
Itulah impian yang saya anggap sebagai angan-angan. Walaupun mungkin mustahil, saya tetap menyimpan hasrat untuk menjadikan angan-angan tersebut sebagai satu kenyataan. Atas azam dan impian itulah, pada Jun 2008, saya mencuba nasib dan memohon Hadiah Latihan Persekutuan sesi 2009 bagi Pegawai-pegawai Gunasama.

Seterusnya, saya telah menghadiri temuduga yang dijalankan di JPM. Terima kasih juga buat sahabat merangkap adik comel sepejabat, Nurul Elliza Jasmin kerada sudi meminjamkan blazernya disebabkan blazer yang sedia ada agak kurang memberangsangkan keadaannya. Pada masa yang sama, dua sesi interview HLP dijalankan bagi PTM dan juga PTD. Of course la PTD lagi ramai dari PTM. Terdapat tiga bilik temuduga HLP bagi jawatan PTM. Setiap bilik ada 3 orang interviewers yang terdiri dari wakil JPA/SPA dan Gred F. Saya mendapat giliran yang ke enam di bilik yang pertama walaupun tiba agak awal. Saya macam biasa, memang cool macam terer la konon tapi dalam hati siapa yang tau… Sifat semulajadi saya memang kurang selesa berada dalam keadaan gabra dan rasa sangat bersyukur kerana dikurniakan sifat tenang dan relax. Sambil menungu giliran, sambil bersembang dengan calon-calon yang lain. Majoriti memohon untuk ke local U. Dari 10 orang, hanya seorang dua saja yang berhasrat ke luar negara.

Kini, kami sama-sama sedang membuat persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi satu perkara yang besar dalam hidup dan tidak akan datang selalu ini. Banyak tips dan maklumat yang diperolehi dari rakan-rakan yang berpengalaman. Terima kasih buat Encik Ahmad Zuki dan juga admin forum PERJASA yang banyak berkongsi tips dan ilmu. Perjalanan menghadapi hari-hari penuh bersejarah ini akan cuba saya catatkan untuk dijadikan panduan rakan-rakan lain yang ingin mengikut jejak langkah yang sama. Namun, saya hanya mampu merancang dan Allah lebih berkuasa untuk menentukan segalanya. Semoga segala perjalanan dipermudahkan oleh-Nya dan setiap ketentuan-Nya adalah yang terbaik.