Saya masih rasa seperti bermimpi apabila secara tiba-tiba berpeluang ke konsert nasyid yang sudah bertahun tidak ada kesempatan untuk pergi atas beberapa alasan. Pertama kerana kurangnya hiburan berbentuk demikian diadakan di tanah air sendiri dan ke-dua bila ada saja konsert nasyid, semua waktunya tak mengizinkan saya untuk hadir. Masa zaman belajar di UIA, inilah hiburan utama bagi saya dan rakan-rakan. Pantang ada persembahan atau konsert nasyid, tak pernah lepaskan peluang untuk pergi.
Saya juga rasa tak percaya apabila melihat Maher Zain yang selama ini saya nikmati dan hayati lagunya setiap hari menyanyi secara live. Terasa macam nak mencubit pipi kiri dan kanan bila dia memberi salam di pentas. Oh, adakah saya bermimpi? Tidak, inilah kenyataan! Sayangnya Maher Zain hanya menyanyikan empat lagu saja, bukan sebab tak ramai yang nak dengar, tetapi sebab ada lebih kurang enam artis nasyid jemputan lain yang sama-sama menghiburkan penonton malam itu. Selain Maher Zain, RAIHAN sudah tentu membuatkan penonton sungguh terhibur malam itu. Persembahan RAIHAN memang mantap dan saya rasakan yang terbaik pada malam itu. Harap-harap sangat akan ada juga konsert nasyid besar-besaran secara tahunan diadakan juga di Malaysia setiap tahun.
Pada asalnya, saya hanya tahu tentang konsert ini secara last minute dari suami tercinta dan tiket untuk family yang berharga AUD30 seorang pulak sudah sold out. Kecewanya rasa sebab kami memang peminat nasyid tegar sejak zaman belajar lagi. Maklumlah, berkenalan dulu pun masa jadi committee kelab nasyid. Cik abang begitu ingin nak pergi, nampaknya terpaksalah saya merelakan dia pergi walaupun dalam hati rasa sangat-sangat teringin untuk turut serta. Dalam memendam perasaan kecewa itu, tiba-tiba ada seoranga adik undergrad yang menegur saya di facebook, 'Akak pergi tak konsert Maher Zain Jumaat ni?', oh, rupanya diorang ada lebihan satu tiket. Rupa-rupanya itulah rezeki saya untuk bersama-sama dengan adik-adik undergrad untuk ke konsert nasyid malam itu. Walaupun terhibur sepanjang konsert, dalam hati tetap teringatkan keluarga di rumah. Tahun depan mesti kena alert awal-awal supaya tak terlepas peluang lagi datang bersama keluarga.
Konsert tahunan yang saya hadiri ini dianjurkan oleh Human Appeal International (http://www.humanappeal.org.au/) bagi tujuan mengumpul sumbangan untuk anak-anak yatim Muslim di seluruh dunia. Ianya diadakan setiap tahun di tiga tempat di Australia iaitu di Brisbane, Sydney dan Melbourne. Saya sangat tertarik dengan konsep sumbangan di mana kita boleh memilih untuk membantu beberapa bilangan anak-anak yatim secara tahunan mengikut kemampuan yang tertentu. Selain itu kita boleh memilih anak-anak dari negara manakah yang kita ingin bantu. Antaranya adalah dari Palestin, Ira, Lebanon, Bosnia, Somalia, Afghanistan, Nigeria dan banyak lagi. Jika ada yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk menambah amalan. Sesungguhnya anak yatim itu adalah sangat mulia tempatnya di sisi Allah.
Followers
Showing posts with label brisbane. Show all posts
Showing posts with label brisbane. Show all posts
Saturday, July 24, 2010
Monday, June 28, 2010
Picnic@Gold Coast (270610)
Akhirnya setelah lima bulan kami berada di Brisbane, hari ini barulah berkesempatan untuk mengambil angin di Gold Coast, tempat percutian yang terkenal di dunia. Kedatangan kami kali pertama ini hanyalah sebagai intro untuk melihat bagaimanakah suasana dan rupanya Gold Coast yang sering diwar-warkan itu. Malam sebelum bertolak, saya melawati beberapa laman web untuk mengenal pasti tempat-tempat yang menarik di Gold Coast. Kerana terlalu banyak snagat tempat yang disenaraikan, saya tidak pasti tempat yang mana harus dituju dahulu. Kami tidak merancang untuk pergi ke 3 world yang terkenal di sini, Movie World, Water World atau Sea World memandangkan tiket promosinya sebelum ini hanya akan tamat pada penghujung Jun ini. Mungkin selepas itu akan keluar promosi yang baru pula.Perjalanan ke Gold Coast mengambil masa lebih kurang 30 minit. Oleh kerana kami tiba pun sudah waktu tengah hari, adalah lebih afdhal untuk kami ke tempat yang sesuai untuk berpiknik untuk membuka bekalan makanan yang telah saya sediakan dengan bersemangatnya sejak pagi-pagi lagi. Akhirnya kami singgah di Main Beach yang menyediakan banyak pondok-pondok perkelahan dan kemudahan awam yang lain. Selepas makan, Ariff, Akeef dan Najla sibuk nak bermain di playground yang letak berhadapan dengan pondok perkelahan. Begitu meriah susana di taman itu kerana dikunjungi oleh ramai orang yang membawa keluarga berkelah dan berjalan-jalan. Sudah adat hidup di negara 'orang putih', kami berkesempatan menunaikan solat Zohor dan Asar di atas padang rumput beralaskan winter coat dan sejadah kecil. Syukur walaupun kemudahan beribadah tidak sesempurna di Malaysia, kami masih lagi berpeluang menunaikan tanggungjawab sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah.
