Followers

Sunday, October 07, 2007

Met My Sister…

‘Assalamualaikum sister, tempat ni dah ada orang ke?’ gadis berwajah bersih, berbaju kurung bunga-bunga kecil warna biru dan bertudung krim tu bertanya tentang tempat di sebelah saya di cafe Econs. ‘Ye, ye, dah ada. Dia tengah beli makanan. Maaf ye..’. Dia tersenyum sambil menunjuk isyarat no problem.
Afrohah
Dah lama tak dengar orang sebut perkataan ‘brother’ n ’sister’ macam masa zaman-zaman kat U dulu. Tetiba rasa rindu sungguh dengan suasana dan zaman masa study di UIA dulu. Teringin nak further study dan teringin nak ada suasana yang sama macam di UIA walaupun tak bercita-cita nak sambung kat UIA. Kadang-kadang, bila teringat zaman belajar, teringat tentang ungkapan’ bai’ah’ yang kami laungkan sebelum tamat Ta’aruf Week. Muncullah perkataan-perkataan yang dah lama tak disebut secara perkataannya, ‘vicegerent of Allah on earth’, ‘cover our aurah inside and outside the campus’ dan lain-lain perkataan yang terlupa pulak saat ni. Rasanya masa baca bai’ah dulu, memang dah hayati sepenuhnya dan alhamdulillah saya masih berpegang kepadanya. Bila diingatkan, tak pernah terfikir pun kehidupan 4 tahun selepas grad. Alhamdulillah, banyaknya nikmat yang Allah kurniakan hingga saat ini. Dijodohkan dengan x-IIUM jugak yang memiliki fikrah dan pegangan yang sama. Masa dalam kelas bahasa Arab level 3, masa tu kitorang 3rd year kot, teringat pulak pesanan ustaz, ‘Antum dan antunna semua ni kena cari calon suami dan isteri masa sedang belajar ni. Kalau dah kerja nanti, susah nak tau latar belakangnya. solat ke tak solat, baik ke tak baik masa di rumah dan macam mana backgroundnya.’. Masa ustaz pesan tu, tak terbayang lagi betul ke tak betulnya. Tapi bila dah habis belajar, bekerja dan bertemu jodoh, baru lah sedar, memang betul cakap ustaz… Ada jugak best friend bagitau, ‘Aku kalau nak cari calon suami, aku nak budak UIA jugak la. Budak UIA ni at least solat tak tinggal..’ dan betullah, suaminya sekarang pun X-UIA, seorang lawyer yang berkaliber, dah ada 3 orang anak pun… Ada juga best friend yang dirisik oleh isteri kepada kawan lelaki yang sedang mencari calon isteri untuk dijodohkan dengan kawannya yang tak pandai nak cari sendiri. Dia mintak tolong kawannya cari kan sebab dia nak isterinya budak UIA.
Last Friday, masa tengah cuci mata kat salah satu kedai baju budak-budak kat Alamanda, saya disapa ‘Ya, nak beli apa? Awak dulu study kat UIA ye?’, tetiba rasa cam terkasima dan cuba mengingatkan balik imej wanita ayu kat depan ni.. tapi gagal, memang tak ingat. Tapi macam mana dia boleh kenal aku pulak ye? Rupanya namanya Tengku Z… (lupa pulak) dan amek BACC grad tahun 2002. Sekarang dah jadi auditor ke, accountant ke kat company tu di Seri Kembangan. Panjang jugak la kami sembang sampai masuk bab family dan anak-anaknya. ‘Suami pun UIA jugak ke?’, saya angguk dengan pertanyaan tu. ‘Akak dah agak dah sebab husband akak pun UIA jugak.’. Hubby dia amek BBA dulu tapi amek sijil penerbangan sebaik saja abis study dan sekarang jadi pilot pulak… Begitu seronoknya Kak Tengku dapat jumpa dengan X-IIUM dan saya dapat rasakan keikhlasannya bila bersalam dan dia peluk saya dengan erat sambil meninggalkan pesan, be a good customer. Heheh…macam takde kaitan je kan, tapi itu la kaitan dnegan kerjayanya. At last, makcik beli jugak la 2 helai t-shirt yang ada potongan 50% untuk anak bujang makcik.

Bground1Aura UIA tu masih lagi kuat dalam diri saya sebab ditemukan dengan teman sehidup semati yang jugak x-UIA dan best friend di opis pun x-UIA jugak (best pren dari matrik lagi tu… kuat betul jodoh…). 5 dari 6 orang adik beradik (termasuk adik ipar) x-UIA jugak. Adik yang kecik tu 2nd year Engineering kat UIA dan rasanya dia pun mebi jodoh ngan budak UIA gak kot…

