Followers

Thursday, June 11, 2015

Rumah Inap (Homestay) Di Melbourne

Bagi yang ingin bercuti di Melbourne, bermalam di rumah inap (homestay) merupakan satu pilihan yang popular lebih-lebih lagi bagi keluarga besar.

Terdapat dua buah rumah inap yang pernah saya sewa dan kedua-duanya diuruskan oleh orang Malaysia. Kedua-duanya memiliki keistimewaannya sendiri.

1. An Naim Homestay, Springvale
- Rumah 3 bilik yang simple tetapi lengkap.
- Terletak kira2 35 minit perjalanan dari pusat bandar Melbourne.
- Lebih sesuai jika anda menyewa kenderaan dan tidak bergantung kepada kenderaan awam.
- Family friendly dan turut menyediakan permainan untuk anak2.
-Laman web: http://annaimmelb.wix.com/
- Alamat e-mel: annaimmelb@gmail.com

2. Teratak Tanamekar, Coburg
- Terletak tidak jauh dari pusat bandar Melbourne.
- Kemudahan tram berdekatan dengan rumah.- Hanya perlu berjalan kaki untuk ke pasar raya dan kedai daging halal yang berdekatan.- Terdapat banyak kedai makanan halal dengan jarak berjalan kaki dari rumah.
- Laman web: http://terataktanamekar.com/
- Alamat e-mel: tanamekartravel@gmail.com















Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedua2 rumah inap, sila layari laman web rumah inap untuk mendapatkan alamat emel untuk dihubungi.

Tempahan boleh dibuat melalui emel dan akan dibalas segera oleh tuan rumah.

4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum..saya iza..sy ada plan hendak bercuti do melbourne pada musim sejuk. boleh tak sis bgtau sy tempat2 yg sesuai di lawati sepanjang musim sejuk selain dari main salji.tujuan utama nak bawa anak2 bermain salji..tetapi selain daritu hendak juga melawat tempat2 yg lain.boleh sis cadangkan tempat2 yg sesuai dilawati sepanjang musim sejuk disana..

hannahsoffia said...

Salam. Boleh Puan beritahu di mana Puan n famili menginap di Adelaide. Sy Dan keluarga plan utk bercuti di sana cuti sekolah mac 2016. Tq

Unknown said...

Waalaikumussalam. Mohon maaf Puan Shareza dan Hannah, saya terlambat menjawab soalan.

Puan Shareza, jika mahu datang pada musim sejuk, jangan lepaskan peluang bermain salji di Mt Buller. Musim sejuk siangnya agak pendek, jadi perlu rancang terlebih dahulu jadual dan aktiviti perjalanan puan di sana. Antara tempat-tempat lain yang menarik boleh lihat tulisan saya yang terdahulu di http://acik311.blogspot.my/2011/01/melawat-melbourne-di-musim-panas.html

Unknown said...

Salam Puan Hannah,

Penginapan di Adelaide saya dapatkan melalui stayz.com.au. Secara spesifik, homestay yang kami duduki itu dimiliki oleh rakyat tempatan, A&K Miler's Holiday Home. Puan boleh cuba google atau buat carian di stayz.com.au untuk hubungi pemilik homestay berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...