Followers

Thursday, February 26, 2015

Memilih Sekolah Terbaik Untuk Anak-anak (Sekolah Agama Integrasi)

Setiap ibu bapa sentiasa mengimpikan untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak daripada segala segi daripada pakaian, makanan, asuhan, pendidikan dan sebagainya. Definisi sekolah yang terbaik adalah subjektif pada setiap ibu bapa mengikut kehendak dan impian hidup masing-masing. Setiap ibu bapa seharusnya sudah mula merancang masa hadapan anak-anak walaupun anak-anak masih bayi. Pemilihan sekolah yang paling sesuai untuk anak kebiasaannya adalah berdasarkan rancangan ibu bapa yang melihat kehidupan anak-anaknya pada jangka masa panjang. Ada juga ibu bapa yang memilih untuk mendidik anak-anak secara homeschool dan mungkin itulah yang lebih baik daripada silibus akademik biasa di sekolah namun persediaan dan kecekalan ibu bapa yang memilih cara itu bukanlah sesuatu yang harus diambil ringan kerana pendidikan anak-anak bukan semata-mata menjurus kepada akademik sahaja tetapi juga melatih sosial, emosi dan kemahiran-kemahiran soft skill anak-anak. Setiap pilihan ada kelebihan dan kekurangannya yang boleh diatasi.
Sumber: https://www.flickr.com/photos/mzaidi_dot_com

Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan sekolah rendah berasaskan Islam yang menjadi rebutan di kalangan ibu bapa di sekitar Kajang/ Bangi. Berbanding dengan pada zaman kanak-kanak saya dahulu, kini terdapat lebih banyak pilihan sekolah integrasi (akademik biasa dan agama) swasta mahu pun kerajaan. Setelah melihat kepada betapa pentingnya mengutamakan pendidikan akhirat kepada anak-anak dan masalah sosial yang melanda generasi muda masa kini, ibu bapa sudah tidak berkira untuk menyediakan pelaburan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak demi masa depan yang lebih baik di dunia dan akhirat. Ibu bapa bijak lebih sanggup menyediakan pendapatannya untuk pendidikan terbaik dunia dan akhirat buat anak-anak berbanding memilih untuk membeli kereta mahal, pakaian dan kasut berjenama atau pun makan mewah di luar menjadi kebiasaan. InsyaAllah pelaburan ini lebih berbaloi daripada meleburkan duit untuk material dan keduniaan semata-mata. Namun jika sekolah kebangsaan atau sekolah-sekolah lain menjadi pilihan, insyaAllah itu jualah yang terbaik untuk anak-anak.

Antara sekolah integrasi terbaik dan popular di kawasan Bangi/ Kajang adalah seperti berikut:

1. Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Bandar Baru Bangi

Sekolah ini merupakan sekolah rendah di bawah pengawasan dan kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Terdapat beberapa SRAI yang lain di beberapa daerah lain di negeri Selangor. Kedudukannya terletak bersebelahan dengan Balai Polis Bandar Baru Bangi, kira-kira 10 minit daripada Putrajaya melalui gate Sg Merab.

Yurannya adalah yang paling minimum di antara lain-lain sekolah seumpamanya disebabkan ia mendapat peruntukan daripada JAIS. Kebiasaannya, borang permohonan akan dibuka pada bulan Februari atau Mac setiap tahun bagi kemasukan tahun satu tahun berikutnya. Ibu bapa perlu sentiasa alert dengan menyemak laman web kerana waktu permohonan sangat terhad dan sebarang permohonan selepas daripada tarikh tutup tidak akan dilayan. Ujian kemasukan kebiasaannya dijalankan antara bulan Jun atau Julai setiap tahun. 

Laman web sekolah boleh dicapai di SINI.

2. Sekolah Rendah Islam Al-Amin

Sekolah Rendah dan Menengah Sri Al-Amin Bangi merupakan salah sebuah sekolah di bawah Rangkaian IKRAM Musleh iaitu sebuah organisasi yang menggabungkan semua sekolah-sekolah IKRAM satu Malaysia.  Sekolah ini terletak tidak jauh dari Stesen Komuter UKM di Sg Tangkas. Jalan di situ agak sesak dan ibu bapa perlu menghantar anak-anak lebih awal untuk mengelakkan kelewatan. Tempoh masa ke sekolah ini daripada Putrajaya adalah antara 20 - 30 minit.

