Nurseri vs Pengasuh vs Pembantu Rumah: adalah dilema ibu bapa bekerja yang mempunyai anak-anak kecil yang tiada berkesudahan. Sebagai ibu bapa, kita sentiasa ingin memberi yang terbaik untuk anak-anak dan dalam masa yang sama kita dapat meneruskan tanggungjawab sebagai pekerja dengan baik. Perlu diingatkan bahawa persoalan memilih mana yang terbaik adalah subjektif kepada setiap keluarga. Tidak ada jawapan yang betul dan salah dalam menyelesaikan isu ini dan sekiranya sepasang suami isteri memilih untuk menghantar anaknya kepada pengasuh dan telah membuktikan pilihannya terbaik untuk keluarganya, itu tidak beerti orang lain perlu mengikut langkah yang sama. Langkah pertama yang harus dilakukan adalah dengan mengerjakan solat istikharah, memohon petunjuk dari Allah agar mendapat jalan yang terbaik.
Setiap keluarga mempunyai keperluan yang berbeza. Untuk mengetahui yang manakah terbaik untuk keluarga kita, pelbagai faktor harus diambil kira seperti nature bekerja suami dan isteri, bilangan dan usia anak-anak, sesi persekolahan anak-anak dan sebagainya. Yang penting juga, kita harus meletakkan apakan priority kita dalam memastikan keselesaan dan keselamatan anak-anak yang di bawah jagaan pihak ke-tiga semasa kita bekerja untuk mencari rezeki membesarkan anak-anak. Priority ini contohnya kita lebih selesa jika anak-anak dijaga oleh nurseri kerana mempunyai tenaga penjaga yang terlatih berbanding dengan meletakkan anak-anak di bawah jagaan pengasuh di rumah. Kita juga tidak sanggup menagambil risiko mengambil pembantu rumah untuk menjaga anak-anak kerana banyak mendengar berita-berita yang kurang enak mengenai pembantu rumah. Jadi, berdasarkan pandangan itu kita meletakkan nurseri sebagai pilihan utama.Selepas membuat pilihan yang terbaik, barulah kita memilih nurseri yang paling sesuai dengan anak-anak. Suka juga diingatkan, dalam memilih nurseri yang terbaik ada banyak perkara yang kita perlu perhalusi. Selain dari mempunyai sijil kelulusan JKM, lihat juga suasana nurseri itu dari segi kebersihan, penjagaan anak-anak, makanan dan sebagainya selain dari aktivit sampingan yang ditawarkan untuk anak-anak. Berbincang dengan pemilik, pengasuh di nurseri dan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke nurseri yang sama juga banyak membantu memberi gambaran mengenai nurseri tersebut. Jika sudah berpuas hati, barulah kita memilih opsyen tersebut setelah melakukan solat hajat memohon agar Allah memberkati pilihan kita.
Begitulah juga langkah-langkah yang telah saya dan suami laksanakan sebelum membuat keputusan mengambil pembantu rumah untuk menjaga anak-anak. Sebenarnya ini adalah pilihan terakhir dari tiga pilihan yang ada selepas mendapat tahu pembantu rumah yang sebelum ini tidak dapat kembali berkhidmat kerana perlu menjaga anak perempuan bongsunya yang belum berumahtangga. Pada asalnya, kami berhasrat untuk menghantar anak kami yang paling bongsu (setakat ini) ke nurseri yang terletak bersebelahan dengan blok apartment kami. Berdasarkan testimoni yang diperolehi dari rakan yang pernah menghantar anak, nurseri itu diberi pada tahap OK saja oleh beliau. Bila tiba hari saya mahu menghantar borang dan bayaran booking, nurseri itu telah penuh dan tidak dapat menerima permohonan baru walaupun dua minggu sebelum itu saya difahamkan ada lapan kekosongan untuk bayi bawah satu tahun. Allah lebih mengetahui segalanya dan saya terima dengan hati yang tenang dan gembira atas keyakinan pada ketentuan Allah.
