Alhamdulillah setelah menjadi pengguna yang konsisten kepada Qaseh Gold (Adinda), saya telah mendapat manfaat daripada Qaseh Adinda yang saya kasihi ini dengan izin Allah. Selama ini, saya pernah juga mencuba produk-produk yang lain, alhamdulillah ada yang sesuai tetapi di dalam hati masih berasa kekurangan dan pencarian masih diteruskan. Kekurangan bukanlah bermaksud produk yang lain tidak jujur atau tidak berkesan tetapi dari segi roh, keberkesanan itu tidak sampai ke dalam hati. Sebelum ini, selain mengambil makanan tambahan dalam bentuk pil, saya turut mengamalkan pemakanan sunnah secara berasingan dan daripada produk yang berbeza seperti Habatussauda dan Minyak Zaiton keluaran Minsyam serta Madu Zha'faran. Begitu juga tuan suami mengamalkan habatussauda dan cuka kurma dalam bentuk serbuk yang saya lupa keluarannya. Anak-anak juga demikian, saya latih mereka makan madu dan apabila mereka kurang sihat, saya biasa berikan madu atau minyak kelapa dara. Dengan izin Allah, demam mereka pun tak lama. Walaupun ada lima orang anak, saya amat bersyukur kerana Allah mengurniakan kesihatan yang sangat baik untuk anak-anak sejak hari pertama mereka dilahirkan. Paling teruk penyakitnya adalah chicken pox dan eczema sahaja. Demam biasa mungkin seorang akan terkena setahun sekali atau dua dan biasanya tidak lama kecuali demam disebabkan virus.
Setelah membuat kajian dan terlihat status sahabat saya di fb berkenaan Qaseh Gold, saya rasa tertarik kerana ianya menggabungkan makanan sunnah dalam satu botol, ianya jenama tempatan dan yang penting dihasilkan melalui proses pengilangan Islamic Manufacturing Practice (IMP) yang dijamin Halalan Thoyyiban. IMP ini secara umumnya adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. Ianya satu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut fisikalnya, iaitu tiada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.
Maksud Hadis : “ Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya……”
Oh nampaknya inilah yang saya cari selama ini... Maklumlah, sebagai ibu yang berkerjaya, aktiviti harian saya agak padat dan pengambilan makanan tambahan yang boleh membantu memperbaiki kesihatan dan mengekalkan kecergasan setiap hari adalah kritikal. Saya juga sudah tidak menggunakan khidmat pembantu rumah disebabkan anak-anak pun sudah ramai yang ke sekolah dan boleh membantu membuat kerja-kerja rumah yang ringan. Pernah satu ketika dulu sewaktu saya hanya bergantung kepada pemakanan harian biasa tanpa apa-apa makanan tambahan, sebaik saja balik ke rumah, badan sudah lemah dan lesu sedangkan sepatutnya saya perlu menyediakan makan malam untuk keluarga, membuat kerja-kerja rumah yang lain di samping memastikan anak-anak terjaga memandangkan tuan suami agak sibuk dengan kerja dan pengajiannya. Pada kebanyakan waktu bab mengemas rumah dengan sempurna tidak dapat dibuat kerana tiada masa dan badan pula sudah tidak mampu menampung kerja yang lebih dari sepatutnya. Mujur juga anak-anak dan suami boleh membantu apa yang boleh. Begitu juga waktu di tempat kerja. Kadang kala terutama pada petang hari saya berasa amat mengantuk sampai kadang-kadang di dalam mesyuarat atau ketika berkursus pun saya rasa nak memejamkan mata. Syukur kini semua sudah berlalu...
Alhamdulillah kini badan saya lebih cergas dan tidak mudah mengantuk seperti dahulu. Bangun pagi juga lebih mudah dan saya sempat menyediakan sarapan ringkas buat anak-anak seperti roti telur atau nasi goreng pada hari bekerja. Satu lagi manfaat saya perolehi sebagai ibu menyusu, penambahan susu juga berlaku. Biasanya saya dapat mengumpulkan 12oz susu setelah mengepam untuk dua kali sehari. Selepas mengamalkan Qaseh, alhamdulillah susu menjadi sekurang-kurangnya 15oz sehari dah kadangkala lebih daripada itu dengan izin Allah jua...
Jika ada sahabat-sahabat yang masih mencari-cari makanan yang sesuai, saya sangat menyarankan untuk mecuba Qaseh Gold. Rasanya sedap dan bonusnya insyaAllah kita akan mendapat ganjaran pahal kerana mengamalkan pemakanan sunnah yang turut digemari Rasullullah S.A.W. Boleh cuba dapatkan daripada pengedar yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal atau saya juga boleh bantu jika memerlukan. InsyaAllah, jika serasi dalam masa seminggu dua selepas menikmati Qaseh Gold, kesannya akan muncul tanpa perlu berbelanja besar. Saya boleh dihubungi melalui e-mel afrohah@gmail.com atau telefon 019-2117998. Penghantaran percuma di kawasan Putrajaya dan sewaktu dengannya... :-)
No comments:
Post a Comment