Alhamdulillah pada 11 hingga 18 Januari, akhirnya impian saya untuk berjalan-jalan ke Melbourne tercapai juga. Jika ke Sydney dan Canberra dulu kami mengembara dengan kereta, kali ini kami menaiki kapal terbang. Mak dan abah yang kebetulan bercuti di rumah kami pun sama-sama ke Melbourne. Jadi, bertambah meriahlah rombongan kami.
Perjalanan dari Brisbane Airport ke Tullamarine Airport di Melbourne mengambil masa kira-kira dua jam. Setibanya di Melbourne pada 11.00 malam waktu Brisbane, kami menaiki Maxi Taxi dari airport ke homestay di rumah pelajar Malaysia di Coburg. Waktu di Melbourne awal satu jam dari Brisbane disebabkan negeri Victoria mengguna pakai kaedah daylight saving memandangkan waktu siang yang panjang pada musim panas. Bila musim panas sudah berkahir, waktu di Brisbane dan Melbourne akan serupa semula.
Kembara pada hari pertama dimulakan dengan menaiki tram ke bandar Melbourne. Memandangkan hari Ahad, kami membeli tiket Sunday Saving dengan harga AUD3.60 seorang dan boleh menaiki sebarang kenderaan awam sepanjang hari. Pengalaman menaiki tram kali pertama memang sangat menyeronokkan. Tram ini seolah seperti LRTdi Malaysia tetapi bergerak di atas landasannya sendiri bersama-sama dengan kenderaan lain di jalan raya. Walaupun musim panas telah bermula, cuaca di Melbourne masih lagi antara 17-20 darjah celcius. Kami masih perlu memakai jaket dan baju sejuk semasa bersiar-siar.Antara tempat-tempat yang dilawati pada hari pertama adalah Flinders Street Station, Federation Square, Australian Centre for the Moving Image, Harbour Town, Dockland dan University of Melbourne. Kami juga berkesempatan menikmati makanan Indonesia di Es Teller yang terletak di tengah-tengah bandar Melbourne.
Pengembaraan pada hari ke-dua diteruskan dengan berjalan-jalan di sekitar bandar Melbourne menaiki tram. Kali ini kami ke Melbourne Cricket Ground (MCG) dan gelanggang tenis yang terkenal di Melbourne. Selain itu sempat juga singgah di Melbourne Museum dan Botanic Garden yang terletak berhampiran muzium untuk berkelah. Mujurlah kami menginap di homestay yang menyediakan kemudahan untuk memasak. Dalam keadaan ahli rombongan yang ramai ini, memasak dan membawa bekal untuk perjalanan adalah lebih sesuai dan menjimatkan berbanding dengan menikmati makanan di luar.
Hari-hari berikutnya diteruskan dengan lawatan ke Philups Island yang terkenal dengan kilang coklat Pannys dan tempat melihat perarakan penguin-penguin comel yang besar sedikit dari anak kucing. Setibanya di kilang coklat Pannys, kami dikejutkan dengan cuaca sejuk yang menggigit berikutan keadaan angin nyaman yang kuat. Walaubagaimanapun, lawatan ke kilang yang memerlukan bayaran tiket ini sememangnya tidak menghampakan kerana kami berpeluang melihat sendiri bagaimana proses dan teknologi pembuatan coklat di samping mendapat pengalaman merekabentuk coklat sendiri dengan mesin yang disediakan. Rasanya coklatnya juga memang enak lebih-lebih lagi kerana kami diberi merasa beberapa sampel coklat yang baru dibuat. Kami berhenti makan bekalan nasi lemak yang dibawa dan menunaikan solat jama' Zohor dan Asar dan sebuah taman rekriasi tidak jauh dari kilang coklat Pannys. Setelah menunaikan tanggungjawab, kami singgah di Nobbies Centre untuk menikmati pemandangan yang indah dan membeli cenderamata sebagai kenangan.
Destinasi seterusnya adalah ke tempat perarakan penguin yang terletak tidak jauh dari situ. Bayaran yang dikenakan bokeh tahan juga tetapi sayangnya kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar atau video dengan alasan penguin sensitif kepada cahaya lensa. Perarakan berlaku selepas waktu maghrib di mana penguin pulang dari laut untuk kembali ke sarangnya. Kerusi-kerusi panjang yang disediakan seperti staduim mini di sepanjang tempat strategik di pusat itu dipenuhi dengan ramai pelawat yang datang dari dalam dan luar negara. Melihat penguin-penguin itu pulang terkedek-kedek secara berkumpulan memang mencuit hati. Sungguh bijak manusia-manusia ini mengambil peluang dan keuntungan dengan hanya memperlihatkan rutin harian panguin-penguin ini sudah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda buat mereka. Selepas puas melihat perarakan penguin dan anak-anak pun sudah lama meragam, kami pun bertolak pulang dan sampai ke rumah pada tengah malamnya.
Keesokannya, pengembaraan diteruskan ke Great Ocean Road, salah satu tempat yang tidak boleh tidak untuk dilawati jika ke Melbourne. Perjalanan mengambil masa lebih lima jam untuk sampai ke destinasi terakhir, 12 Appostles tetapi banyak tempat-tempat menarik yang disinnggahi sepanjang perjalanan di situ. Memang benarlah seperti yang dikata, pemandangan dan suasana sepanjang perjalanan dan tempat-tempat persinggahan di sini sangat-sangat mengagumkan dan memperlihatkan kehebatan penciptanya.
Kami juga tidak melepaskan peluang untuk membeli cenderamata di Queen Victoria Market yang terkenal dengan jualan cenderamata Australia (tetapi dibuat di China) dengan harga yang berpatutan. Rupa-rupanya pasar ini bukan sahaja menjual cenderamata tetapi tedapat juga jualan makanan dan pasar basah seperti pasar-pasar biasa.
Sememangnya percutian selama seminggu di Melbourne ini mmberi pengalaman yang berharga untuk kami sekeluarga. Selepas pulang ke tanah air nanti, jika ada rezeki kami akan meneruskan agenda percutian ini di destinasi-destinasi menarik bermula di dalam Malaysia terlebih dahulu. Setelah berpeluang bercuti di negara orang, barulah kami tahu tentang keseronokan dan pengalaman yang dapat dipelajari dari percutian bersama keluarga. :-)
10 comments:
minta jasa baik anda unutk mendapatkan nama homestay tersebut berserta dengan no talipon sekali.tk
Salam puan,
Puan boleh hubungi Badrul 0430379620.
Terima kasih. :-)
salam,saya ingin meminta no hp puan, saya akan ke melbourne dan sydney pd 1st june dansaya ingin menanyakan puan beberapa perkara sebelum saya ke sana.TQ puan
: Kebetulan saya baru habis bercuti di Melbourne dan menginap di homestay yg sama :))
salam saya berada di malaysia. boleh beri saya email kpd homesaty tersebut.. amat memerlukan nya utk lawatan ke melbourne september nanti.. terima kasih..
nak tanya bergerak gerak disana hanya pakai public transport ke? sy n family nk ke sana insyallah tahun depan
salam puan..berapa harga homestay ni?
pergi dengan pakej kew kat san..
blh x paan nk tau lebih lnjut pasal lawatan kat sana??
kalo ad masa.. email kat sini k..
tq sangt2 kalo dapt bgtau kat paan..
paanzain92@gmail.com
Salam. Menarik cerita puan. Saya ber 4 dah beli tiket ke melbourne ogos nanti. Boleh puan bagi alamat homestay tu dan berapa sewa ya.
Post a Comment