Yuran pengajian adalah berpatutan bagi sekolah intergrasi swasta yang menyediakan pendidikan terbaik di samping makan minum buat pelajar. Permohonan boleh dikemukakan ketika anak berusia enam tahun dan kebiasaannya, borang akan diedarkan sekitar Februari atau Mac dan peperiksaan kemasukan adalah antara Jun atau Julai setiap tahun.  Selain daripada ujian kemasukan, syarat untuk mendapat tempat di sekolah ini adalah temuduga pihak sekolah dengan ibu bapa dan kursus khas yang akan diadakan pada waktu tertentu. Anak-anak yang melepasi kesemua kriteria yang disebutkan sahaja yang akan diterima untuk untuk belajar di sini.

Laman web sekolah boleh dicapai di SINI.

3. Sekolah Rendah Islam ABIM, Sg. Ramal

Sekolah ini adalah di bawah inisiatif Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Sewaktu saya masih kecil, inilah satu-satunya sekolah agama integrasi yang ada di sekitar Kajang dan Bangi. Waktu itu, anak-anak yang dihantar ke sekolah ini adalah daripada keluarga yang berkemampuan. Saya mengenali beberapa orang kawan-kawan yang bersekolah di situ dan  sahsiah dan kematangan mereka agak jauh berbeza dengan anak-anak di sekolah kebangsaan seperti kami. Sejak daripada itu, saya berazam akan menghantar anak-anak ke sekolah ini satu hari nanti. Sekiranya keadaan trafik lancar, tempoh ke sekolah ini daripada Putrajaya adalah selama 10 - 15 minit.

Yuran pengajiannya tidak jauh berbeza dengan sekolah agama integrasi lain seperti Al-Amin dan Sri Ayesha. Permohonan dan ujian kemasukan juga tidak lari dengan masa dan tempoh sekolah agama integrasi lain.

Laman web sekolah boleh dilihat di SINI.

4. Sekolah Rendah Sri Ayesha

Sekolah ini agak berbeza daripada sekolah agama integrasi yang di atas kerana menggunakan konsep montessori dan bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Inggeris. Ia terletak salah sebuah rumah kedai di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Berdasarkan pembacaan saya, sekolah akan dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai apabila bangunan sekolah siap kelak.

Laman web sekolah boleh dilihat di SINI.

5. Adni Bangi

Sekolah ini baru sahaja dilancarkan pada tahun 2015 dan menerima kemasukan tahun satu dan dua sahaja pada tahun ini. Sekolah ini juga menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Ianya terletak di Kg Dato' Abu Bakar Baginda, kira-kira tak sampai lima minit ke Putrajaya melalui gate Sg Merab.

Laman facebook sekolah boleh dicapai di SINI.


Bagi ibu bapa yang berhasrat menghantar anak-anak ke sekolah agama intergrasi di sekitar Kajang atau Bangi, boleh menyemak laman web sekolah bagi mengenalpasti silibus dan keseuaian pendidikan yang disediakan. Jangan lupa melawat sekolah secara live bagi melihat sendiri persekitaran sekolah dan jarak antara sekolah dan rumah. Suka saya ingatkan bahawa kebanyakan sekolah agama integrasi ini berdiri sendiri tanpa bantuan wang kerajaan pusat. Keadaaannya mungkin tidak seindah sekolah kebangsaan biasa tetapi jiwa dan roh di sini sangat berbeza auranya dengan sekolah-sekolah biasa. Jika tidak percaya, cubalah lawati mana-mana sekolah di atas pada waktu persekolahan dan pergi juga ke sekolah kebangsaan biasa untuk melihat apakah aura yang saya maksudkan. InsyaAllah, tuan puan akan merasainya, di mata dan di hati...

19 comments:

Miz Fieza said...

thanks pun for sharing sy memg tgh survey2 sekolah rendah agama utk anak darjah satu tahun 2017 ....

Norma NML said...

As salam...just nak sharing pengalaman...anak akak bersekolah di SRAI..skrg dah djh 6..dilema anak2 SRAI....mmg tdk boleh memohon SBP..jikalau anak2 mendapat keputusan cemerlang memang tak menjadi masalah sbb ada bbrapa pilihan sekolah yg dibenarkan memohon..masalahnya bila anak tidak cemerlang, untuk masuk ke sekolah menengah biasa pun x byk pilihan..setahu saya skrg hanya 2 sekolah sahaja iaitu Sek Men Jln Reko & Sek Men Abu Bakar Baginda..kalau selain tu mmg nak kena naik PPD utk urusan penukaran..

Ms Hanny said...

assalam... terimakasih sharing. alhamdulillah baru shj register anak lelaki sy tahun 1, 2016 di sri abim sg ramal. semoga sekolah ini masih lg terbaik seperti apa yg tuan katakan.

Unknown said...

