Followers
Friday, October 23, 2009
Update Please!
Wah! Lamanya tak berkesempatan untuk update blog ni. Tuntutan keluarga dan kerja menyebabkan masa untuk mengemaskini blog terbatas walaupun sekali sekala terasa rindu juga nak menaip lagi dalam blog. Alhamdulillah dah masuk lima bulan saya bertugas di tempat baru. Berpeluang belajar banyak benda baru tetapi mungkin kurang sesuai dengan minat dan cara kerja saya sebelum ini. Maklumlah, di tempat lama saya berada pada bahagian yang melaksanakan core business IT, dah tentu jauh beza dengan berada di bahagian yang hanya ada Unit IT yang kecil. Tapi rasa kagum pada insan-insan yang boleh bertahan bertahun-tahun di bahagian.
Di sini kita perlu kreatif dalam melaksanakan program dan tugasan sendiri sebab unit IT bukanlah unit utama. Pengkhususan kepada satu bidang kepakaran seperti yang telah disusun oleh MAMPU juga adalah agak sukar bagi yang bertugas di bahagian melainkan memang ada kemahiran atau pengalaman khas sebelum ini sebab tiada pengkhususan dan latihan sesuai diperolehi di sini. Saya percaya BPM perlu memainkan peranan untuk menjaga kebajikan kakitangan teknikal yang berada di bahagian supaya bilangannya sesuai dengan keperluan bahagian dan diberi tanggungjawab yang sesuai dengan bidang tugas.
Jika diizinkan Allah, harap saya ada rezeki untuk ditempatkan di tempat yang membolehkan saya menggunakan dan memantapkan lagi ilmu dan pengalaman yang tidak seberapa setelah tamat belajar nanti. Saya cuma ada masa tiga bulan sahaja untuk meneruskan tugasan di sini dan akan cuba sebaik mungkin untuk memberi sumbangan yang sebaiknya. Mudah-mudahan Allah lancarkan segala usaha dan pekerjaan saya di sini dan yang akan datang. Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment