Followers

Friday, June 12, 2015

Percutian Di Melbourne dan Adelaide Pada Musim Dingin 2015 Siri 2

Makanan Halal Di Australia

Hal mencari makanan halal di Australia bukanlah satu perkara yang rumit. Banyak makanan halal yang dijual di pasaraya biasa mahu pun di kedai-kedai yang dimiliki oleh Muslim dan orang Asia.

Konsep penyediaan makanan jika melancong ke sana yang terbaik adalah kombinasi antara dimasak sendiri dan sekali sekala boleh makan di luar untuk merasai masakan tempatan yang sangat multi cultural.

1. Memasak Sendiri

a. Beras boleh dibeli di pasaraya biasa seperti Coles dan Woolworth dengan harga yang berpatutan.

b. Ayam dan daging halal boleh didapati di halal butcher. Sebaik2nya, kaji dan senaraikan halal butcher yang berdekatan dengan tempat penginapan sebelum tiba di Australia.

Makanan yang disediakan untuk perjalanan dari Melbourne ke  Adelaide dan disimpan dalam mangkuk tingkat. Rendang ayam, sambal telur dan sayur campur.

Sosej ayam dibeli di halal butcher dan dimasak sendiri, AUD9 untuk 1kg.
c. Perencah dan rempah ratus boleh dibawa dari Malaysia dengan syarat ia dipek secara komersial. Untuk menjimatkan masa, bawa perencah sedia dimasak yang boleh dibeli di pasaraya Malaysia seperti keluaran Brahim's atau Adabi. Pelbagai jenis perencah segera boleh didapati seperti kari, rendang, sambal tumis, nasi goreng dan banyak lagi. Rasanya mungkin tidak seenak dimasak sendiri tetapi bolehlah untuk mengalas perut orang bermusafir di negara luar.

d. Sayur-sayuran boleh dibeli di pasaraya mahu pun kedai2 runcit yang turut menjual daging halal.

"Sarapan pada hari pertama kami tiba. Kombinasi makanan barat dan orang Malaysia, nasi bersama ayam masak merah dan telur dadar."
Kombinasi makanan barat dan timur untuk sarapan



2. Makan Di Luar
Banyak juga restoran makanan halal yang boleh anda nikmati ketika di Australia. Antara yang paling popular adalah kebab.

Kebab di sini adalah lebih asli dan sangat sedap kerana disediakan oleh orang Timur Tengah sendiri dan mengandungi pelbagai variasi mengikut tempat asal peniaga. Yang menjadikannya lebih enak, campuran sayur-sayuran seperti salad, bawang dan tomato yang segar dan kuantiti yang banyak

Restoran komersial seperti Nando's menyediakan hidangan halal 100% di seluruh cawangannya di Australia. Hidangan Nando's di sini memang lazat. Untuk lain-lain restoran halal, boleh buat kajian terlebih dahulu sebelum tiba di Australia.

Harga menu pek keluarga di Nando's untuk seekor ayam panggang dan dua hidangan sampingan bersaiz besar. Tanpa GST (diserap dalam harga makanan) dan tanpa service charge.
Restoran Afghanistan yang menyediakan makanan yang enak yang dimilik oleh Muslim berasal daripada Afghanistan dan telah menjadi rakyat Australia. Ia terletak di Port Adelaide dan sebahagian besar penduduk di sini adalah Muslim yang merupakan pelarian perang dari negara asal mereka.
Kebab ayam Turki yang dibeli di kedai kebab di suburb Dallas ketika kami baru tiba di Melbourne. Harganya AUD10 dan boleh dikongsi oleh dua orang dewasa untuk satu kebab. Rasanya, masyaAllah...

Salah sebuah restoran halal Turki yang sempat disinggahi ketika di Adelaide.

5 comments:

Shepha said...

assalamualaikum kak.

i found your blog while researching about melbourne.
me and my friends are going there next Nov.
nak tanya, akak masak nasik using what eh? apartment semua ada microwave ke?
what kitchen tools should we bring?

thank you in advance kak :)

Afrohah Abd Hamid said...

Waalaikumussalam Shepha.

Sorry for the late reply. Baru perasan mesej Shepha. Masa di melbourne, An Naim homestay memang ada sediakan rice cooker. Cuma masa di Adelaide memang masak nasi guna microwave. Kalau tinggal di service apartment dan homestay, biasanya memang ada sediakan microwave. Lebih baik Shepha confirmkan dengan owner dulu sebelum datang. :-)

Shepha said...

oh.takla late reply sangat. baru je post pagi ni hehe.
ooo mcm tu. sbb kitorang jump apartments. ikut flow journey.
i don't think la ada rice cooker in each apartments.
thinking of bringing a mini rice cooker pun ada.

anyways... thanks so much kak for the input.

Afrohah Abd Hamid said...

Ok juga bawa mini rice cooker. Jangan lupa bawak conversion plug lebih. Nanti berebut pulak dengan orang yang nak charge hand phone...

Shepha said...

do you have any list stuff/food that we shouldn't bring to Melbourne?
taknak la kena tahan kastam nnt huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...