Monday, October 01, 2007

My Nearly 200 3oz Frozen EBMs for Little 6mos Adreana

Sejuknya kat opis hari ni, tak tau la apa yang sejuk sangat. Agaknya sebab orang tak ramai kot, haba pun kurang. Orang dah mula bercuti untuk buat persiapan hari raya. Kita pun tak terkecuali. Last week meronda ke tempat shopping raya paling bes, Jalan TAR untuk beli baju parent, PIL, Tok dan Opah. Ustat dan ustazah pesan ari tu, patutnya dah penghujung Ramadhan ni sibukkan diri dengan amalan bagi mengejar Lailatul Qadar, bukan sibuk bersoping kat Jalan TAR. Hehehe… Terkena gak makcik sebijik…
Olympus_piccas_536
Adrena akan mencecah 6 bulan 2 minggu lagi. Alhamdulillah dia seorang baby montel yang ceria dan memiliki kesihatan yang baik macam abang-abangnya. Dua tahun yang lepas dan berturut-turut time ni ada crucial time di mana adik diorang ni terjadi semasa diorang berusia 5 bulan. Syukur kali ni Allah bagi rehat lebih panjang sikit dan harap boleh la sampai Adreana dah 2,3 tahun nanti. Macam-macam projek makcik plan nak buat, cookies, kek, kuih muih, muffin, baca buku banyak-banyak, join tazkirah kat surau masa weekend dan macam-macam lagi yang tak mampu dibuat buat masa ini. Harap-harap tercapai la hasrat makcik ni. Jika ditakdirkan Adreana pun dapat adik cepat jugak, apa nak dikata… segala ketentuan Allah adalah yang terbaik buat kita….
Syukur jugak stok susu Adreana masih banyak (giler) berbanding dengan masa abang-abang dia dulu. By next two weeks, kita juga akan terus memanjatkan penghargaan dan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya menyempurnakan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan buat Adreana. Adreana akan start makan nanti dan kita plan untuk introduce dia dengan veges dan fruits terlebih dahulu, home made ler konon dalam perancangannya, sama macam abang-abang nya dulu… Macam mana la agaknya penerimaan Adreana pada makanan ye, tak sabar nak tengok… Dia boleh telan semua macam Along Ariff atau cerewet sakan macam Angah Akeef? Jangan pilih-pilih sangat tau Adreana, ummi will prepare the best food for u, ur brothers and of course ur dad…

Sunday, July 01, 2007

Ariff: Bercerita, Akeef: Kira, Adreana: Ketawa



Tiada apa yang lebih membahagiakan menjadi seorang ibu selain melihat perkembangan anak-anak. Setiap hari, tak sabar nak tengok progress dan perkara baru yang diorang boleh buat.

Ariff as Abang Long memang sangat matured dan berdikari orangnya, sesuai dengan statusnya sebagai anak sulung dan abang kepada dua orang adik. Selain dari bermain, hobinya pada masa lapang ialah menyanyi dan membaca. Memang dia sangat minat menyanyi dan boleh nyanyi lagu dengan nada yang betul dengan hanya sekali dua dengar lagu tu. Antara lagu favorite dia adalah lagu-lagu dari album Yusof Islam, I Look I See, lagu nasyid Ummiku Sayang, My Heart, Aku Memang (Pencinta Wanita) dan banyak lagu kanak-kanak macam Anak Itik Tok Wi, Twinkle2 Little Star, Satu Labah2, 10 Little Indians, dan memacam lagi. Part membaca pulak, dia dah bleh sebut every image dalam buku ‘Colors’ dia. Baru2 ni, mak ngan adik2 kita sampai ternganga dengar dia baca buku colors tu sebab macam budak tadika. Punya la kuat ingatan dia sampai dia boleh hafal semua perkataan bergambar yang ada dalam buku tu. Yang terbaru, Ariff dah pandai bercerita. Last Saturday dia ikut abang g basuh kereta. Balik-balik tu, tak dan masuk umah dah sibuk dah, ‘Ummi, tadi Ariff g basuh kete ayah, ummi. Cantik…’. Lepas tu dok ulang cerita tu sampai ke hari Ahad tak abis lagi… Hehehehe…

Akeef plak dah pandai mengira dalam 3 bahasa satu sampai sepuluh. Tapi kiraan dia kena sambung-sambung. Contoh kita sebut Wahid, dia sebut Ithnain dan seterusnya sampai la Ashaghah (sepatutnya Asharah-10). Dia pun tepuk tangan sambil sebut dai dai..dai dai.. (Pandai…)

Anak dara kami yang sorang, Adrena memang sangat suka tersenyum dan tersengih. Pantang kena agah sikit, mula la sepet mata yang dah sedia sepet tu…. Sekarang badannya dah makin tembam, mau la dah 6kg tu… nak dukung lelama dah terasa dah sekarang ni…

Mudah-mudahan anak-anak comel ummi dan ayah jadi anak-anak yang soleh dan solehah….!

Saturday, June 16, 2007

Welcome My Dear Adreana Najla

Bbachik5Alhamdulillah, hari ni hari pertama kembali bekerja selepas 2 bulan bercuti. Mood nak bekerja semula tu masih dalam proses untuk di’up’kan kembali. Maklum la, dah lama dok umah sama ngan anak-anak.
Tak sangka pulak 3rd baby ni kluar cepat 3 hari dari tarikh jangkaan. Syukur sebab tayah kena induce.

