Followers

Monday, October 01, 2007

My Nearly 200 3oz Frozen EBMs for Little 6mos Adreana

Sejuknya kat opis hari ni, tak tau la apa yang sejuk sangat. Agaknya sebab orang tak ramai kot, haba pun kurang. Orang dah mula bercuti untuk buat persiapan hari raya. Kita pun tak terkecuali. Last week meronda ke tempat shopping raya paling bes, Jalan TAR untuk beli baju parent, PIL, Tok dan Opah. Ustat dan ustazah pesan ari tu, patutnya dah penghujung Ramadhan ni sibukkan diri dengan amalan bagi mengejar Lailatul Qadar, bukan sibuk bersoping kat Jalan TAR. Hehehe… Terkena gak makcik sebijik…
Olympus_piccas_536
Adrena akan mencecah 6 bulan 2 minggu lagi. Alhamdulillah dia seorang baby montel yang ceria dan memiliki kesihatan yang baik macam abang-abangnya. Dua tahun yang lepas dan berturut-turut time ni ada crucial time di mana adik diorang ni terjadi semasa diorang berusia 5 bulan. Syukur kali ni Allah bagi rehat lebih panjang sikit dan harap boleh la sampai Adreana dah 2,3 tahun nanti. Macam-macam projek makcik plan nak buat, cookies, kek, kuih muih, muffin, baca buku banyak-banyak, join tazkirah kat surau masa weekend dan macam-macam lagi yang tak mampu dibuat buat masa ini. Harap-harap tercapai la hasrat makcik ni. Jika ditakdirkan Adreana pun dapat adik cepat jugak, apa nak dikata… segala ketentuan Allah adalah yang terbaik buat kita….
Syukur jugak stok susu Adreana masih banyak (giler) berbanding dengan masa abang-abang dia dulu. By next two weeks, kita juga akan terus memanjatkan penghargaan dan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya menyempurnakan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan buat Adreana. Adreana akan start makan nanti dan kita plan untuk introduce dia dengan veges dan fruits terlebih dahulu, home made ler konon dalam perancangannya, sama macam abang-abang nya dulu… Macam mana la agaknya penerimaan Adreana pada makanan ye, tak sabar nak tengok… Dia boleh telan semua macam Along Ariff atau cerewet sakan macam Angah Akeef? Jangan pilih-pilih sangat tau Adreana, ummi will prepare the best food for u, ur brothers and of course ur dad…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...