lah terdapat banyak plag dan tulisan di kliniknya dalam bahasa Cina. Mungkin ia dihadiahkan oleh penduduk kampung itu atau pesakitnya yang berbangsa Cina.
Menurut Dr Siva, anak-anak yang mengalami eczema tidak ada kaitan dengan pemakanan yang diambil. Jadi tak perlu pantang apa-apa makanan kecuali memang jelas anak-anak allergic kepada sesuatu makanan setelah mencubanya dan beliau juga tidak galakkan saya untuk ambil ujian mengesan allergic anak. Katanya ujian itu dikhususkan untuk 'orang putih' dan tidak begitu sesuai dengan orang Malaysia. Jika ujian diambil, keputusannya tidak begitu tepat dan akan ada banyak benda yang anak-anak tidak boleh makan. Saya hanya mendengar, tidak kata setuju atau tidak bersetuju. Tapi kalau doktor pakar kulit sendiri sudah kata begitu, saya membatalkan niat untuk ambil ujian tersebut untuk Aleesya. Begitu juga dengan pemilihan susu anak. Jika anak-anak yang eczema sudah diperkenalkan dengan susu lembu, penukaran kepada susu soya tidak memberikan banyak perbezaaan pada kulit anak melainkan jika anak terus dikenalkan dengan susu soya. Anak-anak eczema juga lebih selesa jika dapat tidur dalam air-cond beserta kipas angin yang terpasang kerana kepanasan dan peluh merupakan musuh utama kepada eczema. Kami dibekalkan dengan dua botol kecil sabun mandian khas, sebotol losyen dan krim kulit beserta antibiotik. Bayaran yang dikenakan hanya RM106 sahaja, sangat berbaloi dengan ubat-ubatannya yang insyaAllah berkesan, tips dan nasihat yang diberikan. Ibu bapa yang ada anak-anak eczema tentu lebih arif tentang harga 'bahan penjagaan' kulit anak-anak yang eczema. Sebab itulah bagi saya harganya berbaloi jika dibandingkan dengan harga sabun dan ubat di farmasi. Alhamdulillah selepas sehari mengenakan losyen, krim dan sabun mandian dari Klinik Nagoke, kulit Aleesya menunjukkan reaksi positif. Hari ini, kulitnya semakin sembuh dan kulit yang dijangkiti itu menggelupas sedikit demi sedikit dan digantikan dengan kulit yang baru. Selepas ini, ayah tak perlu panggil Aleesya Si Tompok dan ummi juga tak boleh menyebut Aleesya Si Bintik-bintik lagi... :-)

Thursday, December 20, 2012
Belajar Membaca Yang Mana Dulu: Al-Quran, BI atau BM?
Tahap pencapaian anak-anak zaman sekarang sungguh jauh terkedepan berbanding dengan zaman saya masih kanak-kanak sekitar 80-an dahulu. Masa itu, bila masuk darjah satu bukan semua anak-anak sudah boleh membaca dengan lancar. Kisah seorang anak yang dapat membaca seawal usia empat tahun ketika itu telah mendapat perhatian yang luar biasa sehingga dia menjadi anak angkat kepada seorang professor. Namun sayangnya pencapaiannya yang luar biasa ketika masih kanak-kanak tidak menjamin kecemerlangannya di dunia setelah dia dikatakan hanya menjadi seorang penebar roti canai. Bagi saya tidak ada apa-apa yang mengecewakan jika dia menjadi seorang penebar roti canai kerana Allah tidak menilai pekerjaan kita di dunia sebagai tiket untuk ke syurga melainkan hanya amalan dan dosa. Penebar roti canai yang beriman, walaupun di dunia tidak dipandang mulia tetapi di akhirat mungkin dia lebih tinggi darjatnya dari seorang Perdana Menteri.
Melalui pembacaan dan penemuan saya dengan ramai ibu-ibu (kerana biasanya ibu-ibu yang lebih prihatin dengan pencapaian anak-anak), majoriti mengutamakan pencapaian akademik anak-anak di dunia berbanding mengambil berat persediaan anak-anak untuk menghadapi alam yang abadi. Satu contoh yang paling asas ialah belajar membaca. Yang manakah perlu didahulukan dahulu sama ada membaca dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Al-Quran? Kebanyakan ibu bapa hanya mengutamakan anak-anak supaya dapat membaca BM atau BI seawal yang mungkin supaya tidak jauh ketinggalan dengan rakan-rakan sebaya apabila masuk darjah satu nanti. Sementelahan pula, kebanyakan sekolah kebangsaan akan mengadakan ujian bacaan dan penulisan selain dari matematik untuk menentukan kelas anak-anak. Isu-isu yang demikianlah yang menyebabkan ramai ibu bapa yang risau apabila anak-anak masih belum boleh membaca BM atau BI pada usia lima tahun sedangkan masih boleh betenang jika anak masih Iqra' 1 pada usia tujuh tahun. Begitu hebat penangan sistem pendidikan negara kita sehingga menyebabkan ramai ibu bapa yang kabur tentang hakikat dunia ini hanya sementara temasuklah saya sendiri satu ketika dulu. Kesedaran datang sendiri apabila melihat pencapaian anak-anak yang berlaku tanpa disedari.
Satu masa dulu saya juga tidak pasti yang mana harus dikuasai dulu oleh anak-anak. Dalam tidak pasti itu, saya mengenalkan anak-anak kepada bacaan Al-Quran sejak anak-anak dari dalam kandungan lagi. Asas ini sudah pasti diamalkan oleh kebanyakan ibu-ibu. Sejak itu saya terfikir, jika anak-anak masih di dalam perut lagi ibu-ibu sudah digalakkan membaca Al-Quran, apatah lagi bila anak-anak sudah lahir ke dunia. Malahan pula berdasarkan kajian, bacaan Al-Quran ibu yang mengandung itu memberi impak yang positif terhadap perkembangan anak-anak di dalam rahim. Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa Al-Quran seharusnya diperkenalkan kepada anak-anak sebelum ilmu-ilmu bacaan yang lain. Kepentingan penguasaan Al-Quran adalah asas kepada segala-gala keperluan kehidupan kita sebagai Muslim. Di dalam solat, kita diwajibkan membaca Al-Fatihah yang merupakan ibu Al-Quran dengan betul. Begitu juga Al-Quran dan As-Sunnah merupakan panduan sepanjang hayat sebagai seorang Muslim dalam mengejar kebahagiaan hakiki da akhirat nanti.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia.
Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab
baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Friday, December 07, 2012
Pencapaian Anak-anak 2012 Siri 2
Hari ini sudah masuk dua minggu anak-anak bercuti sekolah panjang di hujung tahun. Makanya sudah dua minggu jugalah anak-anak berada di kampung halaman bersama Wan dan Atok. Rasa sunyi dan sepi rumah tanpa sebahagian anak-anak kerana sudah terbiasa dengan keadaan meriah dan sibuk. Sekarang hanya Aleesya Nour yang ada di rumah menemani ummi dan ayah. Pada awal-awal ketiadaan abang dan kakak, Aleesya sibuk me'round' rumah dari dapur ke depan dan dari bilik ke bilik. Saya berpesan yang abang-abang dan kakak ada di kampung kerana cuti sekolah bila lihat dia sibuk ke sana ke mari. Pada hemat saya, mungkin dia mencari-cari di mana abang-abang dan kakak yang selalunya sibuk mengajaknya bermain. Selepas dua tiga hari mengulang perkara yang sama, dia sudah menghentikan pencariannya setelah gagal menemui abang-abang dan kakak pada setiap misi pencariannya :-). Hampir setiap petang, kami akan menghubungi mereka di kampung dengan loud speaker supaya Aleesya dapat berbual dengan abang dan kakak.
Menghantar anak-anak ke kampung meruapakan satu alternatif pada musim cuti sekolah panjang kerana sukar mencari pengasuh lebih-lebih lagi di Putrajaya yang boleh menjaga anak-anak hanya pada musim cuti. Memikirkan yang anak-anak sudah besar panjang dan boleh berdikari, percutian mereka ke kampung halaman adalah lebih sesuai dari terperuk di rumah. Maklum sajalah kami tinggal di apartment, tiada tempat luas untuk mereka bermain dan aktiviti outdoor yang sangat terhad. Sekurang-kurangnya di kampung bolehlah bermain basikal, menyepak bola, bermain badminton dan menolong wan dan atok membersihkan laman rumah yang luas di kampung. Kebetulan sekarang ini musim buah dan anak-anak ini memang suka makan buah rambutan. Wan dan atok juga tidak rasa sunyi bila ada cucu-cucu meneman dengan syarat anak-anak diharap berhemah dan tidak menyusahkan Wan dan Atok di kampung. Sekali sekala timbul juga perasaan risau jika anak-anak ini berperangai yang tidak sepatutnya dan membuatkan Wan dan Atok pening kepala. Alhamdulillah setakat ni semua baik-baik saja dan semuanya menurut perintah.:-)
Adreana Najla Mohd Nasir
Umur pada 7 Disember 2012: 5 tahun, 7 bulan dan 18 hari.
Sifat Terpuji:
1. Seorang anak yang suka menolong ummi membuat kerja-kerja dapur.
2. Suka dan pandai melayan adik kecil. Terkekek-kekek adik ketawa bila main sama kakak Najla.
3. Anak yang cepat tangkap bila belajar sesuatu. Najla mempunyai kemahiran yang baik dalam pelajaran Matematik.
4. Najla memiliki bakat yang sangat baik dalam baking. Setiap kali membuat kek atau cup cake, dia akan setia menyiapkannya sehingga kek selamat dimasukkan ke dalam oven. Hasil kerjanya sangat kemas dan lebih baik berbanding ummi. :-)
Sifat Yang Boleh Diperbaiki:
1. Najla tentu lagi comel jika senang bangun tidur pada waktu pagi dan rajin mandi pagi. :-D
2. Bila Najla tidak memangis dan kurang merajuk, Najla sama macam princess yang cantik dan baik hati... :-)
3. Semua orang sayang Najla jika Najla tidak menyaakat abang-abang.
Pencapaian Bacaan Al-Quran: Buku Iqra' 3 setelah mula serius mengaji pada usia lima tahun lebih. Alhamdulillah sekarang ni Najla sangat berminat mengaji Iqra' sampai tak terlayan ummi dan ayah. Lepas mengaji dengan ummi dan beralih satu page, dia pergi mengaji dengan ayah pula supaya dapat alih satu page lagi. Wan kata di kampung sekarang kalau boleh satu hari sampai enam kali nak mengaji supaya cepat boleh baca Al-Quran macam abang-abang.