14 April 2007 (Sabtu)
Setelah lama merancang, akhirnya hari ni dapat jugak kami p soping digi cam. Sebelum ni dah survey dah kat JJ dan dah jumpa digicam yang berkenan di hati. Tak kuasa nak merayau jauh-jauh, kami cuma p cari kat The Mines saja, takyah pening2 pikir jam, masa dan parking. Ariff tak ikut sebab mak bawak dia balik Taman Sekamat. So, Akeef la yang bertuah dapat ikut. Akhirnya dapat gak kami memiliki digicam baru setelah hampir setahun digicam lama tu rosak. Sempat jugak la tangkap gambar baby yang bakal kluar ni… Balik dari soping, kami singgah beli sate di stadium dan terus ke rumah mak.
On the way balik lepas soping tu perut dah lain rasa lain macam, dan kita pasan yang that was true 1st stage contraction. Tapi sebab rasa tak teruk sangat, maleh la nak bising2. Time makan sate ramai2 lepas solat maghrib kat umah mak, sakit tu makin terasa setiap 15 minit. Kita bagitau kat abang, rasanya anak abang ni nak kluar dah la esok. :-)
Lepas Isya’, balik umah. Time ni pun masih lagi terasa sakit tapi bleh tahan lagi sampai rasa takleh nak tido. Masa tu confius gak, nak g hospital ke tak ye, tapi pikir2 baik tunggu sampai betul2 sakit baru p. Dah pukul 1 lebih baru bleh lelap mata dan time tu sakit pun hilang.

15 April 2007
Pukul 5 pagi tetiba terjaga sebab contraction tu datang balik. Kali dah jadi 10 minit sekali. Rasanya memang dah confirm la baby nak kluar ni. Kita terus bangun, kemas beg Ariff dan Akeef, recheck beg ke hospital, mandi dan solat subuh. Patu kejut abang bagitau dah nak p hospital. Tapi sebelum tu pekena nasik lemak dan milo segelas dulu. Lepas tu makan telur kampung separuh masak 2 biji, petua nak bagi mudah bersalin. Orang kata makan mentah lagi mujarab tapi bila masuk tekak je, terus rasa macam kebang semacam je.

8.10 pagi kami bertolak ke hospital. Ariff dan Akeef dok umah Kak G. Naik kete je, tetiba sakit terus hilang. Eh, biar betul perut aku ni. Kang sampai hospital kang, diorang suruh balik pulak sebab perut ni buat lawak je. Ee… ngerinya kalau kena balik…

8.30 sampai hospital. Dalam pukul 9.15 baru pakai CTR dan pukul 9.45 baru dia check bukaan. ‘Dah 6cm ni, alhamdulillah awak boleh bersalin dah kejap lagi ni…’ misi tu bagitau. Lega rasanya walaupun heran jugak sebab dah tak rasa sakit langsung. Lepas pecah ketuban, misi suh p labour room. Sebab dia tengok kita relaks je, dia suh jalan kaki je. Sampai labour room, dia suh tukar baju nak bersalin, pastu baring atas katil. ‘Eh, biar betul aku dah nak bersalin ni, apsal takde rasa apa pun ni.’ Tapi sebab dah misi suruh, kita buat je la. Abang pun dah bleh masuk labour room dan misi pun dah prepare alatan nak sambut baby. Rasanya macam petang ni kot baru baby kluar, tak rasa apa pun…

10.45 pagi midwife datang masuk air. Dari titisan pertama air tu masuk, baru la contraction tu datang balik. Midwife kata, kalau rasa nak teran bagitau ye. Pastu dia selamba je keluar g tah mana2. Eh, takkan dah bleh teran dah kot walaupn ada rasa macam nak teran.
11 pagi midwife datang dan tanya, ada rasa nak teran tak? Sebab maleh nak pikir, kita angguk je. Alhamdulillah kali ni sebab dah ada pengalaman, teknik2 pernafasan dan push tu dah bleh dikawal dan sangat smooth (perasan). Alhamdulillah sekali lagi pukul 11.10 pagi baby ke-3 kami selamat dilahirkan dan secara automatik kita menerima kucupan terima kasih dan sayang dari abang. :-)

Tuesday, March 20, 2007

Anak Rapat Tak Cukup Kasih Sayang?

Alhamdulillah minggu ni kandungan dah mencapai usia 36 minggu. Syukur juga tak ada komplikasi atau masalah yang berlaku di sepanjang membawa adik Ariff dan Akeef ni. Memang ada beberapa perbezaan dari segi simptom berbanding dengan masa mengandungkan Ariff dan Akeef dulu, antaranya:

- Suka sangat makan makanan yang masam macam buah mempelam muda dan jeruk masa awal pregnancy (masa ni tak tau plak preknen).
- Teringin sangat nak makan macam2 masa awal preknen sampai sanggup masak
sendiri sebab nak makan puas-puas.
- Selera makan berbeza seperti pengalaman sebelum ni, tidak bertambah sangat
tapi agak berkurang bila dah masuk 9 bulan.

Tapi dari segi fizikalnya, tak jauh beza. Kalau orang lain, makin ramai baby,
perut makin besar, tapi kita plak 3rd baby ni, saiz perut yang paling kecik
daripada sebelum-sebelum ni. Saiz baby, tak sure la, mungkin bertambah sikit
dari Akeef atau mungkin jugak lebih kurang.

Sekiranya Allah tidak memberi peluang kepada saya untuk preknen 3 tahun
berturut-turut ni, maybe saya pun terpikir jugak, tak penat ke dia dok
mengandung tiap-tiap tahun, kesian kat anak-anak, sure tak cukup kasih sayang
dan sebagainya. Alhamdulillah Allah memilih saya dan setiap yang Allah tentukan
itu, bukanlah untuk menyusahkan kita, pasti ada hikmah dan ganjaran yang Allah
sertakan kalau kita redha dan sentiasa bersyukur.

Berdasarkan pengalaman yang tak seberapa setakat ni, alhamdulillah, saya tidak
rasa penat atau jemu mengandung tiap-tiap tahun. Kalau orang kata malu, tidak
ada apa yang nak dimalukan. Sepatutnya rasa bangga dan bersyukur sebab tidak
semua orang dipilih oleh Allah untuk dapat rezeki seperti ini. Ada juga orang
kata anak tak cukup kasih sayang. Pernahkah orang yang bercakap tu hadapi
situasi ini? Pada saya, tidak… Anak-anak saya dapat kasih sayang yang
secukupnya dan tak pulak macam ‘anak terbiar’ seperti yang orang bayangkan bila
ada anak ramai dan rapat. Saya dan hubby cuba buat yang terbaik malah
mungkin lebih baik dari orang lain yang cuma ada anak seorang.

Seperti orang lain jugak, kami didik anak-anak kami bukan masa dia dah keluar
ke dunia, tapi sejak dia dari dalam perut lagi. Anak yang ke-3 ni, walaupun
masa tu amat limited, saya cuba spend jugak masa almost everyday untuk bacakan al-Qur’an untuk baby yang dalam perut dan jugak abang-abang dia. Saya curi masa untuk membaca bahan-bahan yang bermanfaat supaya anak-anak saya juga punya minat membaca dan mencari ilmu. Saya memilih untuk menyusukan anak-anak saya dengan susu ibu sepenuhnya hingga sampai masa yang sesuai sebab saya tau, itu adalah yang terbaik untuk diorang. Bukan senang nak berjaya menyusukan anak sepenuhnya sebagai ibu bekerja, tapi saya cuba juga dan alhamdulillah Allah banyak tolong di samping sokongan dari keluarga dan kawan-kawan. Hasilnya, anak-anak saya sangat jarang alami masalah kesihatan, bijak dan mendengar kata.

Saya prepare makanan di rumah pengasuh setiap hari untuk anak saya masa diorang
baby untuk pastikan tiada makanan yang tidak sesuai masuk dalam perut dia. Saya
dan suami jugak akan pastikan diorang ambil makanan dan minuman yang baik. Tiada
cekedis, minuman manis, gula-gula atau jelly. Sebagai alternatif, kami beri
yogurt, cheese, coklat, soya dan keropok tradisional. Anak-anak kami juga takde
masalah makan sayur dan minum air masak walaupun kadang-kadang ada masalah
memilih makanan. Diorang memang ada botol air masak khas sorang satu yang kami
bawak ke mana-mana untuk pastikan diorang tak minum air yang tak sesuai.

Ariff dan Akeef diperkenalkan dengan flash card dan buku sejak dalam pantang lagi. Saya
dan hubby akan spend masa untuk bacakan buku atau flash card untuk diorang
setiap hari. Alhamdulillah, memang anak-anak saya sangat minat membaca, pandai
bukak buku sejak kecil lagi dan Ariff sudah pandai sebut sendiri bila bukak
buku kegemaran dia. Masa saya belum kawen dulu, biasanya saya jumpa budak umo 4
tahun terkial-kial bukak buku dalam keadaan yang terbalik Saya tak mau perkara ini berlaku pada anak-anak saya dan saya dan hubby mau jadi guru pertama kepada anak-anak saya. Koleksi buku diorang pun banyak dan saya akan pastikan saya akan belikan at least sebuah dua
buku baru setiap bulan. Ariff juga sudah tau perform solat dan mengaji secara basic sebab kami letak dia depan kami ketika solat sejak dia baby lagi. Kami ajar anak-anak kami baca doa makan, tido, selepas azan dan beberapa doa lagi.

Everytime azan, kebiasaannya, anak-anak saya akan buat gaya suruh diam (shhh..)
dan akan tadah tangan berdoa sebaik saja azan selesai. Azan maghrib, Ariff akan
tutup pintu dan TV dan TV hanya akan dibuka semula pada pukul 8pm. Ariff sudah petah bercakap sejak umur setahun setengah dan tak pakai diaper siang dalam usia 2 tahun sebulan. Akeef dah pandai panggil ummi dan ayah masa baru berusia 10 bulan dan sekarang (setahun)
sudah mengenal dan pandai menyebut beberapa perkataan dan huruf Arab
seperti mim, ba dan ya. Saya tidak pasti lah kalau dengan usaha-usaha kami yang
tak seberapa ni anak-anak kami dikatakan tak cukup kasih sayang atau tidak dididik
dengan sempurna. compare dengan orang lain.