Usaha mencari rumah pengasuh yang sesuai juga tidak menampakkan keputusan yang memuaskan kerana rata-rata pengasuh yang ditemui telah menjaga antara 7 - 9 orang anak. Secara umumnya, saya dan suami kurang bersetuju anak diletakkan di bawah jagaan rumah pengasuh yang tidak begitu dikenali apatah lagi yang menjaga ramai anak-anak kecil lain. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk mengambil pembantu rumah dari Indonesia berdasarkan pengalaman pertama kami sebelum ini yang tidak mengecewakan. Sebenarnya jika dilihat dari segi risiko, setiap pilihan itu mempunyai risikonya yang tersendiri tetapi mahu atau tidak, kita tetap perlu membuat pilihan yang terbaik mengikut kemampuan dan keadaan keluarga jika kita ingin menjadi ibu yang berkerjaya. Selebihnya, bertawakal kepada Allah dan banyakkan berdoa semoga Allah menentukan keputusan yang terbaik dan melindungi anak-anak dan keluarga kita.
Alhamdulillah setelah tiga bulan berkhidmat, pembantu rumah ke-dua kami ini dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Yang penting sebagai majikan, kita perlu lihat pembantu rumah itu bukan semata-mata sebagai seorang pekerja, tetapi sebagai seorang Muslim yang kita berikan kepercayaan untuk menjaga anak-anak sewaktu kita keluar bekerja. Maka seharusnya dia dilayan dan diberi didikan selayaknya supaya dia bukan sahaja akan menjalankan tanggungjawabnya kerana inginkan upah, tetapi atas kesedaran bahawa tugasnya mampu menjadi ketentuan sama ada dia akan ke syurga atau neraka. Jika kita mempunyai seorang pembantu rumah, kita harus sedar bahawa kita sebenarnya berperanan menjadi pendakwah kepada mereka. Seharusnya kita perlu mengingatkan mereka cara beribadat dan menutup aurat dengan betul selain dari mengajar mereka mengenai nilai-nilai murni dalam Islam. InsyaAllah, jika setiap perkara yang Allah tentukan itu kita sedar tentang hikmahnya, semuanya akan mendatangkan kebaikan dan keredhaan dari Allah.
Followers
Wednesday, May 30, 2012
Monday, May 28, 2012
Super Parents 2012: Perkongsian Siri 1
Alhamdulillah, ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah kerana saya dan suami diberi peluang untuk menghadiri konvensyen Super Parents 2012 yang dianjurkan oleh iluvislamEvents pada 26 dan 27 Mei 2012 bertempat di PICC, Putrajaya. Sebelum ini saya juga telah berpeluang hadir ke Konvensyen Bidadari Dunia yang diadakan di tempat yang sama. Konvensyen tersebut telah membariskan para penceramah yang hebat dalam bidang keibubapaan dan menjadi inspirasi kepada saya dalam mendidik anak-anak. Walaupun berlaku beberapa kali pertukaran penceramah dan aturcara, bagi saya iluvislamEvents telah berjaya melaksanakan program keibupaan tersebesar itu dengan grade Cemerlang. Tidak salah jika saya katakan usaha CEO iluvislam, Tuan Mohd Nurul Imran Koyube adalah sorang muda yang berpandangan jauh dan berjiwa besar. Selama ini saya sering mengimpikan program-program seperti yang dianjurkan oleh pihak iluvislam tetapi tidak pernah direalisasikan oleh mana-mana pihak berwajib tetapi beliau begitu berani dengan menyandarkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Muslim terhadap agamanya, beliau tampilkan pelbagai pengisian ilmu dalam bentuk 'pengajian moden' yang sesuai mengikut kehendak semasa. Apa yang saya boleh saya katakan, saya akan terus menyokong usaha beliau dalam mendidik masyarakat Muslim khususnya kepada satu tahap yang lebih hebat dan 100% berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Bukanlah sekarang ini masyarakat kita tidak hebat tetapi kelekaan dan kekurangan ilmu sering menjadi penghalang untuk membuka minda dan keupayaan kita bahawa sesungguhnya kita ini Allah jadikan dengan sebaik-baik kejadian dan kita seharusnya menggunakan potensi itu beserta teknik yang betul untuk berubah kepada individu yang lebih positif dan seterusnya melahirkan generasi yang terbilang di dunia dan akhirat.