Hafazan di Sekolah: Sudah menghafaz surah-surah Juzu' Amma. Semasa persembahan sekolah baru-baru ini, Najla menghafaz sebahagian Surah Al-Anbiya' termasuk tafsir dalam Bahasa Inggeris.
Pencapaian Solat: Alhamdulillah Najla semakin rajin bersolat bila diajak dan telah menghafaz bacaan-bacaan dalam solat yang dipelajari di sekolah.
Pencapaian Membaca dan Menulis: Masih perlu banyak praktis untuk membaca BM dengan lancar. Najla belajar membaca BI dahulu sebelum BM supaya tidak confius dengan bunyi huruf. Saya tidak begitu risau walaupun dia tidak menguasai teknik membaca lebih awal kerana Ariff dan Akeef dulu pun betul-betul lancar membaca pada usia enam tahun. Keutamaan saya adalah pada penguasaan bacaan Al-Quran dahulu sebelum anak-anak boleh menguasai bacaan BI dan BM.
Aleesya Nour Mohd Nasir
Umur pada 7 Disember 2012: 1 tahun, 7 bulan dan 17 hari.
Perkembangan terkini:
1. Daripada hanya enam batang gigi (empat di atas, dua di bawah) sejak tahun lalu, Aleesya telah tumbuh enam batang gigi lagi secara serentak (tambahan dua di bawah dan keseluruhan gigi geraham).
2. Alhamdulillah Aleesya dikurniakan kesihatan yang baik seperti abang-abang dan kakaknya sejak kecil. Hanya akan demam bila nak tumbuh gigi dan semasa awal-awal masuk ke taska dulu. Mungkin kerana belum serasi dengan suasana taksa. Alhamdulillah sekarang dah immune dan sihat walafiat sentiasa.
3. Sudah pandai bercakap beberapa patah perkataan dan suka sangat mamanggil ayah dan ummi sebelum mula bercerita dalam bahasanya sendiri. Alhamdulillah Aleesya sama seperti abang-abang dan kakaknya yang pandai bercakap terus dan tiada bunyi pelat.
4. Hobi pada masa lapang ialah 'mengemas' kabinet dapur. Pantang masuk dapur mesti nak kemas.
5. Rancangan kegemaran ialah Upin Ipin dan lagu tema TV Alhijrah selain dari suka menonton klip video Maher Zain.

Thursday, December 06, 2012
Pencapaian Anak-anak 2012 Siri I
Tarikh hari ini menunjukkan tinggal kurang 23 hari lagi sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya. Sedar tak sedar, sungguh pantas masa berlalu dari hari ke hari. Dalam kecepatan masa itu juga, terlalu banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam tahun 2012 ini yang tak sempat dicatatkan secara bertulis tetapi kesemuanya tetap terpahat di dalam hati. Alhamdulillah satu tahun yang berlalu menunjukkan banyak perubahan dan kemajuan pada anak-anak. Syukur juga dengan pertambahan umur ini bermakna sudah bertambah nikmat umur yang Allah beri, maka bertambah jualah pengalaman dan kematangan hidup tetapi semakin hampir dengan alam yang hakiki.
Pada tahun hadapan, Abang Ariff Najmuddin akan melangkah ke tahun dua bermakna sudah setahun Ariff bersekolah di Sekolah Rendah Islam Abim, Sungai Ramal. Tidak terucap dengan kata-kata rasa syukur atas peluang yang Allah beri untuk Ariff bersekolah di Sri Abim. Sangat banyak perkara positif yang diperolehi beliau sepanjang masa di sana. Abang Akeef Nu'man dan Kakak Adreana Najla juga sedar tak sedar sudah menamatkan tahun pertama persekolahan di Brainy Bunch Islamic Montessori, Putrajaya. Alhamdulillah mereka berdua gembira dan belajar banyak perkara baru dan positif di sekolah. Tahun hadapan, Akeef akan menurut jejak langkah Ariff menuntut di Sri Abim setelah menjalani ujian kemasukan tahun satu pada Julai 2012 yang lepas. Najla pula akan meneruskan pengajian tadika enam tahunnya di BBIM Putrajaya.
Ariff Najmuddin Mohd Nasir
Umur pada 6 Disember 2012: 7 tahun, 10 bulan dan 24 hari.
Sifat Terpuji:
1. Seorang anak yang lemah lembut bila bercakap dan bertanggungjawab pada adik-adik. Boleh melayan adik jika ummi sibuk membuat kerja dapur.
2. Seorang anak yang berdikari dan suka mengajak adik-adik membuat kebaikan.
3. Seorang anak yang kuat semangat. Mampu berpuasa penuh dengan rela hati semasa bersekolah di Brisbane walaupun dikelilingi oleh kawan-kawan bukan Muslim pada usia enam tahun. Hanya tertinggal puasa selama sehari masa di sana kerana ummi bangun lambat dan tak sempat kejut sahur. Seharian dia menangis dan memohon maaf kerana tidak dapat berpuasa.
4. Seorang anak yang istiqamah dalam solat lima waktu pada usia tujuh tahun. Dia juga sering mengingatkan ummi dan ayah supaya bersolat awal waktu. Jika bermusafir dan sudah masuk waktu solat, dialah yang akan cepat-cepat mengingatkan supaya segera bersolat.
5. Seorang anak yang prihatin dan suka membantu orang lain yang dalam kesusahan.
Sifat Yang Boleh Diperbaiki
1. Perlu cepat-cepat ambil al-Quran untuk mengaji selepas solat maghrib supaya dapat pahala banyak.
2. Boleh dapat cepat masuk syurga jika suka tolong ummi kemas rumah bila diminta.
3. Airff akan lebih handsome jika boleh makan sedikit demi sedikit dan berhati-hati semasa makan.
Pencapaian Bacaan Al-Quran: Juzu' 13 di rumah bersama ayah/ ummi di rumah dan Juzu' 1 di sekolah. Tahap bacaan dan tajwidnya juga sangat baik dari hari ke hari. (Di sekolah juga ada bacaan intensif yang dinilai dari awal tahun pelajar masuk ke sekolah dan dikelaskan bermula dari Qiraati 1 hingga Al-Quran).
Hafazan di Sekolah: Sudah tamat Juzu' Amma dan mula hafazan Juzu' Satu.
Pencapaian Bacaan dan Penulisan BM: Semakin baik dari hari ke hari tetapi masih perlu banyak membaca dan memperbaiki tatabahasa.
Pencapaian Bacaan dan Penulisan BI: Semakin baik dari hari ke hari tetapi masih perlu banyak membaca untuk menambah idea membuat karangan yang baik.
Pencapaian Bacaan dan Penulisan Jawi: Cemerlang (Tiada asas penulisan dan bacaan jawi masa mula-mula ke sekolah).
Pencapaian Bacaan dan Penulisan BA: Semakin baik dari hari ke hari dan menunjukkan kemajuan dalam prestasi peperikasaan.
Pencapaian Matematik: Cemerlang. Menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan dalam peperiksaan akhir tahun.
Peperiksaan Awal Tahun: Tempat ke-18 dari 33 orang dengan peratusan markah sebanyak 84%.
Peperiksaan Akhir Tahun: Tempat ke-13 dari 34 orang dengan peratusan markah sebanyak 88%, menerima anugerah mata pelajaran Pendidikan Teras Islam Terbaik (Sungguh tak sangka sebab bersekolah di sekolah orang putih sebelum ini :-) ).
Pencapaian Lain: Seorang anak yang mempunyai bakat dalam bidang seni suara (menurun dari ayahnya seorang bekas penyanyi nasyid yang meletop di UIA dulu :-D). Boleh melaungkan azan dengan baik dan suka menyanyikan lagu-lagu nasyid yang disukainya.
Program Cuti Sekolah Yang Dihadiri:
1. Kem Anak Soleh (5 hari)
Hasil: Menjadi anak yang lebih prihatin untuk membantu ummi dan ayah membuat kerja rumah.
2. Kem Brilliant Student AMPAC (5 hari)
Hasil: Dapat berpidato dengan cemerlang dan yakin. Ayah dan ummi pun terkejut kali pertama tengok Ariff berpidato dengan hebat dan yakin.
Akeef Nu'man Mohd Nasir
Umur pada 6 Disember 2012: 6 tahun, 9 bulan dan 5 hari.
Sifat Terpuji:
1. Seorang anak yang rajin menolong ummi mengemas rumah.
2. Seorang anak yang sangat berdikari. Setiap pagi akan bangun tidur sendiri, mandi dan bersiap untuk ke sekolah tanpa disuruh. Begitu juga pada waktu mandi petang.
3. Seorang yang sangat mementingkan penampilan diri yang kemas dan wangi. Akan menyikat rambut dengan mengadap cermin sekurang-kurang 10 minit selepas mandi, memakai bedak (apa-apa bedak yang dia jumpa akan dipakainya tak kira la bedak perempuan atau lelaki atau baby) dan minyak wangi (sudah tiga botol minyak wanginya habis diguna pada tahun ini). Akan marah dan tak puas hati jika orang terusik rambutnya hingga menyebabkan remos beliau lari dari tempat asal.
4. Seorang anak yang bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu perkara. Sangat suka membaca al-Quran. Jika ummi dan ayah tidak dapat mengajarnya membaca al-Quran pada satu-satu hari, beliau akan membaca al-Quran sendiri (walaupun ayah dah kata kena khatam dulu baru boleh baca al-Quran sendiri). Juga sangat tekun dan rajin dalam membuat latihan akademik. Lebih dari lima belas buku latihan di rumah yang telah dihabiskan pada tahun ini. Rekod beliau menghabiskan satu buku latihan dalam masa satu hari sahaja dan mengeluh kerana dah tak ada buku nak ditulis.
5. Seorang abang yang bertanggungjawab terhadap adik-adik. Dia akan menegur Najla jika dia tidak memakai tudung atau tidak bersolat. Bila Najla kata dia kecik lagi, beliau akan berkata budak kecik la kena belajar dari awal. Kalau dah besar dah tak sempat. Apa yang tidak sempat, tidaklah diketahui oleh ummi. :-)
6. Seorang anak yang bermotivasi tinggi dan akan cuba mencapai setiap apa yang diimpikan dengan pencapai terbaik.
Sifat Yang Boleh Diperbaiki
1. Akeef tentu lebih hebat jika boleh memahami arahan dengan lebih baik.
2. Akeef nampak comel jika pandai mencari barang yang diminta. Contohnya boleh cari baju sendiri selepas mandi. :-) (Akeef selalunya tidak pandai mencari barang dan Najla akan menjadi penolong setianya dalam misi mencari barang).