Memang tak dinafikan Allah banyak membantu saya dan hubby. Anak-anak kami
memang anak-anak yang sangat baik, bukan jenis meragam, mendengar kata dan
dikurniakan kesihatan yang sangat baik. Jika tiada masalah, anak- anak kami
tidak meragam bila nak tido malam atau terjaga tengah malam dan akan tersenyum bila bangun keesokan paginya. Walaupun ada dua orang anak kecil, saya dan hubby tidak pernah MC atau EL kerana anak-anak sakit sejak anak pertama lagi. Mudah-mudahan anak yang ke-3
ni pun macam tu jugak dan mudah-mudahan ianya berkekalan hingga diorang dewasa.

Mungkin cabaran mendidik anak-anak masa diorang kecik-kecik ni sehebat bila diorang dah
meningkat usianya nanti. Apa pun, kami sentiasa berusaha untuk menunaikan
tanggungjawab mendidik mereka menjadi insan soleh dan solehah. Kami sedar,
anak-anak adalah permata yang paling berharga dalam hidup kami dan yang akan
mendoakan kami bila kami sudah tiada di dunia ini.

Monday, January 08, 2007

I'm A Mom!



Pengalaman melahirkan Ariff dan Akeef merupakan antara kenangan terindah yang takkan kita lupakan sampai bila-bila. Alhamdulillah Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya di sepanjang perjuangan menjadi seorang isteri, ibu dan anak. Semoga kebahagiaan dan kasih sayang-Mu berpanjangan selamanya…
**************************************************************************
Ariff Najmuddin Mohd Nasir - 12th January 2005
Alhamdulillah…akhirnya berakhirlah penantian kitadan hubby selama 40 minggu sebelum ni. Baby kiut kita telah selamatdilahirkan 5 hari yang lepas, 12 Januari 2005 pada pukul 4.20 am dengan berat 3.18kg. Pengalaman melahirkanzuriat pertama takkan kita lupakan sampai bila-bila especially bilaterdengar suara baby menangis buat pertama kali.
—————————————————————————————–
11 Januari 2005
5.00 p.m.Dah sampai waktu balik. Kalau masa drive sendiri g opis dulu, tepatpukul 4.30 je kita dah chow, tapi bila perut dah terkena stering danabang kena ambik ni, kita pun balik lewat sikit sebab tunggu abang dari Putrajaya. Sementara tunggu abang, biasanya kita g surau solat Asardulu sebab abang biasa sampai dalam pukul 5.30 dan dia pun akan solatAsar dulu, pastu baru kami berangkat balik. Hari ni takde la boringsangat sebab ada kawan kita yang ambik KPLI kat situ, dia temankan kitasampai abang datang. Hari ni abang datang awal plak, 5.15. Lepas diasolat, kami pun bergerak…

6.00 p.m.Petang ni kami singgah umah mak dulu sebab nak ambik surat kenatambah subjek kalau berminat untuk keje SA ngan gomen dari UIA. Surattu kena reply sblom 17 Jan ni. Lepas ambik surat, bersembang ngan makkejap, 6.30 kami pun balik umah. On the way tu, kita nampak orang jualnasik lemak kukus, macam sedap jer… kita mintak abang nak makan nasiklemak tu. Abang pun patah balik g beli nasik lemak kukus.

7.00 p.m.Perut kita ni rasa macam lain macam la. Kejap rasa sakit…pastuhilang. Kejap lagi sakit balik. Kita penah baca dalam babycentre yangsalah satu tanda nak bersalin ialah contraction yang kejap ada, kejaptakde tapi kita rasa blom lagi kot sebab takde la rasa sakit sangat.Lepas solat maghrib berjamaah dengan abang, kami terus makan nasiklemak. Time solat tu, tetiba rasa sakit tu datang, hadoi…rasa maacmnak berenti kejpa tapi tahan la sikit lagi, dah nak abis dah… Makannasik pun sambil tahan sakit perut sebab rasa macam lain macam je,takut tak sempat pulak nak makan nanti. Dalam sakit-sakit tu, licinjugak nasik lemak, tinggal kertas surat kabar dengan daun pisang jeyang kita tak makan. Sebab tengok kita sakit lain macam je, abang puntak jadik nak g surau solat isya’ ni. Kita kata takpe, bukan sakitsangat, bleh tahan lagi tapi dia takmau jugak…

8.30 p.m.Cite kegemaran kita, Jewel in the Palace dah start. Kita pun tengokcite tu sambil baring menahan sakit yang makin lama makin sakit pulakrasanya. Bila masuk isya’ je kita terus solat sebab rasa macam lainmacam je malam ni…

9.00 p.m.Tengah terpejam-pejam tahan sakit tu, tetiba ‘pop!’ kita dengar adaletupan kecil dalam perut kita dan serentak dengan itu ada air mengalirkeluar dengan banyaknya macam air kencing tapi memang banyak gila dantak bleh ditahan-tahan. Time tu, rasa sakit tadi tetiba hilang.Aiseh…air ketuban kita dah meletup ke…camner ni? Kita pun bagitauabang. Ha…abang pun terperanjat dan dia pon terus g solat isya’ dansambil tu kita pun g salin baju yang sesuai untu ke hospital. Air yangpecah tadi tu turun tak berenti-renti dan abang kena alas seat denganrain coat plastik sebab air macam air hujan.

