Alhamdulillah petang semalam saya telah selamat menyerahkan segala borang-borang rasmi kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA bagi tujuan meneruskan cita-cita yang lama terpendam. Sebelum ke sana, saya telah hubungi Encik Uzaifah yang menguruskan urusan sambung belajar dan saya telah maklumkan akan datang pada pukul 3 petang itu. Perkara pertama yang mengejutkan saya adalah kerana kawasan parking di Parcel C telah dikenakan bayaran oleh Perbadanan Putrajaya. Sungguh tak terkata...
Saya sampai di kaunter BPMI 5 minit sebelum pukul 3. Baru lepas melabuhkan punggung atas sofa, datang seorang brader bersama walkie talkie di tanga, 'Puan nak jumpa dengan siapa?','Saya nak jumpa dengan Encik Uzaifah untuk serahkan borang,','Oh, begini puan, pukul 3 ni kami ada latihan kebakaran. Bila arahan dikeluarkan, puan kena sama-sama turun ke bawah ikut tangga kecemasan'. Dengan rasa suam-suam kuku dan blur, saya hanya bersetuju. Tak lama lepas tu, arahan untuk latihan kbakaran pun diumumkan dan saya yang tak bersalah ini pun terpaksa beramai-ramai ala-ala office terbakar turun ikut tangga kecemasan. Berpeluh jugaklah bahagian yang sememangnya mudah mengalami perpeluhan. Selepas 10 minit, barulah semuanya dibenarkan naik dan saya terus menunggu di kaunter. Yang peliknya, tak ada orang pun yang bertanyakan saya nak bejumpa dengan siapa melainkan brader latihan kebakaran sebelum ini. Apa diorang ingat saya datang ikut mak agaknya... Ada seorang brader yang lalu depan saya untuk singgah wash room pun hanya pandang sebelum sempat saya bertanya. Akhirnya ada juga seoran brader yang menjadi mangsa dan sempat saya mohon panggilkan Encik Uzaifah. Rupa-rupanya si Uzaifah ini adalah brader yang melintas depan saya untuk ke wash room tadi, sabo je la mamat ni... Dia datang sambil memohon maaf sebab tak tau saya nak jumpa dia. Alhamdulillah borang saya telah lengkap semuanya dan diterima.
Hari ini baru saya teringat saya tertinggal satu perkara. Saya masih belum hantar segala resit-resit untuk claim perbelanjaan yang dah dibuat. Aiseh, macam mana boleh lupa ni... Kalau kumpul-kumpul tu boleh jadi lebih sebulan gaji ni... Harap-harap esok boleh kemaskini dan terus submit kepada JPA semula.
Dalam masa dua minggu lagi kami merancang untuk berpindah sementara ke rumah mak di Kajang sebelum bertolak ke Brisbane. Buat masa ini, tiada proses packaging secara besar-besaran dilaksanakan. Hanya kotak-kotak kosong saja yang sedang menunggu untuk diisi. Waktu hujung-hujung tahun inilah baru jabatan nak buat banyak mesyuarat dan bengkel di luar. Minggu lepas saya menghadiri Mesyuarat SKT di PD pada 11-13 Disember. Minggu ini pulak kena attend Bengkel KPI di Concorde Hotel, KLIA pada 21-24 Disember dan minggu depan ikut hubby pulak bermesyuarat di A Famosa Resort pada 29-31 Disember. List barang yang perlu dibeli untuk persiapan ke sana pun boleh tahan jugak... Itu pun masih belum start lagi. InsyaAllah akan memulakan langkah-langkah seterusnya pada minggu ini. Mudah-mudahan segala berjalan lancar dan dipermudahkan Allah...
No comments:
Post a Comment