3. Jika bermain, sila jangan lupa diri. (Akeef ni kalau dah jumpa kawan dan bermain, dah tak ingat benda lain dah).
Pencapaian Bacaan Al-Quran: Juzu' 15 di rumah bersama ayah/ ummi di rumah.
Pencapaian Solat: Alhamdulillah Akeef telah mengahafaz bacaan-bacaan dalam solat yang dipelajari di sekolah dan selalu berebut-rebut dengan Abang Ariff untuk menjadi imam bila mereka mereka bersolat adik-beradik.
Hafazan di Sekolah: Sudah menghafaz surah-surah Juzu' Amma. Semasa persembahan hafazan Graduation Day baru-baru ini, Akeef mengetuai kumpulan hafazan dari Surah Al-Baqarah termasuk tafsir dalam Bahasa Inggeris.
Pencapaian Bacaan dan Penulisan BM: Semakin baik dari hari ke hari.
Pencapaian Bacaan dan Penulisan BI: Semakin baik dari hari ke hari.
Pencapaian Akademik di Sekolah: Penerima anugerah First Honour atas kecemerlangan akhlak, agama dan akedemik di sekolah.
Pencapaian Lain: Seorang anak yang berbakat dalam sukan. Menerima anugerah Atlet Lelaki Terbaik semasa Sukan Tahunan BBIM 2012 dan mendapat tempat ke-2 semasa larian sukan di Ironside State School. Selain itu Akeef juga peminta tegar Maher Zain dan menghafal kebanyakan lagu-lagu Maher Zain dan dinyanyikan dengan penuh gaya. :-)

Friday, September 21, 2012
Selamat Belajar Di Semester Baru Suamiku...
Membaca posting Ustaz Hasrizal berkenaan cuti belajar mengingatkan saya kepada suami yang turut sedang menyambung pengajian Sarjananya secara part time di UiTM, Shah Alam. Sebaik sahaja kembali ke Malaysia setelah saya menamatkan pengajian, suami menyatakan hasrat untuk mengambil giliran menjadi pelajar pula. Saya sudah pasti dengan hati terbuka dan gembira, tanpa berfikir panjang terus bersetuju dengan hasrat murninya dan berazam untuk memberi sokongan sepenuhnya terhadap cita-cita dan perjuangannya nanti.Alhamdulillah bermula Februari 2012 yang lepas suami telah memulakan pengajiannya dan semester pertama telah pun berakhir dengan jayanya. Keputusan semester pertama juga telah keluar dan alhamdulillah suami memperolehi keputusan yang jauh lebih cemerlang berbanding dengan keputusan semasa zaman first degree semasa masih bujang dan tidak banyak tanggungjawab dulu. Betullah kata orang, belajar setelah berkahwin ini lebih berkat kerana fikiran lebih lapang dan tenang walaupun kalau diikutkan lebih banyak tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul setelah bergelar suami, isteri, ibu atau bapa. Itu belum masuk cerita bab bekerja lagi kerana zaman first degree jadi full time student, sekarang jadi part time student pula... Syukur suami juga memperolehi biasiswa MyBrain15 yang ditaja oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Biasiswa ini sebenarnya diperuntukkan khas untuk rakyat Malaysia yang cukup syarat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Pasca Siwazah (rujuk di sini).
Pada 22 September ini, semester baru akan bermula dan suami akan memulakan semula rutin ke kelas pada setiap pagi Sabtu dan pulang sebelum maghrib pada hari yang sama. Selamat menyambung tanggungjawab sebagai pelajar semula dan saya dan anak-anak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk suami dan ayah tersayang. Semoga Allah melancar dan memudahkan segala urusan dan memberi keberkatan dalam setiap perkara yang kita lakukan... We love you a lot and lots...:-)
Labels:
belajar sambil bekerja,
belajar separuh masa,
sarjana,
uitm
Friday, September 07, 2012
Suka Duka Ramadhan dan Syawal 1433 (Siri 2)
Syawal kali pertama setelah dua tahun kami menyambutnya di rantau orang sudah pasti menjadi hari yang ditunggu-tunggu terutama oleh anak-anak. Kali ini anak-anak berpeluang berbaju baru, merasai pengalaman pulang ke kampung dan menikmati juadah hari raya seperti kelaziman sambutan hari raya di Malaysia. Hari raya pertama tahun ini kami berpeluang pulang ke kampung suami di Permatang Pauh, Pulau Pinang kerana sememangnya tahun ini giliran berhari raya di sana. Hari raya pertama kami menikmati ketupat pulut, rendang daging, rendang ayam dan nasi beriyani yang disediakan semenjak malam raya lagi. Raya ke-dua saya dibantu oleh adik ipar dan ibu mertua berpeluang menyediakan bihun sup, bergedel ayam dan sambal kicap yang menjadi hidangan kegemaran kami sekeluarga. Memang meriah rasanya raya kali ini kerana dikunjungi dan berpeluang mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai jauh dan dekat.
Pada hari raya ke-enam kami bertolak ke Kampar, Perak untuk meneruskan kemeriahan hari raya kerana mak dan abah yang baru sahaja pulang dari tanah suci setelah sebulan mengerjakan umrah bersama opah. Dengan berat hati hanya dua hari sahaja bermalam di Kampar, kami telah pulang semula ke Putrajaya kerana anak-anak akan memulakan sesi persekolahan semula. Muncung dan mendung anak-anak jangan cakaplah kerana tidak berpuas hati hanya dapat menikmati sekejap sahaja suasana di kampung wan dan atuk tapi termakan pujuk juga bila mengingatkan yang cuti sekolah yang panjang akan tiba tak lama lagi.
Minggu selepas raya, kami sekeluarga memulakan kehidupan seperti biasa, ke sekolah, ke pejabat dan ke nurseri. Pada subuh hari Khamis, 30 Ogos 2012 saya tiba-tiba menyedari ada sedikit pendarahan yang berlaku. Saya menyangka itu hanyalaha pendarahan biasa kerana pernah mengalami perkara yang sama ketika mengandungkan Akeef. Pendarahannya tidak berhenti dan seakan-akan mengalami datang bulan. Saya berpesan kepada suami supaya meneruskan tugas seperti biasa dan saya akan ke klinik bersendirian pada petang itu kerana tidak terasa sakit apa-apa walaupun saya dinasihatkan supaya terus ke klinik pada pagi itu juga. Selepas menunaikan solat zohor, saya terus ke Kajang Plaza Medical Centre untuk menemui Prof Jamil yang bertugas pada hari itu. Hati terasa tidak keruan walaupun saya cuba memujuk dan menenangkan hati sendiri. Setelah imbasan dan pemeriksaan dilakukan, saya dimaklumkan oleh Prof Jamil bahawa saiz kandungan yang sepatutnya berada pada 12 minggu tidak membesar dan masih berada pada saiz 8 minggu. Jantungnya juga sudah berhenti berdegup dan pengaliran darahnya juga sudah tidak berlaku. Mendengar penjelasan itu, saya di antara percaya dengan tidak kerana tidak menduga perkara sedemikian akan berlaku. Hati tiba-taba menjadi sayu dan rembesan air mata sudah bercucuran di dalam hati walaupun di luar saya kelihatan tenang. Saya merasakan Allah sedang mendakap saya dengan penuh kasih sayang dan menyedarkan saya tentang hakikat bahawa syurga Allah itu bukan sesuatu yang Allah berikan percuma.
"Dan janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji," (Surah Al-Ankabut : 2)
Subhanallah, saya berasa lebih tenang bila mengingatkan diri tentang ayat dan janji-janji Allah dan saya terus menghubungi suami untuk memaklumkan pengkhabaran itu. "Innalillahiwainnailaihi roji'un..", suami menerima berita dengan tenang walaupun kedengaran sedikit getar di hujung talian. Kerana ini pengalaman pertama saya mengalami keguguran, saya memohon Prof Jamil supaya menyediakan surat rujukan supaya saya boleh mendapatkan pandangan ke-dua di Hospital Putrajaya walaupun Prof menasihatkan saya supaya menjalankan D&C.
Keesokan harinya, saya suami dan Aleesya terus Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas menghantar anak-anak yang lain ke rumah adik di Taman Sekamat, Kajang. Saya sudah bersedia dengan kelengkapan pakaian, manalah tau jika perlu bermalam di wad pada malam itu. Tidak sampai sepuluh minit menunggu, kami dipanggil ke bilik doktor. Berdasarkan nasihat Dr., beliau memaklumkan bahawa keputusan imbasan sedemikian kebiasaannya adalah keputusan yang pasti, lebih-lebih lagi ia diputuskan oleh seorang consultant. Walaubagaimanapun disebabkan cuti umum hujung minggu, kemudahan imbasan tidak dapat digunakan di Hospital Putrajaya dan saya diminta untuk datang semula pada hari Isnin untuk menjalankan imbasan. Saya juga dinasihatkan oleh Dr. bahawa secara lumrahnya, jika janin telah meninggal dunia, proses pengeluarannya akan berlaku secara semulajadi tetapi tidak dapat dipastikan waktu dan ketikanya. Suaminya seakan lebih bersetuju jika janin keluar secara semulajadi bagi mengelakkan komplikasi dan risiko lain yang mungkin berlaku jika menjalankan D&C. Walaubagaimanapun, jika janin tidak keluar secara keseluruhan, proses D&C masih perlu dilakukan. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menjlankan D&C di KPMC pada keesokan harinya. Disebabkan sudah lewat petang, kami dinasihatkan supaya datang pada awal pagi Ahad kerana kebiasaanya proses D&C dilakukan pada awal pagi supaya pesakit tidak perlu bermalam di wad.