9.30 p.m.Lepas sampai kat emergency bahagian O&G, kita terus g registerkat counter tu. Ada nurse 2 orang tengah tengok TV, pastu takde oranglain dah. Aik.. pelik…hospital ni memang takde orang ke?

9.45 p.m.Lepas register, nurse tu suruh pakai uniform spital dan masuk dalamsatu bilik tu untuk check jantung baby dan tahap contraction. Kita puntak pasti alat apa yang dia pakai tu tapi dia ada alat yang letak katperut tu pastu ada paparkan denyutan jantung baby dan percentagecontraction. Tak lama pastu sorang dr pompuan datang untuk check bukaanjalan. ‘Dah 5cm ni, bleh g labour room terus ye.’ Masa tu tak tau lanak cakap perasaan kita, berdebar, takut, excited, insaf dan happy punada. Baby dah nak kluar dah…

10.15 p.m.Kita dah ada kat dalam labour room dan abang pun ada sebelah kita.Masa ni tak rasa sakit sangat, baru second stage la kot. Macam tadijugak, kejap sakit, kejap tak tapi makin kerap banding ngan sblom ni.Sambil tu, mulut kita tak putus2 baca doa sakit bersalin dan apa2 doayang kita tau. Masa ni, rasa berdebar2 sangat. Nurse pasangkan oksigenngan masuk air kat tangan kita. Rasa rimas jugakla berwayar2 ni tapiapa nak buat. Kejap kang dengar suara baby dari bilik belah sana, kejapkang kat belah sini pulak. Best nye..baby diorang sumer dah kluar. Pukul bape la baby kita pulak nak kluar ni…

12.00 p.m.Time ni dah ras sakit sangat dah. Bila contraction datang, kitasebut Allah sambil pegang tangan abang kuat2. Kita rasa sure abang nyertangan sakit masa tu sebab kita picit kuat sangat. Rasa macam taktertanggung sakit nya. Diorang dah buat preparation untuk sambut babykluar. Ada macam2 benda kita tengok diaorang siapkan.
12 Januari 2005

3.30 a.m.Nurse kata baby dah bleh kluar sebab jalan dah bukak.Alhamdulillah, akhirnya takyah la kita tahan2 lagi baby ni sebab diadah nak kluar sangat ni tapi tadi diorang tak bagi lagi tadi. Time nidah tak rasa sakit dah sebab bila contraction datang, diorang suruhpush baby. Kita pun dengan sekuat tenaga yang ada try la bagi babykluar. Ada 5,6 kali cubaan jugak la tapi masih tak berjaya. Kita dengardiorang kata kepala baby senget la, besar la tapi diorang semua memangbest la sebab tak putus2 bagi semangat termasuk hubby kita kat sebelah.Kalau dia takde, tak tau la camne. Walau pun rasa sakit, tapi kita blehdnegar jelas suara abang dan nurse2 tu sumer bagi semangat.

4.20 a.m.Akhirnya, untuk cubaan yang ke berapa kali tah, kita berjaya jugakkeluarkan baby. Alhamdulillah… Abang kata lepas baby kluar je,diorang terus campak baby atas perut kita. Time ni, hilang semua rasasakit tadi bertukar menjadi rasa happy dan bersyukur yang amat sangat.Abang pun seronot sangat sampai tak terkata… Lepas nurse cuci dantimbang baby, dia pun bagi baby kat abang untuk azan dan iqamat. Lepastu, baby terus berenti nangis dan tersu tertidur. Time tu la abangdapat tangkap gambar baby.

13 Januari 2005
2.00 p.m.Setelah berpuas hati dengan kesihatan kita dan baby, kami pundibenarkan pulang hari ni. Alhamdulillah baby kita bebas dari demamkuning sampai la hari ni. Mungkin sebab masa dah masuk 9 bulan tu kitaada minum susu kambing dua tiga kali kot.
______________________________________________________________________
Akeef Nu’man Mohd Nasir
Alhamdulillah setelah lewat seminggu menanti kelahiran2nd baby yang terlepas dari EDD nya, akhirnya my 2nd son selamatdilahirkan pada 1 Mac 2006, 7.04 pm di HUKM dengan berat 3.47kg (normalbirth). Alhamdulillah Akeef sempurna, sihat walafiat dan sungguh comel.Rasa tak jemu-jemu pandang muka dia. Pengalaman kali ni dengan inducedan epidural, agak berbeza dengan masa melahirkan Ariff dulu. Kalau Ariff lahir awal sehari, turun tanda ketuban pecah dan without epidural, Akeef pulak terlebih 7 hari hingga terpaksa diinduce pada hari ke tujuh. Walaupun dah melalui pengalaman sebelum ni, pengalaman kali ini juga tetap manis dan takkan dilupakan sampai bila-bila…Welcome to this wonderful world Akeef. Ummi dan ayah akan berikan yang terbaik agar Akeef jadi anak yang soleh…
*************************************************************************************
27 Febuari 2006 (Isnin)
Isk…pagi ni rasa cam malas nak g keje sebab baby tak kluar-kluarlagi walaupun dah terlepas due 5 hari. Kalau masuk opis kang sure orangtanya, tak beranak lagi ke? Tensi…tensi… Ingat dah selamat laweekend lepas, tapi tunggu punya tunggu, kita jugak yang selamat. Kebetulan hari ni abang off, so kita ingat cam nak g hospital la, nakmintak dia induce ari ni jugak (berani tahap gaban ni…). Satu sebabutamanya ialah kita akan ambik exam undang-undang pada 7 Mac nanti. So,kalau lambat sangat bersalin, kang tak sempat plak luka makcik tu baik.Kalau at least dapat seminggu sebelum tu pun, rasa cam dah ok (fromprevious experience). Harap kali ni pun sama jugak la…