Subhanallah, rupa-rupanya di belakang taman perkelahan itu terletaknya pantai Gold Coast yang sungguh indah dan mengasyikkan. Mungkin kerana musim winter, tidak begitu ramai orang yang mandi manda di situ. Terdapat beberapa orang yang sedang surfing dan kebanyakannya hanya berjalan-jalan mengambil angin pantai. Bagus juga begitu kerana sudah pasti pemandangannya lebih menarik dengan tidak ada makhluk-makhluk berjemuran di pantai. Oleh kerana sudah sampai di pantai, tidak sampai hati pulak nak menolak permintaan Ariff, Akeef dan Najla untuk bermain air. Maka mereka pun bertukar uniform sebelum begitu excited bermain air dan mengejar ombak. Akeef yang terlebih excited nak main air sehingga terlupa nak membuka t-shirt dan seluar yang dipakai sebelum menyarung baju renang. Lawak sungguh melihat dia berkejar ke pantai dengan dua lapis pakaian. Tapi sayangya Akeef hanya bertahan selama kurang dari sepuluh minit kerana takut melihat ombak yang semakin lama semakin kuat. Selepas dari itu, dia hanya bermain pasir dan sekali sekala datang menjenguk Yeop Ariff dan Najla bermain ombak dan kembali lari ke darat apabila datang ombak besar. Setelah puas bermain ombak dan air laut, kami bersiap untuk pulang. Sempat juga Ariff mengutip beberapa cengkerang dan batu laut untuk dibawa pulang sebagai cenderahati dan kenang-kenangan. Alhamdulillah rasa sungguh bersyukur dan berpuas hati dapat menggembirakan anak-anak. Cuti masih berbaki sebulan lagi ini harus digunakan sebaik-baiknya sebelum tiba semula masa untuk berjung dengan tugasan, ujian dan peperiksaan.
Wednesday, April 07, 2010
Bercuti Ke Stanthorpe
Cuti pertengahan semester yang bersekali dengan cuti sekolah selama lebih kurang 12 hari membenarkan saya merancang percutian bersama dengan keluarga tersayang. Mula-mula kami plan untuk ke Lone Pine Koala Sactuary yang terletak kira-kira 15 minit dari rumah tapi setelah diajak untuk join percutian ke Stanthorpe, Queensland oleh Akma dan Zaaba, lebih baik kami ke sana dulu sementara ada orang nak pergi. Kalau setakat tempat dekat-dekat ni, bila-bila pun insyaAllah boleh pergi sendiri. Tempat ni cuacanya ala-ala Cameron Highlands dan Genting dan terletak di tanah tinggi tapi jalan nak ke sana tak perlu berpusing-pusing macam nak naik ke Genting atau Cameron Highlands. Jalannya straight saja dan pemadangan di kira kanan jalan juga sangat cantik sebab melalui country side dan ladang-ladang. Sepanjang jalan mesti terjumpa binatang-bianatang ternakan yang tengah meragut rumput. Antaranya lembu, ox, kambing biri-biri dan kuda.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam atau 250km dari rumah kami di St Lucia, Brisbane. Ini adalah pertama kali kami berjalan-jalan untuk makan angin sepanjang lebih dua bulan berada di sini. Sebelum ini berjalan sekadar untuk cari tempat-tempat menjual makanan dan barang-barang rumah. Lagi pun kami tak berani juga nak berjalan sakan sebab belum boleh mengagak bajet yang sesuai meneruskan hidup di sini. Takut-takaut kalau dah berjalan sana, sini tak cukup duit nak makan pulak. :-D Tapi nampaknya alhamdulillah, masih ada duit yang boleh disalurkan untuk mengenal tempat orang dan meluaskan pemandangan. Bak kata wakil pegawai BMI, JPA semasa taklimat penyerahan HLP 2009 yang lepas, kalau dah sampai ke tempat orang tu, bawak-bawak la berjalan. Duit biasiswa guna untuk sara hidup di sana, duit gaji gunakan untuk bawak keluarga bercuti.