Benarlah sebaik-baik perancangan manusia, peraturan dan ketentuan Allah itu lebih bijak dan berhikmah. Pada petang itu saya sudah mula merasakan sakit kontraksi pada tahap ke-dua yang berterusan sepuluh minit sekali. Walaupun sudah berpuasa semenjak jam 10 malam, saya tidak berselera untuk menjamah makanan ketika hadir ke rumah Kak Gee kononnya untuk mengambil anak-anak kembali. Disebabkan sakit yang tidak surut, saya menjangka akan tiba masa janin keluar sendiri pada hari itu juga dan kami membatalkan hasrat untuk mengambil anak-anak. Ketika berada di pintu rumah dan bersalaman untuk pulang, saya terasa ada sesuatu yang keluar dari tempat lazim anak-anak dilahirkan. Saya berasa amat yakin itu adalah kandungan yang keluar secara semulajadi dan sakit kontraksi terus hilang seiring dengan itu. Suami terus membawa saya ke wad kecemasan Hospital Putrajaya dan seperti yang dijangka janin yang telah meninggal dunia telah keluar secara semulajadi. Disebabkan masih ada darah beku dan untuk mengelakkan komplikasi, saya diminta bermalam di wad untuk menjalankan proses D&C pada keesokan harinya.
Alhamdulillah proses D&C berjalan dengan lancar pada 2 September 2012 jam 11.55 pagi. Saya dikehendaki berpuasa selama enam jam sebelum melakukan D&C. Proses dilakukan di bilik bedah di mana saya perlu dibius separuh badan. Saya masih sedar ketika proses berjalan dan hanya berasa kebas bermula di bawah pinggang hingga ke kaki. Tidak ada rasa sakit dan proses pembersihan hanya mengambil masa lebih kurang sepuluh minit sahaja. Kakitangan di Hospital Putrajaya sangat baik hati berdedikasi. Kemudahan di hospital juga sangat moden dan slesa. Saya berasa sangat bersyukur mendapat rawatan lanjut di sana. Saya sepatutnya dibenarkan discaj pada keesokan harinya tetapi memikirkan anak-anak yang akan bersekolah esok, saya mohon agar Dr. mengizikan saya keluar pada malam itu kerana sudah berasa agak sihat. Mak dan abah juga sudah tiba di rumah setelah pulang dari kenduri di Kuantan.
Alhamdulillah hari ini merupakan hari ke-lima saya masih berpantang sama seperti orang lepas bersalin, bezanya saya tidak ada bayi kecil untuk dijaga dan disusui. Saya memanjatkan kesukuran kerana saya dipilih untuk menghadapi ujian berdasarkan kemampuan yang saya ada. Sesungguhnya ujian Allah itu akan menguji dan meningkatkan keimanan kepada Allah jika kita mampu berfikir. Semoga Allah menjadikan kita semua hamba yang sentiasa menyedari tentang hakikat kehidupan kita di dunia adalah untuk mencari kebahagian yang abadi di akhirat....

dnc,
Hospital Putrajaya,
keguguran,
KPMC,
ujian Allah
Wednesday, September 05, 2012
Suka Duka Ramadhan dan Syawal 1433 (Siri I)
Sukarnya mencuri masa untuk menulis blog walaupun sekali sekala ada masa terluang, namun idea dan feel untuk menulis itu tidak datang-datang. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berada pada bulan Ramadhan tahun ini dan Syawal telah masuk minggu ke-dua. Dalam kegembiraan menyambut tibanya Ramadhan, saya menerima pengkhabaran gembira yang tidak disangka pada awal Ramadhan. Hari pertama berpuasa pada tahun ini dialami dengan penuh rasa lesu dan tidak berdaya yang amat sangat. Saya cuba mencari di mana silapnya kerana jarang sekali saya berasa penat begini berpuasa pada awal Ramadhan. Saya membuat kesimpulan kerana sudah lama tidak berpuasa menyebabkan badan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Alhamdulillah puasa pada hari ke-dua berjalan dengan lebih baik walaupun masih berasa kelesuan yang luar biasa. Hari ke-tiga berpuasa, saya masih berasa ragu dengan keadaan tidak berdaya saya. Disebabkan hari itu merupakan hari pertama bekerja dalam bulan Ramadhan, saya berkesempatan singgah di farmasi di Anjung untuk membeli sesuatu yang mungkin boleh membantu untuk merungkai jawapan kepada kepenatan melampau berpuasa kali ini. Setelah menjalankan pemeriksaan di rumah menggunakan Urine Pregnancy Test yang dibeli di farmasi, saya tidak dapat berhenti tersenyum melihat dua garisan muncul pada alat tersebut. Walaupun tidak menyangka akan menerima berita gembira seawal ini, saya meletakkan keyakinan yang sangat tinggi pada ketentuan Allah dan apa jua yang Allah jadikan tidak ada satu pun yang sia-sia. Suami yang kehairanan melihat saya keluar dari bilik air dengan tidak berhenti tersenyum berasa hairan dan bertanya. Saya tidak pasti apa yang ada di dalam hati tetapi dia ketawa dan membuat lawak spontan bila saya maklumkan dia bakal menerima cahaya mata ke-lima pada tahun hadapan. Keesokan harinya, kami terus ke klinik berdekatan untuk menjalankan ultrasound bagi mendapatkan kepastian keadaan kandungan. Alhamdulillah, kandungan pada ketika itu berusia lapan minggu dan berada pada saiz yang sepatutnya. Saya dan suami berkongsi kegembiraan di status facebook pada hari itu kerana saya mahu bakal anak ke-lima ini tahu bahawa kami sangat gembira dengan kehadirannya dan tidak sabar-sabar untuk menatap wajahnya dan mendengar tangisan pertamanya. Saya pernah dikurniakan kelahiran tiga tahun berturut-turut dan pada ketika itu saya dan suami pernah berasa seperti diuji dengan ujian yang berat sedangkan kami tidak sedar bahawa itu sebenarnya hanya ujian sementara dan hikmahnya telah Allah perlihatkan tidak lama kemudian dan hingga kini. Alhamdulillah berkat melahirkan anak tiga tahun berturut-turut, anak-anak kami membesar bersama-sama dan dikurniakan Allah dengan sebaik-baik rupa, akal dan perangai.
Mengharungi trimester pertama dalam bulan Ramadhan kali ini merupakan pengalaman pertama saya berpuasa seperti anak-anak yang baru belajar bepuasa. Beberapa kali mengalami keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan disebabkan perut meragam menyebabkan saya terpaksa EL sehari dan MC dua hari sepanjang Ramadhan ini. Pada waktu pagi saya sering berasa tidak berdaya kerana menahan loya dan rasa pening-pening lalat. Saya gagahkan juga untuk hadir ke pejabat walaupun pada kebanyakan masa saya hanya mampu termenung dan kadang kala tertidur kerana menahan pening. Rasa berdosa dan bersalah kerana tidak dapat menjalankan tugas seperti biasa tapi saya benar-benar tidak berdaya. Selama tiga hari saya tidak dapat berpuasa kerana tidak sihat dan pada kebanyakan hari yang lain saya menggigil-gigil kerana menggagahkan diri untuk berpuasa. Sebaik menunaikan solat maghrib, saya akan terus tumbang dan akan menunaikan solat isya' dalam keadaan pening bila sudah tertidur. Hanya beberapa kali saya berpeluang bersolat terawikh dan pada kebanyakan masa saya tunaikan dengan cara duduk. Sepuluh malam terakhir tidak dapat saya raikan sepenuhnya dan pada ketika ini barulah saya menghargai betapa mahalnya harga sebuah kesihatan terutama dalam bulan Ramadhan. Rasa sedih dan cemburu kerana tidak dapat mengejar pahala ibadah khusus Ramadhan kali ini tetapi saya memanjatkan doa agar Allah menggantikan keredhaan saya terhadap kesihatan yang tidak menentu ini dengan ganjaran yang hampir dengan ibadah malam yang tidak mampu saya laksanakan pada kebanyakan masa.
Dengan penuh semangat saya telah membuka buku merah di Klinik Kesihatan Presint 9 ketika suami bercuti Nuzul Quran bagi negeri Selangor. Pada masa itu usia kandungan adalah pada minggu ke-9. Bermula hari itu, saya mengambil sebiji obimin pluz yang dibekalkan oleh misi bagi memastikan kesihatan kandungan. Set Salindah yang telah saya tempah juga telah diterima dan saya perlu mula makan pada usia kandungan pada minggu ke-12. Pada waktu sedikit sihat, saya sudah mula mencari-cari nama bayi yang sesuai. Saya tidak kisah jantina bayi yang bakal dilahirkan dan hanya mendoakan agar dia sihat dan menjadi anak yang soleh. Abang-abang dan kakak-kakaknya juga sudak dimaklumkan mengenai bakal ketibaan adik baru mereka dan sudah tentu mereka sangat exited dan berebut-rebut memilih jantina kerana ingin menambah ahli pasukan untuk bermain. Aleesya juga sudah saya ajar supaya mengenal apa itu baby dan pandai menyebut baby setelah beberapa kali saya mengajarnya. Nampaknya semuanya berjalan lancar dan abang-abang dan kakak-kakak sudah bersedia untuk menerima teman sepermainan baru.
Syukur keadaan kesihatan semakin baik bila tibanya Syawal. Mungkin kerana saya boleh manjamah makanan pada waktu saya memerlukan membuatkan saya rasa lebih bertenaga. Kerana tidak pernah mengalami apa-apa masalah pemakanan terlarang pada kandungan-kandungan terdahulu, saya menjangkakan saya tidak perlu memilih sebarang makanan atau minuman untuk dinikmati pada kandungan kali ini juga walaupun saya menghadapi morning sickness yang lebih dari biasa pada kali ini.

Wednesday, May 30, 2012
Mengapa Saya Memilih Untuk Mengambil Pembantu Rumah
Nurseri vs Pengasuh vs Pembantu Rumah: adalah dilema ibu bapa bekerja yang mempunyai anak-anak kecil yang tiada berkesudahan. Sebagai ibu bapa, kita sentiasa ingin memberi yang terbaik untuk anak-anak dan dalam masa yang sama kita dapat meneruskan tanggungjawab sebagai pekerja dengan baik. Perlu diingatkan bahawa persoalan memilih mana yang terbaik adalah subjektif kepada setiap keluarga. Tidak ada jawapan yang betul dan salah dalam menyelesaikan isu ini dan sekiranya sepasang suami isteri memilih untuk menghantar anaknya kepada pengasuh dan telah membuktikan pilihannya terbaik untuk keluarganya, itu tidak beerti orang lain perlu mengikut langkah yang sama. Langkah pertama yang harus dilakukan adalah dengan mengerjakan solat istikharah, memohon petunjuk dari Allah agar mendapat jalan yang terbaik.