Saya gembira untuk berkongsi tips-tips yang telah saya perolehi dari pengisian dua hari tersebut tetapi membaca nota atau catatatan orang lain sudah semestinya tidak akan sama dengan dapat hadir sendiri ke program. Mudah-mudahan lebih ramai sahabat ibu bapa dan bakal ibu bapa lain yang berpeluang untuk hadir ke Super Parents atau sebarang program keibubapaan yang lain. Berdasarkan pemerhatian saya, sangat banyak program seperti ini dari yang kecil kepada yang besar diadakan pada tahun ini. Sebelum Super Parents 2012 ini, saya turut dimaklumkan terdapat tiga lagi program keibubapaan yang dianjurkan pada bulan Mei sahaja. Itu tidak termasuk lagi pengajian keibubapaan lain yang dianjurkan pada bulan-bulan sebelumnya. Alhamdulillah saya berpeluang pergi ke program keibubapaan yang terbesar dalam banyak-banyak program yang lain disebabkan lokasi dan waktunya yang sangat strategik. Apa pun, yang penting niat untk hadir ke program perlulah diperbetulkan kerana Allah, untuk menuntut ilmu dan memperbaiki skil keibubapaan dalam mendidik generasi yang akan datang. Bersama ini saya kongsikan sedikit catatan yang sempat saya catat secara fizikal dan sematkan di minda buat masa ini. insyaAllah mudah-mudahan usaha yang tidak seberapa ini bermanfaat buat diri saya dan semua sahabat-sahabat dalam melahirkan keluarga yang menemui kebahagiaan di dunia dan akhirat.
1. Rasulullah S.A.W. adalah contoh terbaik dalam mendidik anak-anak. Didik anak-anak mengikut peringkat usia.
Tajuk : Pendidikan Seks Sebelum Kahwin
Oleh : Ustaz Rohidzir Rais
1. Anak-anak harus diajar untuk meminta izin untuk masuk ke bilik ibu bapa. Ada 3 waktu yang anak dilarang utnuk masuk ke bilik ibu bapa:
i. Sebelum solat Subuh -Waktu ini ibu bapa mungkin sedang tidur atau baru bangun dari tidur. Justeru anak-anak harus diajar agar mengetuk pintu bilik ibu bapa sebelum masuk.
Hal ini kerana waktu inilah kemungkinan waktu-waktu `persendirian' bagi ibu bapa. Mungkin ketika itu peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi. Oleh itu anak-anak dilarang mengganggu ibu bapa.
ii. Sekitar sebelum waktu Zuhur -Waktu Zuhur ini juga disebut sebagai waktu `Qailulah' iaitu antara waktu yang disunatkan untuk tidur sebentar.
Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat atau kemungkinan sedang tidur atau bersiap-siap untuk menunaikan solat Zuhur.
Justeru itu anak-anak sewajarnya diajar adab meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik ibu bapa mengelakkan aurat ibu bapa terdedah kepada anak-anak.
iii. Selepas Isyak
Waktu-waktu seperti ini biasanya ibu bapa sedang bersiap-siap untuk tidur. Atau kemungkinan salah seorang daripada mereka sedang berehat, bersantai atau tidur di dalam bilik.
(Sumber; http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1426)
2. Pergaulan mesra di antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim yang bujang atau telah berkahwin haruslah dielakkan bagi menghindari fitnah.
3. Pisahkan tempat tidur anak-anak lelaki dan perempuan seawal yang boleh atau selewat-lewatnya bila anak-anak berusia 5 tahun. Pisahkan juga tempat tidur ibu bapa dan anak-anak.
