Alhamdulillah akhirnya saya telah dapat membuat keputusan dan pilihan yang terbaik untuk saya dan keluarga dalam memilih tempat pengajian yang sesuai setelah berhempas pulas bertanya di sini sana, melayari pelbagai forum dan laman web, berfikir dan melakukan pelbagai tindakan yang sepatutnya untuk mendapat ilham.
Pada asalnya, suami tercinta telah mencadangkan supaya kami ke Melbourne kerana negeri itu dikatakan menduduki tangga teratas dalam The Most Livable City di dunia. Kebetulan pula kursus Master of Science (Information System) di University of Melbourne yang memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan coursework dan thesis amat menarik hati saya dalam meningkatkan ilmu dan pengalaman. Kedudukan universiti itu pada tangga ke-2 di Australia juga mengujakan saya. Project proposal saya berkaitan Conversion Of Tacit Knowledge To Explicit Knowledge In System Development telah diterima dan saya telah menerima surat tawaran dengan dua orang supervisor. Tetapi mungkin bukan rezeki saya, maklumat yang perolehi dari rakan-rakan di sana mengenai cara hidup di Melbourne dan pembelajaran di University of Melbourne menggusarkan saya. Jika tidak kerana memikirkan anak-anak, saya mungkin tidak berfikir panjang. Dengan kos sara hidup yang agak tinggi berbanding negeri-negeri lain, cara hidup yang lebih moden dan sesak, kelas yang diadakan pada malam hari dan pelbagai faktor yang kebanyakannya tidak sesuai kerana mengutamakn keluarga, saya terpaksa berkorban dan membuat pilihan lain.
Saya memilih Brisbane berdasarkan maklumat yang saya perolehi bahawa kos sara hidup di sana lebih menjimatkan dan lebih sesuai untuk anak-anak kerana cara hidup yang lebih tenang dan banyak tempat-tempat yang sesuai untuk membawa anak-anak berjalan. Bila selesai memilih negeri, memilih universiti pula menjadi dilema kerana saya menerima dua tawaran, Master of IT (Advanced) dari Queensland University of Technology dan Master of IT (Management) dari University of Queensland. Kebanyakan pelajar yang mengambil jurusan IT memilih untuk ke QUT kerana kursusnya yang lebih praktikal dan lebih terkenal dalam bidang IT. UQ juga memiliki kelebihan yang tersendiri kerana berada pada tangga ke empat adalam universiti terbaik Australia dan suasana dan persekitaran yang sangat indah dan kondusif untuk belajar. Akhirnya UQ menjadi pilihan hati saya kerana saya merasakan pendedahan kepada bidang IT dan Pengurusan lebih penting berbanding dengan teknikal dan prktikal untuk masa depan kerjaya saya walaupun mungkin saya satu-satunya pelajar Malaysia yang mengikuti kursus tersebut.
Buat masa ini surat tawaran telah pun saya serahkan kepada pihak Bahagian Pengurusan Modal Insan, JPA dan financial affidavit telah diterima. Pasport anak-anak juga telah berjaya diperolehi dalam masa satu hari dan segala keperluan awal telah pun diserahkan kepada pihak IDP dan universiti. Sekarang sedang menunggu Confirmation of Enrolment dari pihak universiti dan seterusnya barulah saya boleh memohon pendaftaran sekolah untuk anak-anak dan Visa setelah COE diterima. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar buat masa ini dan mudah-mudahan untuk urusan-urusan yang seterusnya...
Followers
Friday, October 23, 2009
Update Please!
Wah! Lamanya tak berkesempatan untuk update blog ni. Tuntutan keluarga dan kerja menyebabkan masa untuk mengemaskini blog terbatas walaupun sekali sekala terasa rindu juga nak menaip lagi dalam blog. Alhamdulillah dah masuk lima bulan saya bertugas di tempat baru. Berpeluang belajar banyak benda baru tetapi mungkin kurang sesuai dengan minat dan cara kerja saya sebelum ini. Maklumlah, di tempat lama saya berada pada bahagian yang melaksanakan core business IT, dah tentu jauh beza dengan berada di bahagian yang hanya ada Unit IT yang kecil. Tapi rasa kagum pada insan-insan yang boleh bertahan bertahun-tahun di bahagian.
Di sini kita perlu kreatif dalam melaksanakan program dan tugasan sendiri sebab unit IT bukanlah unit utama. Pengkhususan kepada satu bidang kepakaran seperti yang telah disusun oleh MAMPU juga adalah agak sukar bagi yang bertugas di bahagian melainkan memang ada kemahiran atau pengalaman khas sebelum ini sebab tiada pengkhususan dan latihan sesuai diperolehi di sini. Saya percaya BPM perlu memainkan peranan untuk menjaga kebajikan kakitangan teknikal yang berada di bahagian supaya bilangannya sesuai dengan keperluan bahagian dan diberi tanggungjawab yang sesuai dengan bidang tugas.
Jika diizinkan Allah, harap saya ada rezeki untuk ditempatkan di tempat yang membolehkan saya menggunakan dan memantapkan lagi ilmu dan pengalaman yang tidak seberapa setelah tamat belajar nanti. Saya cuma ada masa tiga bulan sahaja untuk meneruskan tugasan di sini dan akan cuba sebaik mungkin untuk memberi sumbangan yang sebaiknya. Mudah-mudahan Allah lancarkan segala usaha dan pekerjaan saya di sini dan yang akan datang. Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)