Setiap keluarga mempunyai keperluan yang berbeza. Untuk mengetahui yang manakah terbaik untuk keluarga kita, pelbagai faktor harus diambil kira seperti nature bekerja suami dan isteri, bilangan dan usia anak-anak, sesi persekolahan anak-anak dan sebagainya. Yang penting juga, kita harus meletakkan apakan priority kita dalam memastikan keselesaan dan keselamatan anak-anak yang di bawah jagaan pihak ke-tiga semasa kita bekerja untuk mencari rezeki membesarkan anak-anak. Priority ini contohnya kita lebih selesa jika anak-anak dijaga oleh nurseri kerana mempunyai tenaga penjaga yang terlatih berbanding dengan meletakkan anak-anak di bawah jagaan pengasuh di rumah. Kita juga tidak sanggup menagambil risiko mengambil pembantu rumah untuk menjaga anak-anak kerana banyak mendengar berita-berita yang kurang enak mengenai pembantu rumah. Jadi, berdasarkan pandangan itu kita meletakkan nurseri sebagai pilihan utama.Selepas membuat pilihan yang terbaik, barulah kita memilih nurseri yang paling sesuai dengan anak-anak. Suka juga diingatkan, dalam memilih nurseri yang terbaik ada banyak perkara yang kita perlu perhalusi. Selain dari mempunyai sijil kelulusan JKM, lihat juga suasana nurseri itu dari segi kebersihan, penjagaan anak-anak, makanan dan sebagainya selain dari aktivit sampingan yang ditawarkan untuk anak-anak. Berbincang dengan pemilik, pengasuh di nurseri dan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke nurseri yang sama juga banyak membantu memberi gambaran mengenai nurseri tersebut. Jika sudah berpuas hati, barulah kita memilih opsyen tersebut setelah melakukan solat hajat memohon agar Allah memberkati pilihan kita.
Begitulah juga langkah-langkah yang telah saya dan suami laksanakan sebelum membuat keputusan mengambil pembantu rumah untuk menjaga anak-anak. Sebenarnya ini adalah pilihan terakhir dari tiga pilihan yang ada selepas mendapat tahu pembantu rumah yang sebelum ini tidak dapat kembali berkhidmat kerana perlu menjaga anak perempuan bongsunya yang belum berumahtangga. Pada asalnya, kami berhasrat untuk menghantar anak kami yang paling bongsu (setakat ini) ke nurseri yang terletak bersebelahan dengan blok apartment kami. Berdasarkan testimoni yang diperolehi dari rakan yang pernah menghantar anak, nurseri itu diberi pada tahap OK saja oleh beliau. Bila tiba hari saya mahu menghantar borang dan bayaran booking, nurseri itu telah penuh dan tidak dapat menerima permohonan baru walaupun dua minggu sebelum itu saya difahamkan ada lapan kekosongan untuk bayi bawah satu tahun. Allah lebih mengetahui segalanya dan saya terima dengan hati yang tenang dan gembira atas keyakinan pada ketentuan Allah.
Usaha mencari rumah pengasuh yang sesuai juga tidak menampakkan keputusan yang memuaskan kerana rata-rata pengasuh yang ditemui telah menjaga antara 7 - 9 orang anak. Secara umumnya, saya dan suami kurang bersetuju anak diletakkan di bawah jagaan rumah pengasuh yang tidak begitu dikenali apatah lagi yang menjaga ramai anak-anak kecil lain. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk mengambil pembantu rumah dari Indonesia berdasarkan pengalaman pertama kami sebelum ini yang tidak mengecewakan. Sebenarnya jika dilihat dari segi risiko, setiap pilihan itu mempunyai risikonya yang tersendiri tetapi mahu atau tidak, kita tetap perlu membuat pilihan yang terbaik mengikut kemampuan dan keadaan keluarga jika kita ingin menjadi ibu yang berkerjaya. Selebihnya, bertawakal kepada Allah dan banyakkan berdoa semoga Allah menentukan keputusan yang terbaik dan melindungi anak-anak dan keluarga kita.
Alhamdulillah setelah tiga bulan berkhidmat, pembantu rumah ke-dua kami ini dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Yang penting sebagai majikan, kita perlu lihat pembantu rumah itu bukan semata-mata sebagai seorang pekerja, tetapi sebagai seorang Muslim yang kita berikan kepercayaan untuk menjaga anak-anak sewaktu kita keluar bekerja. Maka seharusnya dia dilayan dan diberi didikan selayaknya supaya dia bukan sahaja akan menjalankan tanggungjawabnya kerana inginkan upah, tetapi atas kesedaran bahawa tugasnya mampu menjadi ketentuan sama ada dia akan ke syurga atau neraka. Jika kita mempunyai seorang pembantu rumah, kita harus sedar bahawa kita sebenarnya berperanan menjadi pendakwah kepada mereka. Seharusnya kita perlu mengingatkan mereka cara beribadat dan menutup aurat dengan betul selain dari mengajar mereka mengenai nilai-nilai murni dalam Islam. InsyaAllah, jika setiap perkara yang Allah tentukan itu kita sedar tentang hikmahnya, semuanya akan mendatangkan kebaikan dan keredhaan dari Allah.

Monday, May 28, 2012
Super Parents 2012: Perkongsian Siri 1
Alhamdulillah, ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah kerana saya dan suami diberi peluang untuk menghadiri konvensyen Super Parents 2012 yang dianjurkan oleh iluvislamEvents pada 26 dan 27 Mei 2012 bertempat di PICC, Putrajaya. Sebelum ini saya juga telah berpeluang hadir ke Konvensyen Bidadari Dunia yang diadakan di tempat yang sama. Konvensyen tersebut telah membariskan para penceramah yang hebat dalam bidang keibubapaan dan menjadi inspirasi kepada saya dalam mendidik anak-anak. Walaupun berlaku beberapa kali pertukaran penceramah dan aturcara, bagi saya iluvislamEvents telah berjaya melaksanakan program keibupaan tersebesar itu dengan grade Cemerlang. Tidak salah jika saya katakan usaha CEO iluvislam, Tuan Mohd Nurul Imran Koyube adalah sorang muda yang berpandangan jauh dan berjiwa besar. Selama ini saya sering mengimpikan program-program seperti yang dianjurkan oleh pihak iluvislam tetapi tidak pernah direalisasikan oleh mana-mana pihak berwajib tetapi beliau begitu berani dengan menyandarkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Muslim terhadap agamanya, beliau tampilkan pelbagai pengisian ilmu dalam bentuk 'pengajian moden' yang sesuai mengikut kehendak semasa. Apa yang saya boleh saya katakan, saya akan terus menyokong usaha beliau dalam mendidik masyarakat Muslim khususnya kepada satu tahap yang lebih hebat dan 100% berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Bukanlah sekarang ini masyarakat kita tidak hebat tetapi kelekaan dan kekurangan ilmu sering menjadi penghalang untuk membuka minda dan keupayaan kita bahawa sesungguhnya kita ini Allah jadikan dengan sebaik-baik kejadian dan kita seharusnya menggunakan potensi itu beserta teknik yang betul untuk berubah kepada individu yang lebih positif dan seterusnya melahirkan generasi yang terbilang di dunia dan akhirat.
Saya gembira untuk berkongsi tips-tips yang telah saya perolehi dari pengisian dua hari tersebut tetapi membaca nota atau catatatan orang lain sudah semestinya tidak akan sama dengan dapat hadir sendiri ke program. Mudah-mudahan lebih ramai sahabat ibu bapa dan bakal ibu bapa lain yang berpeluang untuk hadir ke Super Parents atau sebarang program keibubapaan yang lain. Berdasarkan pemerhatian saya, sangat banyak program seperti ini dari yang kecil kepada yang besar diadakan pada tahun ini. Sebelum Super Parents 2012 ini, saya turut dimaklumkan terdapat tiga lagi program keibubapaan yang dianjurkan pada bulan Mei sahaja. Itu tidak termasuk lagi pengajian keibubapaan lain yang dianjurkan pada bulan-bulan sebelumnya. Alhamdulillah saya berpeluang pergi ke program keibubapaan yang terbesar dalam banyak-banyak program yang lain disebabkan lokasi dan waktunya yang sangat strategik. Apa pun, yang penting niat untk hadir ke program perlulah diperbetulkan kerana Allah, untuk menuntut ilmu dan memperbaiki skil keibubapaan dalam mendidik generasi yang akan datang. Bersama ini saya kongsikan sedikit catatan yang sempat saya catat secara fizikal dan sematkan di minda buat masa ini. insyaAllah mudah-mudahan usaha yang tidak seberapa ini bermanfaat buat diri saya dan semua sahabat-sahabat dalam melahirkan keluarga yang menemui kebahagiaan di dunia dan akhirat.
1. Rasulullah S.A.W. adalah contoh terbaik dalam mendidik anak-anak. Didik anak-anak mengikut peringkat usia.
Tajuk : Pendidikan Seks Sebelum Kahwin
Oleh : Ustaz Rohidzir Rais
1. Anak-anak harus diajar untuk meminta izin untuk masuk ke bilik ibu bapa. Ada 3 waktu yang anak dilarang utnuk masuk ke bilik ibu bapa:
i. Sebelum solat Subuh -Waktu ini ibu bapa mungkin sedang tidur atau baru bangun dari tidur. Justeru anak-anak harus diajar agar mengetuk pintu bilik ibu bapa sebelum masuk.
Hal ini kerana waktu inilah kemungkinan waktu-waktu `persendirian' bagi ibu bapa. Mungkin ketika itu peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi. Oleh itu anak-anak dilarang mengganggu ibu bapa.
ii. Sekitar sebelum waktu Zuhur -Waktu Zuhur ini juga disebut sebagai waktu `Qailulah' iaitu antara waktu yang disunatkan untuk tidur sebentar.
Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat atau kemungkinan sedang tidur atau bersiap-siap untuk menunaikan solat Zuhur.
Justeru itu anak-anak sewajarnya diajar adab meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik ibu bapa mengelakkan aurat ibu bapa terdedah kepada anak-anak.
iii. Selepas Isyak
Waktu-waktu seperti ini biasanya ibu bapa sedang bersiap-siap untuk tidur. Atau kemungkinan salah seorang daripada mereka sedang berehat, bersantai atau tidur di dalam bilik.
(Sumber; http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1426)
2. Pergaulan mesra di antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim yang bujang atau telah berkahwin haruslah dielakkan bagi menghindari fitnah.
3. Pisahkan tempat tidur anak-anak lelaki dan perempuan seawal yang boleh atau selewat-lewatnya bila anak-anak berusia 5 tahun. Pisahkan juga tempat tidur ibu bapa dan anak-anak.
