Followers

Saturday, January 02, 2016

Memilih Sekolah Islam Di Australia (Melbourne)

Ketika melawat Melbourne untuk mengaktifkan visa penduduk tetap yang kami perolehi pada bulan Jun 2015 yang lalu, saya sekeluarga hanya berkesempatan melawat dua buah sekolah Islam sahaja. Satu di College Garden, Adelaide dan satu lagi di Mt Hira, Melbourne. Ketika itu, kami masih belum menentukan sama ada mahu tinggal di Melbourne atau Adelaide. 

Setelah beberapa bulan usaha dibuat untuk mendapatkan pekerjaan oleh tuan suami, nampaknya rezeki kami ada di Melbourne, alhamdulillah. Keindahan dan kedamaian Melbourne amat sukar diucapkan dengan kata-kata. Hanya dengan melawat sendiri ke sana kita dapat merasai kecantikannya dari hati. Walaupun ketika itu saya sedang menetap di Brisbane, tetapi hati tidak tertinggal di Brisbane. Bila sudah kembali semula ke Brisbane, kenangannya masih diingat-ingat. Memang patutlah Melbourne menduduki tangga teratas senarai sebagai 'The Most Livable City In the World'. 

Saya masih tidak lupa ketika mula-mula melawat Melbourne pada Disember 2011, di dalam hati saya sudah terdetik 'MasyaAllah, semoga Allah izinkan saya dan keluarga menetap di sini suatu hari nanti...'. Alhamdulillah sujud berjuta syukur kerana akhirnya Allah makbulkan impian itu...  


Perkara utama yang menjadi keutamaan untuk menetap di Australia adalah mencari sekolah Islam yang terbaik untuk anak-anak. Jika tiada kewujudan sekolah Islam, saya tidak mungkin akan bersetuju untuk menetap di sini sebagai penduduk tetap. Satu masa dahulu, kami berhasrat untuk menetap sama ada di Australia atau New Zealand. Setelah kajian dibuat selama berbulan-bulan, kami menetapkan untuk ke Australia kerana pilihan institusi pendidikan Islam yang lebih banyak dan kukuh selain daripada peluang pekerjaan yang lebih baik. Laman web untuk melihat senarai sekolah Islam atau Masjid di Australia boleh dilihat di Salatomatic.


Terdapat lebih daripada sepuluh buah sekolah Islam di sekitar Melbourne. Setiap sekolah diasaskan oleh pertubuhan yang berbeza tetapi tertakluk kepada silibus akademik yang ditentukan oleh pendidikan negeri dan ditambah dengan pengajian Islam. Konsep pengajian Islam yang ditawarkan juga bergantung kepada institusi pendidikan tersebut. Ada antara sekolah yang menawarkan pengajian tahfiz di samping ilmu-ilmu ukhrawi yang lain seperti Akhlak, Tajwid, Thirah, Aqidah dan Feqah. Ada juga sekolah yang mewajibkan pelajar dan kakitangannya menutup aurat dan ada juga yang tidak. Bergantung kepada pihak pengurusan sekolah dan pilihan sekolah juga terbuka kepada ibu bapa. Kesemua sekolah Islam adalah di bawah kategori sekolah swasta namun masih mendapat peruntukan yang tinggi daripada kerajaan untuk pembangunan sekolah.

Antara kandungan laman web Al-Siraat College.
Memilih sekolah yang paling sesuai rupanya tidak semudah yang disangka. Kajian yang mendalam untuk melihat silibus dan suasana sekolah di samping mengambil perhatian tentang lokasi sekolah ke tempat kerja mengambil masa yang agak lama sehingga betul-betul menemui sekolah yang sesuai. Setelah berbulan-bulan mengkaji, akhirnya kami bersetuju untuk menghantar anak-anak menyambung pengajian di Al-Siraat College. Sekolah ini terletak di suburb Epping dan menawarkan pengajian daripada Foundation (prasekolah) sehingga persediaan ke pengajian tinggi. Apa yang lebih menarik, sekolah ini turut menawarkan program Hafazan intensif untuk pelajar yang terpilih selain daripada silibus pelbagai subjek pengajian Islam. Pelajar-pelajar dan kakitangan adalah perlu menutup aurat dengan sempurna.

Setelah mengajukan permohonan melalui emel, alhamdulillah, masih terdapat kekosongan untuk ke-
Anak-anak kelas Foundation di Al-Siraat College.
Sumber: alsiraat.edu.au
empat-empat anak kami yang akan menduduki Tahun 6, Tahun 5, Tahun 4 dan Foundation pada 2016. Pihak sekolah juga turut menawarkan program Hafazan intensif kepada anak-anak kami setelah mengambil kira mereka mempunyai asas bersekolah di sekolah Islam di Malaysia, alhamdulillah. Namun mereka perlu melalui sesi temuduga dan ujian hafazan  sebelum diterima menduduki kelas tersebut kerana ia sememangnya eksklusif. Untuk kelas hafazan, setiap kelas mengandungi sepuluh orang pelajar yang diasingkan mengikut jantina. Pada sebelah pagi, mereka akan menjalankan program hafazan sehingga ke tengah hari. Program akademik hanya akan dipelajari pada sebelah petang. Waktu persekolahan adalah sama seperti sekolah yang lain, daripada jam 8.00 pagi hingga jam 3.30 petang

InsyaAllah perkembangan anak-anak di sekolah ini akan saya catatkan kemudian kerana mereka hanya akan mula bersekolah pada Februari  2016. Sesi persekolahan di Australia bermula pada Februari sehingga seminggu sebelum Krismas pada bulan Disember.

