Followers

Saturday, September 13, 2008

Semakan Semula Matlamat Jangka Panjang

Quote Matlamat Jangka Masa Panjang as December 2007:

“1. Naik F44 : 2010
2. Further Masters Full Time : 2010-2012
2. Start my own business : 2011
3. 4th Baby : 2012
3. 5th Baby : 2013
4. 6th Baby : 2015
5. Naik F48 : 2018
6. Perform Hajj : 2020
7. Buy 2nd house : 2022″

Pada Disember 2007 yang lepas, kita telah menyediakan satu list tentang target jangka panjang yang ingin dicapai dalam tempoh 15 tahun akan datang. Nampaknya belum cukup setahun list tu disediakan, ianya perlu disemak semula dan diubah kepada list yang baru. Kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan kepada Allah Taala kerana nikmatnya yang berterusan buat hambanya yang daif dan sering lalai ini. Satu perkara yang paling kita takuti adalah terlupa tentang kuasa dan

kehebatan Allah Taala adalah melebihi segala-galanya. Jika Dia boleh mengurniakan nikmat kepada sesiapa yang ditentukan, Dia juga Maha Kuasa untuk menarik apa-apa nikmat dalam sekelip mata kerana apa yang kita perolehi hari ini adalah haknya. Mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dalam golongan hamba-Nya yang alpa.

Berikut adalah review dan reason untuk setiap perubahan:

1. Naik F44 : 2010 –> 2009

Reason: Batch 2003 telah selesai dinaikkan pada 2008 dan menurut khabar-khabar anginnya, batch 2004 akan menyusul pada tahun berikutnya. Alhamdulillah…

2. Further Masters Full Time : 2010-2012 –> 2009-2011

Reason: Memandangkan umur kita yang menghampiri angka pangkal 3 tahun depan, cita-cita melanjutkan pelajaran perlu dipercepatkan sebelum menambah lagi bilangan ahli keluarga.

3. Start my own business : 2011 –> 2008

Reason: Perniagaan sambilan dan kecil-kecilan dengan nama Yummy&Goodish telah beroperasi pada Ogos 2008 sempena dengan ketibaan Ramadhan.

Matlamat-matlamat yang lain akan terus dianggarkan seperti yang asal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...