Alhamdulillah juga perjalanan kami berjalan dengan lancar walaupun kereta kami berusia lebih dari 15 tahun. Mula-mula risau juga kalau kereta buat hal tapi syukur lah semuanya ok. Anak-anak pun tidak meragam, mungkin sebab sudah besar dan dah boleh inform kalau dah lapar dan dahaga. Kami melalui highway yang suasanya lebih kurang seperti jalan lama di Malaysia. Pandangan saya, orang di sini perlu lebih banyak belajar mengenai pembinaan highway dengan orang di Malaysia. Tiba-tiba saya rasa begitu kagum dengan Lebuhraya PLUS dan LPT kerana keadaan highway di sini sangat jauh berbeza dengan di Malaysia. Kalau di Malaysia, bila penat atau lapar, boleh singgah di R&R untuk berehat atau membeli makanan. Di sini ada juga konsep R&R tetapi terlalu ringkas. Sekadar sebuah toilet dan beberapa tempat duduk untuk berkelah dan makan-makan. Tapi apa yang mengagumkan saya, keadaan toiletnya jauh lebih bersih walaupun tidak ada pekerja am yang ditugaskan untuk mencuci tandas seperti di Malaysia. Walaubagaimanapun, untuk membayangkan perbezaan highway di sini dan Malaysia, saya meletakkan 90% untuk lebuhraya PLUS dan 45% untuk lebuhraya yang saya lalui untuk ke Stanhorpe.
Kami menyewa motel di Murray Garden dengan harga AUD120 semalam. Biliknya agak luas dan cukup untuk kami sekeluarga. Konsep motel dan cottagenya juga sangat menarik, dikelilingi dengan suasana semulajadi yang indah dan cuaca yang nyaman dan sejuk. Suhunya memang sejuk malahan lebih sejuk daripada aircond lagi. Tapi yang pelik di sini tidak ada kebun sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang commercial seperti di Cameron Highlands. Saya pun tidak pasti kenapa tetapi bila melihat keadaan ini, saya begitu kagum dengan tanah air sendiri kerana bagi saya Cameron Highlands jauh lebih hebat dan menarik berbanding di sini. Saya tidak pasti mungkin juga kerana di sini sudah banyak tempat-tempat yang sejuk dan sesuai untuk tujuan pertanian tetapi bukan di Stanhorpe.
Antara tempat-tempat menarik yang kami kunjungi ialah ladang strawberi yang membolehkan kami merasai pengalaman mengutip buah strawberi sendiri. Yang paling excited tentunya budak-budak. Pantang nampak strawberi merah, habis smeua dikutipnya. Kemudian kami juga ke ladang lavendar, bunga yang digunakan sebagai pewangi yang sangat popular. Pemandangan di sini Subhanallah memang sangat mengasyikkan. Saya membeli lilin wangi yang diletakkan di dalam mangkuk kaca sebagai kenang-kenangan. Di ladang epal kami berpeluang mengutip sendiri buah-buah epal. Memandangkan buah epal tidak begitu menjadi dan dipenuhi ulat, kami dapat mengambil epal secara percuma sahaja. Saya juga membeli dua botol minuman jus epal sekadar untuk merasa. Kami juga ke Granite Belt Maze yang terkenal dengan Maze dari pokok pagar yang mampu membuatkan orang sesat jika tidak jumpa jalan keluar. Kami membeli tiket keluarga untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak berharga AUD50. Kanak-kanak di bawah umur empat tahun dapat masuk percuma, jadi Najla sorang sajalah yang tak perlu tiket. Selain dari melalui pokok pagar yang menyesatkan itu, kami juga berpeluang bermain golf. Kami bermain sekadar untuk menghiburkan anak-anak walaupun itulah kali pertama saya memegang kayu golf.
Malam semasa kami menginap di motel, kami membuat BBQ di tempat yang disediakan di sana. Seronok juga buat BBQ ni rupanya. Dah lama juga saya tak berBBQ sejak ada keluarga sendiri ni. Lepas ni nampaknya kami kena beli satu set dapur BBQ gas untuk bawak balik ke Malaysia. Orang kata set BBQ di sini jauh lebih murah dbandingkan dengan Malaysia. Kenyangnya makan ayam, daging, sotong, udang dan jagung bakar. Next time kena lah buat lagi kalau pergi bercuti ke mana-mana.
Satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan juga ialah menunaikan solat di atas rumput. Inilah kali pertama saya berpeluang menjalankan ibadah berkenaan secara di tempat yang terbuka dan membuatkan saya merasa begitu kerdilnya diri ini dan begitu luasnya dunia Allah. Sudah semestinya saya merasakan kehebatan Allah kerana menjadikan dunia yang begitu indah dan memberikan peluang untuk saya terus beribadah walau dalam keadaan dan di mana saja saya berada. Subhanallah!

Subscribe to:
Posts (Atom)