4. Perbuatan onani ada pelbagai pandangan dalam Islam. Harus hukumnya sekiranya untuk mengelakkan diri dari maksiat. Walaubagaimanapun mereka yang sering melakukakn onani berkemungkinan besar akan gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami apabila telah berumahtangga.
Tajuk : Tips Memilih Pasangan dan Ketahanan Diri dalam Perkahwinan
Oleh : Dr. Tengku Asmadi
1. Anak yang hebat bukanlah anak-anak yang mendapat semua A dalam pelajarannya atau mencapai kecemerlangan dalam pelajaran semata-mata tetapi anak yang hebat adalah anak yang seimbang di antara pencapaian dunia dan ukhrawinya.
2. Sekiranya anak tidak mempunyai potensi yang baik dalam akademik, ibu bapa tidak seharusnya melabel anak itu sebagai anak yang gagal tetapi mesti sentiasa melihat kepada hikmah yang Allah jadikan. Cari minat anak-anak dan dorong kepada minatnya dan insyaAllah dia boleh jadi orang yang berjaya.
3. Setiap anak mempunyai potensi dan keistimewaannya sendiri. Ibu bapa harus mengetahui keistimewaan mereka dan menyokong apa yang mereka minat selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Bersambung....

Thursday, May 10, 2012
6 Bulan Berlalu Di Tanah Air...
Subhanallah! Sedar tak sedar rupanya sudah hampir 6 bulan saya menjejakkan kaki semula ke tanah air setelah hampir 20 bulan berkelana menuntut ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai di tempat orang. Alhamdulillah cabaran sebagai pelajar sarjana telah berakhir dan meninggalkan kenangan yang takkan saya lupakan selagi diizinkan Allah.
Setelah enam bulan meneruskan semula rutin harian seperti sebelum ini, saya dan keluarga masih lagi dalam suasana menyusun aturan hidup yang terbaik untuk kami dan anak-anak. Alhamdulillah kebanyakan perkara berjalan lancar berkat rahmat Allah dan pertolongan ahli keluarga. Buat masa ini kami menetap di kuaters kerajaan di Presint 15-12A, blok apartment yang sangat strategik kedudukannya kerana terletak di antara Presint Diplomatik yang menempatkan kedai-kedai dan Kompleks E di mana saya bertugas di Kementerian Kesihatan. Oh iya, saya telah ditempatkan sebagai PTM di Kementerian Kesihatan Malaysia, bermakna masih berada di kompleks yang sama seperti Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ini. Saya tidak berhasrat untuk memohon secara specific mana-mana kementerian kerana percaya di mana-mana saya diletakkan, saya akan berpeluang belajar perkara baru di samping menimba pengalaman yang berbeza dari jabatan-jabatan sebelum ini. Ini adalah jabatan yang ke-empat saya ditugaskan selepas berkhidmat di English Language Teaching Centre, KL (2004-2005), Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM (2005-2009) dan Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, KPM (2009-2010). Di setiap jabatan saya telah belajar banyak perkara baru dan meninggalkan memori suka dan duka yang pastinya telah mmatangkan saya dan meletakkan saya di keadaan di mana saya berada sekarang. Setiap manusia pasti hanya mahu perkara yang indah berlaku dalam hidupnya sedangkan kita sering terlupa yang ujian dan kepahitan itu Allah jadikan supaya kita mengerti tentang hakikat kehidupan dan menjadikan kita orang yang lebih 'kuat' dan berjaya pada masa depan. Maklumlah, kejayaan dan keindahan hidup itu tidak akan datang bergolek jika tidak ada usaha dan semangat untuk menempuh apa jua cabaran yang mendatang. Yang pastinya, matlamat kehidupan kita yang utama adalah akhirat, untuk mngejar ganjaran syurga yang hakiki. Jika kita yakin dengan janji Allah, insyaAllah setiap yang berlaku dalam kehidupan ini dilihat dan dirasai sebagai keindahan. Walaupun pahit di dunia, atas berkat sabar dan kebergantungan kepada Allah, ianya terasa manis kerana terlihat ganjaran yang menanti di sana...

Subscribe to:
Posts (Atom)