
Itulah impian yang saya anggap sebagai angan-angan. Walaupun mungkin mustahil, saya tetap menyimpan hasrat untuk menjadikan angan-angan tersebut sebagai satu kenyataan. Atas azam dan impian itulah, pada Jun 2008, saya mencuba nasib dan memohon Hadiah Latihan Persekutuan sesi 2009 bagi Pegawai-pegawai Gunasama.
Untuk memohon, saya perlu menyediakan kertas konsep dan projek yang ingin dilaksanakan. Kertas konsep yang disiapkan dalam masa lebih kurang seminggu itu amat simple pada pandangan mata saya, mengandungi tujuh mukasurat termasuk muka depan dan list of title. Puas mencari contoh yang sesuai tapi yang dapat kebanyakannya disediakan untuk menyambung Phd dan berbentuk research sedangkan saya plan untuk buat coursework. Setelah mendapat pandangan dari contact person HLP, saya pun membuat kertas konsep itu mengikut format dan isi kandungan yang direka sendiri. Oleh sebab berangan nak ke oversea, kertas konsep tersebut perlu disediakan dalam Bahasa Inggeris. Pada masa itu, saya meletakkan UK sebagai pilihan negara pertama dan Malaysia sebagai negara ke-2. 

Untuk ini, saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Dr Lee Boon Hua, Ketua Penolong Pengarah, Bidang Bahasa dan Kesusasteraan, Pusat Perkembangan Kurikulum merangkap rakan sepejabat dan mentor English semasa saya di ELTC dulu yang telah meluangkan sedikit masanya walaupun sangat-sangat sibuk untuk menyemak kertas konsep yang saya sediakan. Tak lupa juga buat sahabat yang turut membantu dan berkongsi semangat, Aini Hayati Luey.
Seterusnya, saya telah menghadiri temuduga yang dijalankan di JPM. Terima kasih juga buat sahabat merangkap adik comel sepejabat, Nurul Elliza Jasmin kerada sudi meminjamkan blazernya disebabkan blazer yang sedia ada agak kurang memberangsangkan keadaannya. Pada masa yang sama, dua sesi interview HLP dijalankan bagi PTM dan juga PTD. Of course la PTD lagi ramai dari PTM. Terdapat tiga bilik temuduga HLP bagi jawatan PTM. Setiap bilik ada 3 orang interviewers yang terdiri dari wakil JPA/SPA dan Gred F. Saya mendapat giliran yang ke enam di bilik yang pertama walaupun tiba agak awal. Saya macam biasa, memang cool macam terer la konon tapi dalam hati siapa yang tau… Sifat semulajadi saya memang kurang selesa berada dalam keadaan gabra dan rasa sangat bersyukur kerana dikurniakan sifat tenang dan relax. Sambil menungu giliran, sambil bersembang dengan calon-calon yang lain. Majoriti memohon untuk ke local U. Dari 10 orang, hanya seorang dua saja yang berhasrat ke luar negara.
Akhirnya tiba juga giliran saya untuk diinterview. Interviewers terdiri dari seorang wanita yang berada di tengah-tengah dan dua orang lelaki di kiri dan kanannya. Selepas mengetuk pintu, memberi salam dan menyerahkan concept paper dan fail, saya mohon untuk duduk. First of all, saya diminta memperkenalkan diri dan ceritakan mengenai kertas konsep yang telah disediakan. Sesi dijalankan dalam dwi bahasa, BM dan BI. Tapi maybe sebab saya apply untuk oversea, lebih banyak soalan dalam BI dikemukakan menyebabkan lidah dan audio suara terbelit-belit sekejap untuk menukar tune dan bahasa. Selepas itu, beberapa soalan dikemukakan. Antara soalan-soalan yang ditanya adalah apakah projek yang ingin dijalankan, adakah suami telah bersedia untuk berhenti kerja jika ditawarkan ke luar negara, kenapa nak sambung belajar ke luar negara, boleh cakap Arab ke tak, ni kalau nak hantar ke Mesir ok ke, apakah sumbangan yang boleh diberikan kepada kementerian jika terpilih, bidang apa yang ingin diikuti, apa makna Database, Data Mining dan Data Warehouse (macam soalan PTK la pulak…). Saya pun goreng la apa yang boleh digoreng. Tapi goreng kena ada fakta, jangan goreng sembarangan. Pada asalnya, saya memang tak plan langsung projek apa yang nak dibuat apabila tiba-tiba soalan itu keluar. Masa tu kepala ni ligat berfikir, apa benda la yang kita nak buat ni. Tapi tiba-tiba entah dari mana idea datang dengan confidentnya saya menjawab ‘I plan to do a project corncern on database since there is no centralize database for teachers in MOE. Nowadays, there are a lot of systems which have separate applications and databases. So, it is difficult to find out which data is the latest and reliable. It is good if MOE can have one single source of database’. Heheheh…idea yang dah lama MOE plan nak buat tapi sering tersangkut-sangkut tu terkeluar dari mulut. Kebetulan pulak sorang interviewer tu isterinya cikgu dan memang seringkali menghadapi masalah bila nak ambik PTK dan naik pangkat disebabkan data sangat lambat diperolehi. ‘What do you think the main reason that make such a good and important project still not run by MOE?’ Apa ye kita jawab masa tu…tak ingat dah.. Maklum la semuanya keluar secara spontan. Setelah lebih kurang 15-20 minit berhempas pulas menjawab soalan, sesi pun berakhir dengan pesanan ‘Sila maklumkan kepada calon selepas ini, kami berehat selama 15 minit’. Lega… Tamatlah sudah sesi yang paling mencabar dalam memohon HLP. Seterusnya, tunggu la dalam sebulan dua lagi sebelum keputusan diumumkan.

Kini, kami sama-sama sedang membuat persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi satu perkara yang besar dalam hidup dan tidak akan datang selalu ini. Banyak tips dan maklumat yang diperolehi dari rakan-rakan yang berpengalaman. Terima kasih buat Encik Ahmad Zuki dan juga admin forum PERJASA yang banyak berkongsi tips dan ilmu. Perjalanan menghadapi hari-hari penuh bersejarah ini akan cuba saya catatkan untuk dijadikan panduan rakan-rakan lain yang ingin mengikut jejak langkah yang sama. Namun, saya hanya mampu merancang dan Allah lebih berkuasa untuk menentukan segalanya. Semoga segala perjalanan dipermudahkan oleh-Nya dan setiap ketentuan-Nya adalah yang terbaik.
3 comments:
Slm akak,,,dh jbs beljar belum?
Saya baru dpt kelulusan ke temuduga cbb tb,..tp terasa takut plak tuk persediaan slm menghadiri temuduga tue..kalu nk bwa kertas cdgn brp salinan?
Slm akak,,,dh jbs beljar belum?
Saya baru dpt kelulusan ke temuduga cbb tb,..tp terasa takut plak tuk persediaan slm menghadiri temuduga tue..kalu nk bwa kertas cdgn brp salinan?
Mcmana nak contact akak?
Post a Comment