Followers

Sunday, March 13, 2011

Ummi, bila baby nak keluar?

Alhamdulillah semester ke tiga pengajian telah dua minggu berlalu. Setakat ini tahap kesibukan dengan akademik belum begitu terasa kerana kerja-kerja assignment masih belum bermula. Semester ini juga menyaksikan perubahan berbanding dengan semester-semester yang lepas kerana ketiga-tiga orang anak saya telah bersekolah. Satu ketika dulu saya sering memikirkan apakah agaknya hikmah yang akan Allah berikan kerana saya melahirkan tiga orang anak berturutan tahun tanpa dirancang. Akhirnya sedikit demi sedikit Allah telah membuka pandangan saya tentang kenapa Dia menetapkan sedemikian. Alhamdulillah keyakinan terhadap ketentuan dan ujian Allah itu tidak sia-sia. Tidak dapat dinafikan pada awal waktu disahkan hamil anak ke-dua dan ke-tiga bukanlah satu berita yang diharapkan oleh saya dan suami memandangkan anak sebelum itu masih kecil dan sumber kewangan kami pun belum begitu kukuh. Namun atas sandaran dan keredhaan yang tinggi terhadap qadha dan qadar Allah mengubah pemikiran kami kepada perkara yang positif kerana setiap yang berlaku itu adalah ketetapan Allah yang terbaik untuk hambaNya. Setiap saat kehamilan itu kami lalui dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Bermula dari kehamilan ke-dua, saya tidak pernah mengalami morning sickness atau sebarang masalah kesihatan. Yang membezakan saya dengan wanita lain adalah kerana perut yang membesar. Jadi keupyaan fizikal saya untuk berjalan laju dan berlari sudah tidak sama dengan wanita yang tidak mengandung. Syukur alhamdulillah keadaan itu masih berterusan untuk kehamilan yang ke-empat juga.

Pada tahun 2011 ini, anak-anak saya telah dan akan memasuki usia enam, lima dan empat tahun. Kerana jarak umur yang dekat, mereka sangat rapat antara satu sama lain. Saya lihat pergaulan sesama mereka tidak sama seperti saya dan adik beradik semasa kecil kerana kami sering bergaduh dan kadang kala sampai mencubit dan memukul. Alhamdulillah Ariff, Akeef dan Najla jarang berkeadaan begitu. Kalau ada yang tidak puas hati, aduan akan disampaikan terus kepada saya atau suami supaya kami yang akan menentukan tindakan yang perlu diambil. Mungkin kerana sudah ditanam rasa tanggungjawab sejak dari kecil kerana sudah ada adik, Ariff dilihat lebih matang dari usia sebenarnya. Dia boleh diharap untuk menjaga dan menasihati adik-adik, mengemas rumah dan membantu ayah membuat kerja-kerja rumah walaupun kadang kala berebut komputer dengan adik-adik. Akeef pula anak yang berjiwa lembut dan patuh atas setiap perkara yang disuruh walaupun kadang kala arahan perlu diulang dua tiga kali kerana sikapnya yang suka berfikir lama sebelum mengambil tindakan. Najla mungkin kerana jarak yang jauh dengan bakal adik bersifat agak manja. Kebanyakan perkara perlu mengikut kata-katanya dan perlu masa dan cara untuk memujuk untuk mengubah fikirannya. Bangun awal pagi adalah perkara yang paling berat untuknya dan abang-abang seringkali lewat ke sekolah disebabkan adik yang liat untuk bangun dan mandi pagi.

Dalam menanti beberapa minggu lagi sebelum mendapat adik baru, Ariff, Akeef dan Najla berulangkali bertanya bila baby akan keluar dan stiap kali itulah saya menjawab dengan bilangan baki minggu yang tinggal. Ariff kerana sedang belajar melihat kalendar, akan bertanya tarikh dan hari spesifik adik akan keluar. Agak sukar menjawab tarikh yang tepat kerana saya sendiri pun tidak pasti bila agaknya baby ini nak berjumpa dengan abang-abang dan kakaknya. Saya mengharapkan dia keluar lebih awal dari tarikh jangkaan supaya saya dapat berehat lebih lama menjelang Easter break. :-D Walaupun anak ke-empat, saya tetap berdebar-debar menanti tanda-tanda bersalin yang akan muncul dan contraction yang bakal dirasai. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah dari saat-saat sebelum kelahiran dan seterusnya sebagaimana Allah memudahkan saat-saat kehamilan ini. Amin Ya Rabbal Alamin...

3 comments:

Nur said...

hehehe..maksu dia pon xsabar nak tengok baby baru keluar...=D

AKMAR said...

Kak Af,coretan ini amat membantu kerana saya pun mengalami perasaan yang sama waktu pregnant 2 dan 3 nih...

acik311 said...

Mak Su, insyaAllah kurang 2 minggu lagi baby dah nak keluaq. Nanti kami upload gambar banyak2. :-D

Akmar, condition kita sama sebenarnya cuma sebab akak lebih tua jadi akak lalui dulu. Harap-harap catatan akak boleh jadikan panduan untuk Akmar dan Zaaba. insyaAllah keadaan yang Akmar dan Zaaba akn hadapi juga lebih kurang dengan apa yang akak dan Abang Nasir alami. :-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...