9 comments:

nor hawani said...

Assalamualaikum..

Puan,

Saya Nor Hawani. InsyaAllah, saya akan melanjutkan pengajian di University of New South Wales< Sydney pada Februari 2016. Baru-baru ini, saya disahkan mengandung anak keempat dan sejujurnya, saya agak risau dengan situasi ini. Adakah saya mampu mengharungi kehidupan di sana bersama keluarga? Justeru, saya mohon sedikit nasihat dan pandangan daripada pihak puan utk menguatan semangat saya. Email saya adalah : norhawani0203@gmail.com

Pandangan dan nasihat daripada pihak puan amat saya hargai. Terima kasih.

acik311 said...

Waalaikumussalam.

Puan Nor Hawani yang dirahmati Allah. Saya doakan puan dan keluarga dalam keadaan sihat dan gembira sentiasa. Pertamanya alhamdulillah, tahniah saya ucapkan pada puan kerana bakal melanjutkan pengajian yang lebih tinggi dan akan menerima cahaya mata ke empat. Sesungguhnya ia adalah nikmat berganda yang hanya Allah kurniakan kepada insan terpilih. InsyaAllah kenangan melahirkan anak ketika sedang melanjutkan pengajian du luar negara akan menjadi kenangan manis sepanjang hidup puan sekeluarga.

Ketika saya menyambung pengajian dalam bidang Sarjana di Brisbane, saya juga turut melahirkan cahaya mata ke empat. Ia adalah kelahiran yang dirancang kerana kehidupan sebagai pelajar sebenarnya jauh lebih tenang dan lebih banyak masa untuk keluarga berbanding semasa bekerja lebih-lebih lagi jika puan menetap di luar negara. Alhamdulillah saya tidak mengalami masalah sepanjang mengandung dan melahirkan anak. Saya hanya bercuti tiga minggu kerana kebetulan cuti pertengahan semester dan kembali ke kelas semua. Kebetulan semester itu saya hanya perlu hadir ke kelas dua minggu sekali sahaja. Di luar negara, kehadiran ke kelas bukanlah sesuatu yang mandatori. Jika tidak dapat hadir ke kelas, rakaman pengajian dan nota boleh diakses di portal universiti. Sekiranya puan melanjutkan pengajian Phd, itu lebih mudah kerana puan boleh berbincang dengan supervisor tentang masa perjumpaan yang sesuai ketika puan cuti bersalin.

Sepanjang pengajian saya, ramai juga sahabat-sahabat yang sedang menyambung pengajian Phd dan melahirkan anak di sana. Ada antaranya yang masih di sana dan mereka tidak ada halangan untuk menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.

InsyaAllah semua ini adalah rahsia Allah dan puan hanya akan dapat lihat hikmahnya beberapa tahun nanti. Sesungguhnya perjalanan membawa anak di dalam rahim dan dalam masa yang sama sedang menuntut ilmu adalah keindahan yang sangat bermakna sebagai seorang ibu. InsyaAllah anak puan akan menjadi seorang yang bijak dan tabah seperti ibunya.

Saya doakan puan sekeluarga dipermudahkan urusan dalam setiap hal dan bakal melahirkan cahaya mata puan dengan selamat. InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa di Australia.

-Afrohah-


Puan Hazel said...

Alhamdulillah seronok dgr acik nak berhijrah ke Melbourne. Moga dipermudahkan segala urusan dan diluaskan rezeki acik sekeluarga berkat hijrah ni. Kalau ada rezeki melawat Melbourne bolehlah akak ziarah :)

acik311 said...

Terima kasih kakak atas doa untuk kami. InsyaAllah nanti kita jumpa di Melbourne ya! :-)

Unknown said...

Assalammualaikum..

Sy Faiz, rakyat malaysia yg blajar di Melbourne..sy ingin brtya bgaimanakah prosedure utk monthly check up utk isteri yg mngandung yer? Adakah ia sama sperti di malaysia juga? Dan berapakah charge yg di kenakn?

Terima kasih.

Wan Muhammad Faiz said...

Assalammualaikum..

Sy Faiz, rakyat malaysia yg blajar di Melbourne..sy ingin brtya bgaimanakah prosedure utk monthly check up utk isteri yg mngandung yer? Adakah ia sama sperti di malaysia juga? Dan berapakah charge yg di kenakn?

Terima kasih.

Fatimah Sawol said...

Salam,

Saya Fatimah sememamng nyer sedang dalam perancangan untuk berhijrah diatas beberapa sebab peribadi tapi buntu dan tidak ada knowledge really appreciate if i can get your contact or you may contact me at 0166025085 tq so much.

Suraiya Hani Said said...

salam sis....saya sangat teruja dengan entry ni, boleh saya mohon dapatkan email sis untuk maklumat dan pertanyaan lebih lanjut?

farisa sahab said...

Acik nk no.whatsapp nk dapatkan guidance and advice

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...