4. Perbuatan onani ada pelbagai pandangan dalam Islam. Harus hukumnya sekiranya untuk mengelakkan diri dari maksiat. Walaubagaimanapun mereka yang sering melakukakn onani berkemungkinan besar akan gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami apabila telah berumahtangga.
Tajuk : Tips Memilih Pasangan dan Ketahanan Diri dalam Perkahwinan
Oleh : Dr. Tengku Asmadi
1. Anak yang hebat bukanlah anak-anak yang mendapat semua A dalam pelajarannya atau mencapai kecemerlangan dalam pelajaran semata-mata tetapi anak yang hebat adalah anak yang seimbang di antara pencapaian dunia dan ukhrawinya.
2. Sekiranya anak tidak mempunyai potensi yang baik dalam akademik, ibu bapa tidak seharusnya melabel anak itu sebagai anak yang gagal tetapi mesti sentiasa melihat kepada hikmah yang Allah jadikan. Cari minat anak-anak dan dorong kepada minatnya dan insyaAllah dia boleh jadi orang yang berjaya.
3. Setiap anak mempunyai potensi dan keistimewaannya sendiri. Ibu bapa harus mengetahui keistimewaan mereka dan menyokong apa yang mereka minat selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Bersambung....

Thursday, May 10, 2012
6 Bulan Berlalu Di Tanah Air...
Subhanallah! Sedar tak sedar rupanya sudah hampir 6 bulan saya menjejakkan kaki semula ke tanah air setelah hampir 20 bulan berkelana menuntut ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai di tempat orang. Alhamdulillah cabaran sebagai pelajar sarjana telah berakhir dan meninggalkan kenangan yang takkan saya lupakan selagi diizinkan Allah.Setelah enam bulan meneruskan semula rutin harian seperti sebelum ini, saya dan keluarga masih lagi dalam suasana menyusun aturan hidup yang terbaik untuk kami dan anak-anak. Alhamdulillah kebanyakan perkara berjalan lancar berkat rahmat Allah dan pertolongan ahli keluarga. Buat masa ini kami menetap di kuaters kerajaan di Presint 15-12A, blok apartment yang sangat strategik kedudukannya kerana terletak di antara Presint Diplomatik yang menempatkan kedai-kedai dan Kompleks E di mana saya bertugas di Kementerian Kesihatan. Oh iya, saya telah ditempatkan sebagai PTM di Kementerian Kesihatan Malaysia, bermakna masih berada di kompleks yang sama seperti Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ini. Saya tidak berhasrat untuk memohon secara specific mana-mana kementerian kerana percaya di mana-mana saya diletakkan, saya akan berpeluang belajar perkara baru di samping menimba pengalaman yang berbeza dari jabatan-jabatan sebelum ini. Ini adalah jabatan yang ke-empat saya ditugaskan selepas berkhidmat di English Language Teaching Centre, KL (2004-2005), Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM (2005-2009) dan Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, KPM (2009-2010). Di setiap jabatan saya telah belajar banyak perkara baru dan meninggalkan memori suka dan duka yang pastinya telah mmatangkan saya dan meletakkan saya di keadaan di mana saya berada sekarang. Setiap manusia pasti hanya mahu perkara yang indah berlaku dalam hidupnya sedangkan kita sering terlupa yang ujian dan kepahitan itu Allah jadikan supaya kita mengerti tentang hakikat kehidupan dan menjadikan kita orang yang lebih 'kuat' dan berjaya pada masa depan. Maklumlah, kejayaan dan keindahan hidup itu tidak akan datang bergolek jika tidak ada usaha dan semangat untuk menempuh apa jua cabaran yang mendatang. Yang pastinya, matlamat kehidupan kita yang utama adalah akhirat, untuk mngejar ganjaran syurga yang hakiki. Jika kita yakin dengan janji Allah, insyaAllah setiap yang berlaku dalam kehidupan ini dilihat dan dirasai sebagai keindahan. Walaupun pahit di dunia, atas berkat sabar dan kebergantungan kepada Allah, ianya terasa manis kerana terlihat ganjaran yang menanti di sana...
Sunday, November 06, 2011
Menanti Pulang
Kesibukan memperolehi cahaya mata baru yang dibelai bagai menatang minyak yang penuh menghadkan masa saya untuk mengemaskini blog walaupun banyak cerita yang saya ingin coretkan untuk kenangan masa hadapan. Kini Aleesya Nour akan menjangkan usia tujuh bulan beberapa hari lagi. Dia telah memulakan makanan pejal pertamanya sebulan yang lepas dengan puri buah-buahan yang dibeli siap kerana kekurangan alat untuk menyediakan makanannya ditambah pula dengan kesuntukan masa di semester akhir ini. Blender yang ada biasanya digunakan untuk memesin cili dan bawang. Tak sampai hati pula nak menggunalannya untuk menyediakan makanan Aleesya. insyaAllah bila Aleesya menjangkau usia tujuh bulan nanti, saya berhasrat untuk menyediakan bubur nasi untuknya memandangkan dia sudah pandai mengunyah puri buah-buahannya dengan betul dan sudah sebulan berlatih mengambil makanan. Alhamdulillah segalnya berjalan dengan baik untuk Aleesya. Setakat ini dia tidak pernah kurang sihat kecuali hampir demam selepas mengambil imunisasi pada usia empat bulan.
Alhamdulillah akhirnya tiba jua di penghujung perjuangan saya sebagai pelajar Sarjana di bumi orang setelah menamatkan peperiksaan akhir dan segala tugasan yang ditentukan. Jika semasa datang dulu banyak cabaran yang perlu ditempuh dari membuat pasport, mengambil ujian IELTS, menghadiri kursus persediaan hingga kepada penyesuaian diri dan keluarga di tempat baru, rupa-rupanya ketika hendak pulang, cabarannya tidak kurang hebat. Cuma skopnya saja yang berbeza. Kali ini perkara yang mencabar adalah urusan penghantaran barang-barang melalui kontena dan menyelesaikan urusan mencuci rumah sebelum diserahkan kepada agen. Suami tersayang sangat sibuk dan tidak cukup tidur dan rehat pada minggu terakhir ini kerana menguruskan pelbagai perkara. Syukur banyak perkara telah selesai. Kini kami sedang menanti masa untuk pulang ke tanah air di samping saya sibuk menguruskan tugas-tugas terakhir sebelum menamatkan pengajian di semester akhir. Semoga Allah melancarkan segala urusan....

Saturday, July 23, 2011
Terima kasih Ya Allah...
Cuti semester musim sejuk berbaki kurang seminggu saja lagi. Berakhirnya cuti ini bermakna berakhirlah cuti panjang saya sebagai pelajar Sarjana sebelum menyambung semula tugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat pada Disember ini. Bermakna juga selepas ini saya dan keluarga pastinya merindui kenangan selama hampir dua tahun di bumi kangaroo.
Semasa semester pertama saya memulakan pengajian di sini, ada juga terdetik rasa sukarnya menjadi pelajar ketika memegang beberapa title besar lain sebagai ibu dan isteri. Tempoh lapan tahun menamatkan pengajian terdahulu juga membuatkan saya agak berkarat. Namun saya tetapkan semangat untuk cuba yang terbaik. Semester pertama dan kedua sememangnya agak mencabar kerana perlu mempelajari beberapa subjek programming yang kurang digemari dan dikuasai. Bantuan kawan-kawan dan suami banyak saya perolehi untuk subjek programming. Ketika itu terasa begitu 'makcik'nya saya kerana sukar memahami beberapa perkara. Alhamdulillah saya telah selesai dengan subjek-subjek teknikal yang mencabar buat pelajar pertengahan usia yang tidak obses kepada programming seperti saya. Walaupun tidak berjaya mencapai GPA seperti yang saya harapkan, saya tetap bersyukur ditambah dengan kata-kata semangat dari suami tersayang. Katanya kejayaan yang sebenar bagi saya bukanlah semata-mata kerana keputusan yang cemerlang tetapi terpaksa mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga. Kejayaan saya padanya ialah apabila berjaya menamatkan pengajian dan dalam masa yang sama dapat menjalankan tanggungjawab yang baik sebagai ibu dan isteri. Tidak ada apa yang perlu dikesalkan kerana saya telah berusaha bersungguh-sungguh dan setiap yang Allah tentukan adalah yang yang terbaik untuk saya.
Syukur akhirnya pada semester ke-tiga, barulah Allah menampakkan hikmahnya kepada saya dengan keputusan dan anugerah-anugerah yang cemerlang dalam pengajian. InsyaAllah, dengan pertolongan Allah jua saya menghampiri CGPA yang ingin dicapai. Sesungguhnya semua ini adalah pertolongan dari Allah yang tidak setanding dengan amal yang saya lakukan. Hebatnya kuasa Allah kerana menjadikan sesuatu yang tidak pernah terjangkau oleh fikiran saya yang belajar dalam keadaan yang penuh sederhana sebagai isteri kepada suami yang sangat memahami dan dua pasang cahaya mata yang bijak dan comel. Terima kasih Allah kerana memberi peluang saya merasai semua ini. Semoga nikmat ini menambahkan tingkat keimanan dan kesyukuran saya dan keluarga kepadaMu Ya Allah....