Waalaikumussalam. Terima kasih semua atas kunjungan dan kesudian membaca blog saya. Definasi sekolah terbaik adalah subjektif dan bergantung kepada kehendak ibu bapa terhadap pembentukan anak-anaknya. Mungkin terbaik bagi saya, tetapi untuk orang lain, lain pulak pilihannya. Sekolah terbaik tidak semestinya sempurna, mungkin ada kekurangan di sana sini tetapi kekurangan itulah yang akan membentuk kematangan anak-anak dan memerlukan penglibatan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Puan Norma, memang benar bersekolah di sekolah agam Islam swasta atau integrasi buat masa ini masih belum dapat memohon SBP. Namun masih banyak pilihan sekolah yang lebih baik seperti sekolah menengah agama di bawah JAIS atau jika berkemampuan boleh meneruskan pengajian menegngah di sekolah agama swasta seperti Tahfiz Al-Amin dan Sekolah Kiblah. Semoga Allah memudahkan urusan puan dalam mencari tempat terbaik untuk anak-anak puan.

Homestay Putrajaya said...

Salam... mcm mana ujian kemasukan thn 1... susah tak?

Rozailin Rahman said...

Untuk kemasukan anak anak ke SRAI BBB, ujian kemasukan darjah satunya merangkumi subjek BM, BI, sains, maths, bahasa arab, jawi, hafazan, perlu tahu membaca. Sangat kompetitif. Berdasarkan pengalaman saya pada tahun 2014, calon 500++, tahun 2016, calon 600++ . SRAIBBB hanya mengambil 184 orang pelajar yang memperoleh markah tertinggi. 50% lelaki, 50% perempuan. Advantagenya sekali sek keb+sek agama dari 7.30-3.30. Yuran hanya RM50.00 Sebulan utk makan tghari. Boleh whatsapp saya utk tanya soalan lebih lanjut 019-3334454.

Cik Matahariku said...

terima kasih perkongsian puan,☺saya juga menghantar semua anak saya ke sek seri ABIM tetapi di Gombak, secara peribadi saya setuju ia antara sekolah rendah agama swasta terbaik dari segi pendidikan dan tarbiyyah islam kpd murid2 nya..setahu saya, seri Abim ini terdapat hampir di semua negeri di Malaysia.

Unknown said...

Senarai pendek sekolah swasta sekitar Malaysia : https://www.lookp.com/malaysia/private-school

Unknown said...

kenapa tak boleh masuk SBP?

Unknown said...

Utk makluman..skrg utk sek srai dah boleh apply SBP

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Alhamdulillah berita yang baik ni..bagaimana peroleh maklumat ya saudara

Hamba allah said...

Yol3

Hamba allah said...

Abim biasa jer sbb kebykkn guru2 abim xde lesen mengajar maksudnye Diploma perguruan. Guru2 nye dtg dr pelbagai backgroud akademik & mengajar ank2 ikut cita rsa sendiri. Diploma Perguruan Abim pon just fast trek & tidak melalui proses latihan perguruan sebenar malah guru2nye xdidedahkn sepenuhnye dunia pedagogi.Diploma Abim(cuti sekolah tp xcukup kredit hour hanye sijil geli2) tdk diiktiraf JPA mahupon MQA. Moga pihak ABIM upgrade guru2nye & memiliki lesen mengajar yg SAH & berdiri sama level dgn KPM.

Hamba allah said...

Tarbiyah agama nye mmg tip top tp akademiknye guru2 abim adalah guru TIDAK TERLATIH dgn latihan perguruan sebenar. Harap ABIM MALAYSIA UPGRADE GURU2NYE & memiliki OPSYEN yg sesuai dgn aubjk yg diajar spy tdk timbul pertikaian.tq

Hamba allah said...

Boleh mintak pihak pentadbir listkn berapa org guru2nye yg betol2 de DIPLOMA PERGURUAN & OPSYEN sbjk. Barulah para ibu bapa yakin nk hantar belajar di ABIM

Hamba allah said...

Terbaik sbb ibu bapa perlu beri kerjasama penuh dlm bab sumber kewangan memandangkan yuran yg ibu bapa bayar sebahagian nye diagihkn kpd ABIM pusat utk gerakkn aktiviti pusat. Nk xnk tiap2 bulan setiap murid dikenakan surcaj blnn spy aktiviti pdp dpt berjln lancar. Unit kurikulum ke koko ke hem ke kebykn tiada cukup dana utk menampung segala macam program yg dijlnkn. Ibarat no money no any activities held. Moga ABIM dpt menjana pendptn sendiri tanpa membebankn para ibu bapa melainkn ibu bapa sanggup sumbang 99% gaji kpd pihak ABIM. Sanggup ke dlm zaman yg mencabar ni

Your Girl said...

Assalammualaikum

Unknown said...

Assalamualikum Nak tanya kalau anak saya yg dah belajar hingga darjah 2 .Cadang nak masukkan dia SRAI bagaimana yea?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...