Memiliki lima orang anak pada zaman ini boleh dikategorikan sebagai anak ramai peringkat permulaan. Disebabkan keperluan kewangan, kerjaya dan taraf hidup, lebih ramai pasangan suami dan isteri memilih untuk menghadkan bilangan anak dalam keluarga dengan alasan mengutamakan kualiti daripada kuantiti. Mungkin ada benarnya, apalah guna memiliki anak sepasukan pemain bola sepak andai tidak mampu mendidik anak-anak menjadi insan yang mampu membawa kebaikan kepada dunia dan akhiratnya. Ada juga yang menganggap anak-anak yang ramai terutama yang rapat umurnya menyebabkan anak-anak akan kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.
Perkara yang sama juga pernah bermain di minda saya sebagai salah seorang yang Allah kurniakan nikmat melahirkan ramai anak pada peringkat awal dulu-dulu setelah melihat persepsi pihak lain. Namun, bila saya bermuhasabah dan merenung diri, kenapakah kita pelu risau kepada pandangan dan kata-kata orang sedangkan memiliki anak ramai itu adalah satu keistimewaan dan diberi ganjaran yang berlipat ganda jika kita mampu melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak menjadi insan yang bermanfaat kepada agama dan negara. Alhamdulillah, selepas daripada itu, setiap apa jua kejadian yang berlaku saya sentiasa ambil secara positif dan yakin dengan ketentuan Allah.
Untuk merasai yang manis, sudah pasti pahit dan maung perlu dikecapi dahulu supaya kemanisan itu lebih dihargai dan penuh makna. Begitulah halnya dalam membesarkan anak-anak yang ramai, berasa sedikit penat atau kekurangan rehat dan waktu tidur adalah ujian yang perlu dibayar sebelum menikmati kepuasan apabila melihat anak-anak menjadi insan yang berguna dan berbakti.
Alhamdulillah saya dikurniakan seorang suami yang penyabar dan berpandangan jauh ke hadapan. Sebaik sahaja saya hamil anak pertama, kami sudah sama-sama merancang masa depan anak-anak. Kami memilih untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang bukan saja mampu memberi pendidikan akademik yang baik malahan mementingkan adab dan pengajian pendidikan Islam. Memang banyak pilihan sekolah sedemikian di kawasan sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi walaupun Putrajaya tidak menyediakan kemudahan itu. Alhamdulillah Allah makbulkan impian kami.
Ketika anak pertama menduduki tahun satu, tuan suami sudah membicarakan mengenai masa depan anak 15 tahun akan datang. Dia sudah membayangkan bagaimana ciri-ciri calon menantu yang menepati kriterianya di samping perjalanan pendidikan yang akan dilalui oleh anak-anak sehingga ke peringkat universiti. Pemilihan karier dan bidang pendidikan kami akan serahkan pada anak-anak untuk membuat pilihan namun kami akan cuba menyalurkan mereka dengan bidang yang sesuai berpandukan kepada potensi dan prestasi yang mereka tonjolakan sejak kecil. Yang penting, pengukuhan terhadap pendidikan agama Islam, akhlak dan sahsiah adalah lebih-lebih lagi perlu ditekankan. Kami tidak pernah mengharapkan anak-anak misalnya mesti lancar membaca pada usia lima tahun, atau mesti mendapat nombor top 3 dalam peperiksaan tetapi terpulanglah kepada potensi masing-masing kerana setiap anak-anak itu berbeza. Sekurang-kurangnya jika anak-anak masih mampu bersaing dan tidak terlalu ketinggalan dalam pendidikan, tidak perlu berasa risau. Ada perkara lain yang lebih penting dan perlu ditekankan pada anak-anak adalah hal ibadah, akhlak, kemahiran komunikasi dan sosialnya selain dari life skill. Apalah gunanya mendapat tempat pertama atau pandai membaca pada usia 4 tahun sekiranya masih tidak mampu bersolat 5 waktu pada usia tujuh tahun. Panduan yang kami gunakan dalam mendidik anak-anak adalah berdasarkan sunnah Rasullullah S.A.W. seperti di dalam gambar ini. InsyaAllah semoga sama-sama dapat dijadikan panduan.
Syukur juga Allah memberi peluang pendedahan pendidikan di luar negara pada anak-anak. Pengalaman itu telah banyak membuka minda anak-anak dan menjadikan anak-anak lebih menghargai dan menghayati kehidupan yang sebenar sebagai seorang Muslim. Penerapan kepada nilai-nilai murni seperti hormat menghormati dan pergaulan yang baik tanpa mengira agama dan bangsa juga telah dihayati oleh kami sekeluarga semasa menetap di sana. Di sekolah, kawan-kawan mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dari negara yang berbeza. Kawan Ariff kebanyakannya dari Australia sendiri antara yang saya ingat Brandon Evan, David B dan David C dan ada seorang daripada Sarawak tetapi telah lama menetap di Australia yang saya lupa namanya. Begitu juga dengan Akeef dan Najla mempunyai kawan-kawan dari negara Jepun, China dan German. Di negara sendiri, walaupun berbilang bangsa, agak sukar untuk bergaul dengan bangsa yang lain lebih-lebih lagi kerana kami menetap di Putrajaya yang majoritinya adalah Bumiputra. InsyaAllah, peluang yang diperolehi ini akan dimanfaatkan untuk mendidik diri sendiri dan anak-anak menjadi pendakwah yang lebih baik. :-)