Saturday, July 16, 2011
Semakan Semula Matlamat Jangka Panjang 2011
Matlamat Pada Ogos 2009
1. Naik F44 : 2010
2. Further Masters Full Time : 2010-2012
2. Start my own business : 2011
3. 4th Baby : 2012
3. 5th Baby : 2013
4. 6th Baby : 2015
5. Naik F48 : 2018
6. Perform Hajj : 2020
7. Buy 2nd house : 2022″

Updated version:
1. Tamat Masters: 2011
2. 5th baby: 2013
3. Naik 48: 2014
4. Sambung Phd: 2014
5. Buy 2nd house: 2015
6. 6th baby: 2016
6. 6th baby: 2016
7. Start business: 2016
8. Perform Hajj: 2020
Friday, July 15, 2011
Anak-anakku Yang Empat
Anak-anak telah seminggu memulakan sesi persekolahan setelah dua minggu bercuti. Jenuh juga nak menjawab soalan bila boleh ke sekolah semula. Hari pertama bila sekolah dibuka, masing-masing bukan main bersemangat lagi. Awal-awal pagi dah bangun dan terus mandi sendiri. Syukur rasanya kerana telah banyak perubahan positif berlaku pada anak-anak bila mereka semakin bertambah usia. Banyak perkara yang mereka telah boleh uruskan sendiri lagi-lagi bila sudah dapat adik baru. Bangun pagi, menyiapkan diri ke sekolah dan mengemas bilik tidur biasanya Ariff dan Akeef akan lakukan sendiri setiap pagi. Saya menyiapkan sarapan dan bekal untuk 3 orang dan setiap orang ada 3 bekal tidak termasuk bekal air untuk morning tea, crunch dan lunch. Wah, agak mantap juga bunyinya kerana di Malaysia hanya bawa bekal untuk sekali makan sahaja. :-) Saya bercadang untuk meneruskan budaya membawa bekal bila telah kembali ke Malaysia nanti. Saya juga sangat gembira kerana dari hari ke hari Ariff sudah semakin matang dan bertanggungjawab. Dia boleh diharap untuk menjaga adik-adik dan membuat beberapa kerja rumah yang mudah seperti mengemas, menyapu dan vacume. Akeef juga nampaknya sudah semakin bijak tapi agak nakal sikit sejak ke sekolah. Mungkin kerana terlebih excited dan terikut-ikut dengan gelagat kawan-kawan baru di sekolah. Tapi bagi saya perkara ini adalah normal kerana pernah melalui perkara yang sama semasa Ariff mula bersekolah dulu. Adreana pula saya agak risau untuk sesi persekolahan baru ini kerana best friendnya Sofea aka Yaya sudah tidak bersekolah kerana akan kembali ke Malaysia. Saya berfikir apalah yang perlu dibuat kalau dia tidak mahu ke sekolah dan mencari-cari Sofea di sekolah. Tetapi alhamdulillah dia dapat menerima kenyataan dengan baik setelah saya dan suami mengingatkan dia sejak awal lagi sebelum sekolah bermula bahawa Sofea tidak akan ke sekolah lagi kerana akan pulang ke Malaysia. Walaupun pelbagai persoalan dan rasa tidak puas hati dibangkitkan, akhirnya dia gembira ke sekolah walaupun sentiasa mengingati sahabat baiknya itu.Anak bongsu (setakat ini) sudah menghampiri tiga bulan usianya dan semakin bijak dari hari ke hari. Sekarang sudah pandai menyanyi bila kita menyanyikan lagu kebiasaan yang didengarinya dan dia kelihatan sangat comel bila menyanyi. Meragam juga sudah pandai lagi-lagi bila dia melihat tiada sesiapa yang menemani dia berbaring.
Cuti semester pula tinggal kurang dua minggu lagi. Agak berdebar menanti semester baru kerana bakal menghadapi cabaran terakhir sebelum menamatkan pengajian sarjana ini. Perasaan saya bercampur-campur gembira, bersyukur sedih dan terharu kerana kurang lima bulan lagi insyaAllah kami akan kembali ke Malaysia. Sudah pasti perkara yang paling saya akan rindui ialah masa lapang bersama keluarga yang saya nikmati di sini. Disebabkan suami tidak bekerja secara rutin di sini, dia sentiasa berada di sisi saya dan anak-anak bila sahaja kami memerlukannya. Di sini jugalah saya berpeluang melihat perkembangan anak-anak dengan jelas dan dengan cara dan gaya kami sendiri. Syukur akhirnya tercapai juga hasrat suami agar dapat mengajar anak-anak mengaji sehingga berjaya mencapai al-Quran di sini. Berkat kesabaran suami dan anak-anak, akhirnya impiannya tercapai. Akeef nampaknya lebih berminat mengaji berbanding Ariff dan dia berjaya mengaji al-Quran terlebih dahulu walaupun hanya mula mengaji Iqra' setahun selepas Ariff tetapi kerana tidak jemu dan sejak dulu menanam hasrat ingin 'memotong' abang, akhirnya dia berjaya dan tersenyum gembira. Abang pula menerima kenyataan itu dengan positif dan mengakui kelemahannya walaupun kadang-kadang masih tidak dapat menandingi kerajinan Akeef semasa mengaji. Pencapaian akademik Airff yang cemerlang di sekolah juga amat disyukuri. Namun bagi saya penguasaan yang seimbang di antara ilmu ukhrawi dan duniawi itu adalah matlamat utama dalam mendidik anak-anak. Apalah gunanya kalau dia menjadi doktor tetapi tidak menerapkan nilai-nilai Islam dalam pekerjaannya. Cita-cita saya agar anak-anak menjadi professional yang akan memperjuangkan Islam dalam apa jua keadaan dan cabarannya pada masa hadapan. Mudah-mudahan Allah meredhai keinginan saya dan mengabulkan impian ini...
Friday, July 08, 2011
Study Bersama Baby
Bantuan dan sokongan dari rakan-rakan seperjuangan juga amat membantu saya. Terima kasih tak terhingga buat Alia, Nazim, Zaini dan Eko. Mudah-mudahan Allah merahmati kehidupan anda semua dan hanya Dia yang mampu membalas segala jasa baik anda. Sokongan dan pengorbanan suami dan anak-anak apatah lagi tak mampu saya balas. Kalau tidak kerana doa dan dorongan dari suami yang tak berbelah bagi, amat mustahil untuk saya menghabiskan tiga semester di sini. Alhamdulillah tinggal satu semester akhir dengan tiga subjek lagi sebelum saya menamatkan pengajian Sarjana yang telah lama saya impikan. Terima kasih Allah atas segalanya dan mudah-mudahan rahmat dan kasih sayangMu sentiasa berpanjangan...
Sunday, May 15, 2011
Kelahiran Aleesya Nour di Royal Brisbane Women Hospital -200411
Minggu cuti persekolahan telah bermula pada empat hari yang lepas. Memandangkan tinggal lebih kurang seminggu sebelum tarikh jangkaan bersalin, saya memasak lauk-pauk yang tidak dapat dinikmati semasa dalam pantang pada saki baki hari yang tinggal seperti sambal terung, ayam masak lemak cili api, masak lemak ikan masin+nenas, nasi lemak, pulut kuning dan rendang dan macam-macam lagi. Pada petang 19 April, saya menyediakan kelengkapan terakhir untuk menyambut baby baru. Baby cot dan changing table telah dipasang dan sedia untuk digunakan, mengemas laci baju dan kotak barang baby, menyediakan tungku dan dapur pembakar pada tempatnya dan menyediakan tuam kecil untuk baby menggunakan lada hitam dan halba yang dibalut dengan kain dan rupanya ala-ala sup bunjut. Petang itu juga saya berhasrat untuk mempraktikkan pesanan Mastura (Juhazren) untuk naik turun tangga sambil menyilang kaki untuk tips cepat bersalin. Pada fikiran saya, insyaAllah dua tiga hari lagi keluarlah baby kalau saya rajin buat exercise. Malam itu anak-anak tidur awal kerana kami merancang untuk pergi picnic bersama nasi lemak di tepi pantai pada keesokan harinya. Saya seperti biasa menyambung tugas sebagai pelajar dengan membaca jernal dan membuat tugasan-tugasan yang perlu. Malam ini baby rasanya terlebih aktif dari biasa. Pada tengah malam sebelum tidur, saya mula berasa tidak selesa. Mungkin kerana makan agak lewat hari ini menyebabkan perut masuk angin. Cuba untuk tidur dalam keadaan yang tidak selesa dan saya terjaga pada jam 3.30 pagi kerana rasa tidak selesa yang tidak surut. Oh, nampaknya kali ini memang contraction untuk bersalin. Kalau sudah mula sakit pada waktu ini, selewat-lewatnya petang esok nampaknya keluarlah baby yang dinanti-nantikan selama ini. Saya mengejut suami dan memaklumkan yang masanya telah tiba untuk anak ke-empat kami bertemu dengan ayah dan ummi. Saya terus berwudhu dan menunaikan solat tahajjud dan hajat sebelum menanti waktu Subuh.
Kira-kira jam 5 pagi, suami menghubungi hospital untuk memaklumkan keadaan kami. Berbeza dengan prosedur di Malaysia, kami perlu menguhubungi hospital terlebih dahulu sebelum datang ke hospital supaya pihak hospital lebih bersedia dan dapat memberi panduan apa yang perlu dilakukan terutama bagi orang yang kali pertama bakal menimang cahaya mata, saat ini pastinya amat mencemaskan. Oleh kerana tanda saya hanyalah contraction tanpa ada turun darah dan pecah ketuban, saya diminta supaya bersabar sedikit masa lagi sehingga salah satu tanda tersebut berlaku. Selepas hampir dua jam, saya mengira contraction sudah mencapai lima minit sekali dan saya rasa perlu ke hospital segera memandangkan ini adalah anak yang ke-empat dan kemungkinan masa yang diambil lebih cepat dari sebelumnya. Suami sekali lagi menghubungi pihak hospital memaklumkan kami akan datang dalam masa terdekat. Anak-anak yang lain kami tumpangkan di rumah adik-adik undergrad di St Lucia yang telah kami tempah beberapa bulan dulu bersama dengan bekalan pakaian dan stok makanan kerana anak-anak saya ini memang suka mengunyah. (Thanks a lot Ayu, Bella, Iqa dan McYeen :-)).