So, dalam kol 8 lebih macam tu, kita ngan hubby pun ke hospital,siap bawak beg sumer la lepas hantar Ariff kat umah mak ngah. Punya laberkobar-kobar, rasa cam nak beranak sangat dah. Sampai-sampai kat emergency tu, orang agak ramai jugak pagi-pagi ni.Bila nurse tu tanya, apa kes, tak tau nak jawab macam mana. Takkan nakkata saya nak induce hari ni jugak… Tetiba datang idea cakap baby takberapa aktif dan tarikh pun dah over due. (Suppose mmg la dah hujung2pregnancy ni baby takleh bergerak sangat sebab ruang dah sempit.).Lepas tunggu dalam lebih kurang setengah jam, baru la kita dimintamasuk ke bilik yang sama cam masa nak deliver Ariff ari tu untuk checkheart beat baby. Bila bagitau Dr baby tak aktif sangat since ari Sabtu(yeke), apa lagi, dapat la sedas dua dari Dr tu. ‘Sepatutnya bila awakrasa je baby tak gerak sangat, terus je datang emergency, jangan tunggulagi, bahay taww…’. Sib baik Dr tu pun lembut je tapi dari cara diacakap tu, memang dia very concern dan risau sangat ngan condition baby.Yang mak baby ni bleh buat selamba je. Bila check bukaan, Dr kata dah ada tapi baru 1cm, so macam belum sampaimasa lagi tapi dia suh warded gak… Yey! Akhirnya dapat gak kita masukspital untuk bersalin setelah menanti begitu lama…

Kita dimasukkan ke wad yang sama seperti sebelum ni, Wad Delima.Cuma katil je tak sama. Dulu katil no 15, hari ni dapat katil no 16,sebelah-sebelah je. Dengan serta merta rasa cam terpandang-pandang jediri sendiri bersama Ariff yang baru lahir duduk kat katil nombor 15tu. Lepas dah salin uniform, tak tau nak buat apa sebab tak sakit kan.Dok la merayau-raya cari network baru kat sekitar wad tu. Abang taklehdok lama sebab bukan waktu melawat. Petang nanti baru dia datang balik.Kita siap bawak bekal majalah, al-Qur’an dan stock makanan punya banyaksebab dah tau akan ambik masa sket sebelum bersalin betul. So,everytime lepas solat dan time boring-boring, rasa seronok sangat sebabboleh spend masa untuk baca Qur’an. Kalau di rumah atau pejabat, takdapat la chance macam ni sebab kena layan anak dan buat kerja opis. So,rasanya decision yang kita buat ni dah betul la supaya boleh rest danspend masa untuk perkara sepatutnya…

28 Febuari 2006 (Selasa)
Hari ni, Dr masih belum decide nak induce lagi. Pepagi masa diorangdatang check pun, dia tak kata nak induce. Isk..bila la dapat bersalinni… Orang kata kalau bersalin induce ni, sakitnya berkali ganda darinatural tapi rasa cam tak sanggup dah nak tunggu sebab tarikh exammakin dekat dan kita memang dah nekad untuk ambik exam tu next weekjugak walaupun baru 2,3 hari lepas bersalin sebab takmo tunggu-tunggudah…

Alhamdulillah akhirnya petang tu Dr bagitau, diorang akan masukkan ubat induce pagi-pagi esok, dalam pukul 7. Dalam pada itu, member-member baru di sini makin ramai. Ada yang dahbersalin ngan baby, tapi biasanya diorang dok tak lama sebab kat areakita untuk kes-kes biasa yang tiada masalah. So, kita meneruskanliputan network ke area yang lebih besar sampai ke kes-kes berat. So,kat sana jumpa kawan-kawan yang ada problem placenta previa (uribawah), twin, darah tinggi dan memacam lagi. Bila lepas maghrib je,kitorang tengok TV kat bilik TV sama-sama. Bila petang-petang atau rasangantuk, kami bersembang dan kebetulan memang ada minah lawak sorangdua, so memang tak kering gusi la kami dok wad ni… Isk kitorang ni,orang masuk spital baring je, kitorang ni siap buat mesyuarat lagi…

1 Mac 2006 (Rabu)
6.00 pagi dah bangun dah sebab rasa macam tak lena tdio, tak sabarnak tengok muka baby yang menedang-nendang ni… Sebelum azan subuh,kita dah mandi dan siap untuk solat subuh. Pastu sambung ngan bacaal-Qur’an dan ma’thurat.

