Alhamdulillah tuan suami telah selamat tiba di Melbourne, Australia pada Isnin, 16 November
2015 jam 9.30 pagi waktu tempatan. Kini, telah hampir sebulan tuan suami mula bermastautin di sana dan semakin selesa dan sesuai dengan kehidupan baru di sana. Memang benar ini bukan pengalaman pertama beliau menetap ke luar negara, tetapi tetap ada debaran dan perasaan bercampur baur di dalam diri kerana misi kali ini yang berbeza daripada sebelum ini.
Flinders Street Station yang menjadi simbol keindahan senibina di Melbourne. Sumber: ABC News |
Untuk seminggu pertama, beliau bermalam di Malaysian Hall Melbourne dengan kadar sewa AUD30 untuk sebuah bilik double semalam. Memandangkan masih mengambil masa untuk mendapat penginapan tetap, beliau melanjutkan penginapannya di sana untuk seminggu lagi. Akhirnya setelah beberapa hari mencari dan menjalankan inspection bilik sewa, beliau bakal menyewa di sebuah bilik di Reservoir bersama-sama dengan tiga orang Muslim berasal dari Pakistan bernama Muhammad, Bilal dan seorang lagi yang saya lupa namanya. Muhammad sedang mengikuti pengajian dalam bidang Akauntan sambil bekerja sambilan di supermarket Coles pada petang hari dan security guard pada malamnya. Bilal pula menyambung pengajian Sarjana dalam bidang Engineering di Deakin University sambil bekerja sebagai seorang Pengurus di kilang berdekatan. Kesemua mereka memegang visa pelajar dan berhasrat untuk memohon permenant resident apabila sudah cukup point yang dikumpul. Hanya Muhammad yang sudah berumahtangga dengan dua orang cahaya mata tetapi keluarganya masih ada di Pakistan. Mereka akan kembali bersatu tidak lama lagi setelah beliau berjaya mendapatkan visa PR.
Menurut tuan suami, dia sangat berkenan dengan rumah itu setelah menjalankan inspection. Rumah terletak berdekatan dengan masjid dan dalam komuniti Muslim. Kemudahan pengangkutan awam juga sangat dekat dengan rumah. Keadaan dalam rumah sangat bersih dan dijaga rapi oleh penghuninya.

Masjid Preston yang terletak berdekatan dengan kediaman tuan suami. |
Saya sangat bersyukur dan gembira menerima khabar daripada tuan suami yang mendapat penginapan yang sesuai dan dipertemukan dengan orang yang sesuai dan baik-baik belaka. Kata tuan suami, teman-teman serumahnya sangat mengambil berat dan berbudi bahasa. Hubungan antara mereka terasa seperti adik beradik walaupun baru mengenali. Makanan ruji mereka setiap hari adalah capati yang dicicah bersama kuah dhal manakala suami pulak makan nasi bersama lauk yang sempat dimasak atau kadang-kadang goreng telur mata dengan kicap Kipas Udang sudah memadai. Katanya, orang Pakistan memang menjaga kesihatan melalui pemakanan dan minuman. Mereka mengambil makanan yang kurang gula, minyak dan garam serta menjaga kandungan kolestrol dalam makanan.
Cerita kami di Malaysia, masih menjalani kehidupan seperti biasa setelah berpindah dan menumpang di rumah Aidora di Taman Sekamat. Cuti sekolah dah bermula, maka anak-anak yang besar mengikut Wan balik ke kampung. Kurang-kurang tidaklah sunyi wan dan atuk di kampung dan boleh menolong membuat kerja rumah apa yang mampu. Maka, tinggallah saya bersama Azzah Nurjannah dan Aleesya Nour saja di rumah bersama keluarga Aidora. Walaupun jarak dari rumah ke pejabat tidak sedekat seperti masa menetap di presint 15, Putrajaya dulu, saya gembira tinggal di sini. Ada banyak pilihan makanan dan boleh singgah pasar malam setiap hari Khamis. Jalan walaupun agak sesak tetapi masih boleh diterima. Cuma mungkin kerana sudah lama tidak memandu lama dan menghadap jem, minggu pertama badan berasa letih dan tidak selesa. Alhamdulillah lama-lama, alah bisa tegal biasa...

No comments:
Post a Comment