Followers

Saturday, June 16, 2007

Welcome My Dear Adreana Najla

Bbachik5Alhamdulillah, hari ni hari pertama kembali bekerja selepas 2 bulan bercuti. Mood nak bekerja semula tu masih dalam proses untuk di’up’kan kembali. Maklum la, dah lama dok umah sama ngan anak-anak.
Tak sangka pulak 3rd baby ni kluar cepat 3 hari dari tarikh jangkaan. Syukur sebab tayah kena induce.

14 April 2007 (Sabtu)
Setelah lama merancang, akhirnya hari ni dapat jugak kami p soping digi cam. Sebelum ni dah survey dah kat JJ dan dah jumpa digicam yang berkenan di hati. Tak kuasa nak merayau jauh-jauh, kami cuma p cari kat The Mines saja, takyah pening2 pikir jam, masa dan parking. Ariff tak ikut sebab mak bawak dia balik Taman Sekamat. So, Akeef la yang bertuah dapat ikut. Akhirnya dapat gak kami memiliki digicam baru setelah hampir setahun digicam lama tu rosak. Sempat jugak la tangkap gambar baby yang bakal kluar ni… Balik dari soping, kami singgah beli sate di stadium dan terus ke rumah mak.
On the way balik lepas soping tu perut dah lain rasa lain macam, dan kita pasan yang that was true 1st stage contraction. Tapi sebab rasa tak teruk sangat, maleh la nak bising2. Time makan sate ramai2 lepas solat maghrib kat umah mak, sakit tu makin terasa setiap 15 minit. Kita bagitau kat abang, rasanya anak abang ni nak kluar dah la esok. :-)
Lepas Isya’, balik umah. Time ni pun masih lagi terasa sakit tapi bleh tahan lagi sampai rasa takleh nak tido. Masa tu confius gak, nak g hospital ke tak ye, tapi pikir2 baik tunggu sampai betul2 sakit baru p. Dah pukul 1 lebih baru bleh lelap mata dan time tu sakit pun hilang.

15 April 2007
Pukul 5 pagi tetiba terjaga sebab contraction tu datang balik. Kali dah jadi 10 minit sekali. Rasanya memang dah confirm la baby nak kluar ni. Kita terus bangun, kemas beg Ariff dan Akeef, recheck beg ke hospital, mandi dan solat subuh. Patu kejut abang bagitau dah nak p hospital. Tapi sebelum tu pekena nasik lemak dan milo segelas dulu. Lepas tu makan telur kampung separuh masak 2 biji, petua nak bagi mudah bersalin. Orang kata makan mentah lagi mujarab tapi bila masuk tekak je, terus rasa macam kebang semacam je.

8.10 pagi kami bertolak ke hospital. Ariff dan Akeef dok umah Kak G. Naik kete je, tetiba sakit terus hilang. Eh, biar betul perut aku ni. Kang sampai hospital kang, diorang suruh balik pulak sebab perut ni buat lawak je. Ee… ngerinya kalau kena balik…

8.30 sampai hospital. Dalam pukul 9.15 baru pakai CTR dan pukul 9.45 baru dia check bukaan. ‘Dah 6cm ni, alhamdulillah awak boleh bersalin dah kejap lagi ni…’ misi tu bagitau. Lega rasanya walaupun heran jugak sebab dah tak rasa sakit langsung. Lepas pecah ketuban, misi suh p labour room. Sebab dia tengok kita relaks je, dia suh jalan kaki je. Sampai labour room, dia suh tukar baju nak bersalin, pastu baring atas katil. ‘Eh, biar betul aku dah nak bersalin ni, apsal takde rasa apa pun ni.’ Tapi sebab dah misi suruh, kita buat je la. Abang pun dah bleh masuk labour room dan misi pun dah prepare alatan nak sambut baby. Rasanya macam petang ni kot baru baby kluar, tak rasa apa pun…

10.45 pagi midwife datang masuk air. Dari titisan pertama air tu masuk, baru la contraction tu datang balik. Midwife kata, kalau rasa nak teran bagitau ye. Pastu dia selamba je keluar g tah mana2. Eh, takkan dah bleh teran dah kot walaupn ada rasa macam nak teran.
11 pagi midwife datang dan tanya, ada rasa nak teran tak? Sebab maleh nak pikir, kita angguk je. Alhamdulillah kali ni sebab dah ada pengalaman, teknik2 pernafasan dan push tu dah bleh dikawal dan sangat smooth (perasan). Alhamdulillah sekali lagi pukul 11.10 pagi baby ke-3 kami selamat dilahirkan dan secara automatik kita menerima kucupan terima kasih dan sayang dari abang. :-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...