Dah berkurun rupanya tak update blog disebabkan pelbagai komitmen lain walaupun sekali sekala terasa rindu nak menulis lagi. Kali terakhir menulis pasal pengalaman kali pertama memiliki pembantu rumah yang tak pernah terbayang di kepala ini walaupun selepas menerima kehadiran cahaa mata ke-3. Tapi ketentuan Allah itu lebih hebat dan terancang dari pemikiran manusia yang serba lemah. Alhamdulillah setelah 8 bulan berlalu, kesyukuran terus dipanjatkan kerana dikurniakan seorang pembantu rumah yang bertanggungjawab dan sangat komited dengan tugasnya. Anak-anak juga sangat serasi dan lebih berbahagia dan selesa berbanding dengan masa di nurseri satu ketika dulu. Tapi rasa risau tu tetap ada lagi-lagi bila dengar experience ramai kawan-kawan lain yang mengalami pelbagai pengalaman tragis tentang maid. Nauzubilahiminzalik…
Alhamdulillah hari ini sudah masuk 11 Ramadhan 1427 dan masih lagi diberi kekuatan dan nikmat untuk berpuasa dan beribadah dalam bulan mulia kali ini. Hari ke-11 ni nampaknya terpaksa pecah rekod beli makanan di bazar Ramadhan sebab lupa nak call bibik untuk pesan keluarkan lauk. Sampai rumah dah pukul 6 dan ikan daging semua keras ketung lagi. Experience menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan pertama kali dalam tahun ni nampaknya tak begitu menyeronokkan dan lebih meyakinkan untuk terus menyediakan makanan yang dimasak sendiri. Menu berbuka sepanjang Ramadhan:
1st day: Tom Yam Ayam, Paprik Sotong
2nd day: Mi Goreng
3rd day: Ayam Masak Merah + Kubis Masak Lemak
4th day: Sambal Ikan Keli + Kangkung Belacan
5th day: Daging Masak Kicap + Ikan Goreng Tepung
6th day: Nasik Goreng Ikan Masin + Sambal Ikan Bilis&Kentang
7th day: Puyuh Masak Halia + Sup Perut
8th day: Ikan Kembong Masak Sambal +Bayam Tumis
9th day: Asam Pedas Ikan Pari + Telur Dadar
10th day: Mi Goreng Basah
11th day: Nasi Kerabu Bazar Ramadhan Putrajaya
12th day(esok): Paru goreng masak sambal + Tom Yam Daging
No comments:
Post a Comment