Setibanya di hospital kira-kira jam 8 pagi, fail saya telah pun tersedia di kaunter pendaftaran. Memandangkan waktu itu staf sedang dalam pertukaran shif, suasana agak sedikit lengang. Setengah jam selepas menunggu di bilik pemeriksaan, datanglah mid-wife untuk memeriksa keadaan saya. Yang peliknya, sama seperti ketika melahirkan Adreana Najla dulu, contraction yang tadinya seperti tak tertahan-tahan tiba-tiba hilang bila saya tiba di hospital. Mid-wife memaklumkan bukaan adalah pada 6cm tetapi memandangkan air ketuban belum pecah, mungkin akan mengambil sedikit masa lagi sebelum saya dapat melahirkan. Jika di Malaysia, kebiasaannya air ketuban akan dipecahkan dengan sejenis alat oleh misi dan saya akan diberikan water drip untuk mempercepatkan proses bersalin, berbeza di sini, segala-galanya digalakkan berlangsung secara natural lebih-lebih lagi kerana ini kali ke-empat saya melahirkan anak. Rupa-rupanya proses yang berlaku secara natural kurang menyakitkan tetapi mengambil masa yang lebih
panjang. Kira-kira jam 9.30 pagi, saya telah berada di labour room. Sakit sudah hilang dan itu tandanya makin lambat lagilah baby akan keluar. Saya dipasangkan dengan CTG untuk memastikan pergerakan jantung baby dan tahap contraction. Ada dua orang mid-wife yang bersama-sama kami dan tidak meninggalkan kami sendirian walaupun seminit. Penyertaan suami dalam persediaan menyambut kelahiran bayi juga agak berbeza. Suami diminta membantu mid-wife dalam beberapa perkara mudah seperti menghantar borang, mengambil tuala dan sebagainya supaya tidak berasa bosan menunggu lama. Labour roomnya sangat besar dan terdapat pelbagai alat bantu bersalin yang biasa diguna oleh orang putih seperti bola besar, jacuzzi dan entah apa-apa lagi. Saya diminta supaya menggunakan bola besar untuk menguatkan tekanan graviti dan mengembalikan rasa contraction tapi sayangnya ianya langsung tak membantu dan saya rasa seperti seorang kanak-kanak yang bermain di playground bila menggunakan bola itu. Tiba waktu Zohor, suami menunaikan solat di dalam labour room. 'How do you know your are in the right direction?', tanya mid-wife yang nampaknya sudah tau bahawa Muslim perlu bersolat mengadap kiblat. 'Oh, that's intelligent!', kagumnya bila kami menunjukkan kemudahan itu di dalam i-phone. Jika pengalaman sebelum ini saya hanya berbaring menahan sakit, di sini saya perlu banyakkan berjalan di dalam labour room supaya badan tidak lenguh. Kata mid-wife, saya bebas melakukan apa saja sementara menunggu saat bersalin. Ada juga CD player disediakan jika ingin memainkan CD. Akhirnya pada pukul 1 petang, barulah contraction datang kembali setelah saya berjalan-jalan dengan gigihnya di dalam labour room. Pukul 2 petang barulah contraction yang saya rasakan tolakan baby sangat mendesak dan saya terus berbaring semula. Memang sagala-galanya berlangsung secara semula jadi, tiada gunting, tiada tolakan perut dari misi atau mid-wife, semuanya saya usahakan sendiri dan hasilnya bada saya tidak berasa lenguh dan tiada jahitan diperlukan. Alhamdulillah pada jam 2.20 petang, akhirnya lahirlah puteri ke-dua yang kami nanti-nantikan selama ini dengan berat 3.04kg.
Saya bermalam di hospital selama 3 hari 2 malam, tempoh biasa bagi kelahiran di sini. Yang paling saya suka tentang hospital di sini ialah makanannya yang lazat di samping stafnya yang mesra. Saya sudah memilih makanan halal sejak dari awal pemeriksaan, jadi saya dapat makan dengan penuh selera dan tanpa ragu-ragu. Sepanjang saya di hospital, saya didatangi oleh pelbagai pakar dalam bidang masing-masing untuk bertanya memberi khidmat nasihat dan bantuan. Penyusuan susu ibu amat dititikberatkan sehingga ibu perlu menandatangani satu borang khas jika berhasrat memberi anak susu formula semasa di hospital. Saya juga dilawati oleh pakar fisioterapi yang memberi nasihat dan mengajar exercise untuk mengempiskan perut dengan cepat. Syukur alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah. Pengalaman bersalin di negara orang memang tidak dapat saya lupakan dan saya sangat bersyukur kerana dipilih oleh Allah untuk menempuh pengalaman berharga ini. :-)
Kira-kira jam 5 pagi, suami menghubungi hospital untuk memaklumkan keadaan kami. Berbeza dengan prosedur di Malaysia, kami perlu menguhubungi hospital terlebih dahulu sebelum datang ke hospital supaya pihak hospital lebih bersedia dan dapat memberi panduan apa yang perlu dilakukan terutama bagi orang yang kali pertama bakal menimang cahaya mata, saat ini pastinya amat mencemaskan. Oleh kerana tanda saya hanyalah contraction tanpa ada turun darah dan pecah ketuban, saya diminta supaya bersabar sedikit masa lagi sehingga salah satu tanda tersebut berlaku. Selepas hampir dua jam, saya mengira contraction sudah mencapai lima minit sekali dan saya rasa perlu ke hospital segera memandangkan ini adalah anak yang ke-empat dan kemungkinan masa yang diambil lebih cepat dari sebelumnya. Suami sekali lagi menghubungi pihak hospital memaklumkan kami akan datang dalam masa terdekat. Anak-anak yang lain kami tumpangkan di rumah adik-adik undergrad di St Lucia yang telah kami tempah beberapa bulan dulu bersama dengan bekalan pakaian dan stok makanan kerana anak-anak saya ini memang suka mengunyah. (Thanks a lot Ayu, Bella, Iqa dan McYeen :-)).
Setibanya di hospital kira-kira jam 8 pagi, fail saya telah pun tersedia di kaunter pendaftaran. Memandangkan waktu itu staf sedang dalam pertukaran shif, suasana agak sedikit lengang. Setengah jam selepas menunggu di bilik pemeriksaan, datanglah mid-wife untuk memeriksa keadaan saya. Yang peliknya, sama seperti ketika melahirkan Adreana Najla dulu, contraction yang tadinya seperti tak tertahan-tahan tiba-tiba hilang bila saya tiba di hospital. Mid-wife memaklumkan bukaan adalah pada 6cm tetapi memandangkan air ketuban belum pecah, mungkin akan mengambil sedikit masa lagi sebelum saya dapat melahirkan. Jika di Malaysia, kebiasaannya air ketuban akan dipecahkan dengan sejenis alat oleh misi dan saya akan diberikan water drip untuk mempercepatkan proses bersalin, berbeza di sini, segala-galanya digalakkan berlangsung secara natural lebih-lebih lagi kerana ini kali ke-empat saya melahirkan anak. Rupa-rupanya proses yang berlaku secara natural kurang menyakitkan tetapi mengambil masa yang lebih
Saya bermalam di hospital selama 3 hari 2 malam, tempoh biasa bagi kelahiran di sini. Yang paling saya suka tentang hospital di sini ialah makanannya yang lazat di samping stafnya yang mesra. Saya sudah memilih makanan halal sejak dari awal pemeriksaan, jadi saya dapat makan dengan penuh selera dan tanpa ragu-ragu. Sepanjang saya di hospital, saya didatangi oleh pelbagai pakar dalam bidang masing-masing untuk bertanya memberi khidmat nasihat dan bantuan. Penyusuan susu ibu amat dititikberatkan sehingga ibu perlu menandatangani satu borang khas jika berhasrat memberi anak susu formula semasa di hospital. Saya juga dilawati oleh pakar fisioterapi yang memberi nasihat dan mengajar exercise untuk mengempiskan perut dengan cepat. Syukur alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah. Pengalaman bersalin di negara orang memang tidak dapat saya lupakan dan saya sangat bersyukur kerana dipilih oleh Allah untuk menempuh pengalaman berharga ini. :-)
Monday, April 18, 2011
Seminggu Sebelum Tarikh Jangkaan Bersalin
Tinggal kurang seminggu lagi sebelum EDD yang dijangka. Pengalaman kelahiran-kelahiran sebelum ini biasanya hanya awal sehari dua menyebabkan saya boleh relaks dan merancang pelbagai perkara lagi pada saat-saat akhir ini. Air dan minyak selusuh pun baru saja sempat disediakan oleh suami. Hajat di hati nak dapatkan air zamzam dari Kak Masitah tapi sementara tak dapat tu, gunakan air masak biasa dahulu. Minyak kelapa pula kebetulan minyak yang kami bawa dari Malaysia dulu yang disediakan Opah masih ada, hanya perlu dibacakan ayat-ayat al-Qur'an untuk menjadikannya minyak selusuh. Pengalaman sebelum ini rasanya saya tidak pernah meminum air selusuh yang disediakan oleh suami. Saya hanya minum air Zhafran dan mengambil Salindah. Cuma kali ini sahaja kebetulan baru mendapat tahu mengenai penyediaan air selusuh jadi saja mencuba memandangkan kaedahnya hanyalah dengan bacaan ayat-ayat al-Qur'an.
Minggu terakhir ini menggagahkan saya memasak macam-macam makanan yang kemungkinan tidak dapat dinikmati semasa dalam pantang. Memandangkan tukang masak utama keluarga selepas ini akan bertukar sementara kepada suami, maka eloklah saya memasak dan menyediakan makanan-makanan yang mengikut seleranya sebelum tiba masa dia pula untuk pulun menyediakan makanan saya dan anak-anak kurang seminggu lagi. Stok lauk pauk dalam pantang alhamdulillah telah sempat kami beli di pasar Vietnam di Inala. Antaranya adalah ikan tenggiri, ikan merah, hati lembu, serai, halia, cili api (tak boleh hidup tanpa cili api, :-D) dan ulam pegaga. Stok ikan bilis dan ikan masin yang mak bawa pada hujung tahun lepas masih ada dan dijangka cukup untuk dalam pantang. Koleksi resepi dalam pantang telah saya sediakan tetapi belum berkesempatan untuk edit dan print out untuk diserahkan kepada bakal chef nanti.
Setakat ini belum ada tanda sakit-sakit lagi tetapi itu adalah normal bagi saya berdasarkan pengalaman sebelum ini. Biasanya saya akan mula sakit selepas maghrib dan selepas menikmati makan malam yang lazat. Seperti pengalaman anak sulung, saya mula sakit pada waktu magrib dan setelah selesai menikmati sebungkus nasik lemak ayam berempah yang dibungkus dalam daun pisang. Anak nombor tidak dikira kerana dilahirkan secara induce mungkin kerana tarikh period saya yang tidak tepat ketika itu. Anak ke-3 mula sakit selepas solat maghrib dan ketika sedang menikmati sate Kajang di rumah mak di Taman Sekamat. Anak pertama saya ke hospital selepas Isya' kerana telah pecah ketuban tetapi anak ke-3 saya hanya ke hospital keesokan paginya kerana mengira jarak contraction yang berlaku. Bila sudah mula contraction setiap lima minit, barulah saya bertolak ke hospital. Jadi sempatlah saya solat subuh dan menikmati sarapan nasi lemak, milo panas dan telur ayam kampung setengah masak pagi itu sebelum menuju ke hospital.
Pengalaman yang ke-4 ini tidak pasti lagi macam mana pula agaknya tetapi apa pun saya doakan agar Allah memudahkan segala urusan. Amin Ya Rabbal-'Alamin...

Subscribe to:
Posts (Atom)