7.00 pagi pegi ke bilik rawatan untuk masuk ubat. Rupanya da lagi2,3 orang member yang akan masuk ubat jugak pagi ni. Disebabkan 2ndbaby, Dr hanya masukkan 1/2 biji ubat sebab jalan dah sedia ada. Memebryang anak sulung tu kena masuk 2 bijik… Isk banyak tu…

10.00 pagi dah start rasa mild contraction. Pastu call abang, manatau kot kena masuk labor room awal ke. Sambil-sambil tu, round wad danmelawat kawan-kawan untuk lupakan rasa sakit yang dah start datangsikit demi sikit.

12.00 tengah hari makanan sampai. Memang elok la tu sebab dah lapardah. Dalam sakit-sakit tu banyak jugak makan tapi tak dapat nak abiskansebab banyak nasiknya… So, makan share ngan abang supaya takmembazir. Rugi kalau tak abis sebab lauk sedap…

1.00 petang Dr check bukaan. ‘Ok, boleh masuk labor room, dah 3cm..’ Masa tu rasa berdebar-debar. Even dah 2nd experience, rasa surprise tu masih ada. Tapi makcik tetap cool.. Memandangkan labor room dah penuh time tu, kita dimasukkan ke 1st Stage. Kat sini sebenarnya tempat bakal ibu yang baru dalam 1st stage contraction sebelum dihantar ke labor room bila dah mencapai mild contraction. Kat sini katilnya tak banyak, dalam 5 buah je tapi tempatnya cukup selesa dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya. Masa tu dah ada 2 orang yang join dalam bilik tu. Mana la tau, kot ada yang tak sempat nak ke labor room, terbersalin kat sini ke, syok jugak… Tapi kat sini takde doktor. Cuma senior midwife yang dah otai-otai yang jaga. Diorang pun semua baik-baik dan very friendly. Selepas masuk ubat untuk proses ‘pembuangan’ dan menjalankan proses tersebut, kita sambung lepak kat atas katil. Time ni, memang dah rasa makin sakit dah tapi tak sanggup plak nak mengada-ngada, orang lain pun cool je lagi… Kat sini hubby takleh masuk, kena tunggu kat luar. Bila nak masuk labor room nanti, baru diorang akan panggil hubby. Masa tengah tahan sakit tu, tetiba diorang gelabah sebab patient sebelah tu dah nak beranak sangat dah, kepala baby dah nampak… Terus diorang tolak dia g labor room. Dalam keadaan cemas camtu, diorang tetap professional, makluma la, dah terer…

3.30 petang dah makin sakit rasanya. Tapi bleh sengih-sengih lagi kat satf situ.. Akak midwife tu datang dan offer pakai gas. Tak kisah la kak pakai apa pun asalkan boleh rasa kurang sikit sakit ni… So, for the first time, kita belajar sedut gas (lupa la namanya) dengan tunjuk ajar midwife tersebut. O..macam ni rasanya pakai gas ni. Gas tu kena sedut dalam-dalam bila contraction datang, lepas tu kita akan rasa macam tak sedar dan secara automatik kita tak pikir rasa sakit tu.

4.00 petang Bila diorang tengok kita makin kerap sedut gas, diorang check lagi.‘Dah kena g labor room dah ni, dah 6cm. Dik tahan ye dik, kita g laborroom sekarang…’ Kita pun terus ditolak ke labor room sambil diorang pun cari abang untuk join saat-saat suspen yang bakal meninggalkan kenanagn manis dalam hidup kami… Sampai di labor room, kita diberi epidural sebab dah request masa kat 1st stage lagi. Nak rasa experience yang berbeza plak dengan epidural. Memang kurang sikit rasa contration, bukan kurang sikit, kurang banyak jugak. Bayangkan masa tengah final contraction tu, siap boleh sembang dan buat lawak lagi ngan abang dan midwife. Midwife yang jaga kita ni pun baik sangat orangnya. Tak putus-putus berikan kata semangat dan sambil-sambil tu dia terangkan alat-alat yang diraong gunakan dalam bilik tu. Satu yang tak bestnya pakai epidural ni, proses nak bersalin tu akan jadi lebih lambat compare dengan tak pakai. So, terpaksa la tunggu beberapa jam lagi.

6.30 petang Masa yang ditunggu-tunggu pun sampai. Dr sampai dan minta kita untuk push baby. Masa tu, kata-kata semangat dari hubby, Dr dan midwife memang jelas kita dengar. Bila rasa contraction je, kita try my best tapi nampaknya 4,5 kali push pun masih tak berjaya sampai dr kata, ‘Afrohah, try ur best ye. Ni kalau tak dapat jugak, kita kena pakai vacuum. Nanti kepala baby akan jadi lonjong sikit’. Ngeri pulak dengar. So, bila dengar je Dr cakap camtu, dengan sepenuh tenaga yang ada kita try push lagi dan alhamdulillah akhirnya baby pun keluar without epi. Of course, abang la orang yang paling gembira. Excited dapat 2nd baby tak kurang macam masa dapat 1st baby jugak…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...