Followers

Thursday, January 17, 2008

Akeef Loves Books Too


Alhamdulillah pagi ni my kids tak meragam dan seronok ke taska. Cuma pagi ni, terlewat sikit keluar dari rumah n nak kena punch card dulu sebelum hantar diorang ke taska. So, tadi parking depan laman E11, bawak Adreana je dan tinggalkan Ariff dan Akeef dalam kereta yang dimatikan enjin. Kebetulan memang everyday ada pak guard jaga kat situ, mintak tolong dia tengok-tengokkan budak 2 orang tu. Lepas salam dan kiss diorang, diorang pun happy, so boleh bekerja dengan hati yang senang hari ni.

Pagi tadi, sempat jenguk diorang kat taska. Adreana kat bahagian baby, tengah main while other babies were sleeping. Maklum le, dia yang paling otai kat situ, 9 bulan. Budak lain semua kecik2 je…Akeef pulak kat bahagian 2 hingga 1 tahun. Budak-budak lain sibuk main mainan, naik kuda, geget anak patung, dia pulak sibuk ambik buku banyak-banyak dan bagi satu sorang kat budak-budak yang tengah main. Kengkonon macam suruh study la, asyik main je korang ni. Bila tengok dia macam tu, lega la sikit rasa hati ni. Takde la dia meragam macam masa mula-mula dulu. Kita pun tak sangka, dia pun dah mula cintakan buku macam abang dia. So, berbaloi la makcik beli buku banyak-banyak sejak diorang dalam pantang lagi. Cuma dah berlima ni, weekend je la masa yang ada untuk baca buku sama-sama. Ajar ngaji pun selalu tak sempat. Hopefully, bila ada maid nanti, lebih banyak manfaat untuk kami sekeluarga. Dah macam-macam plan untuk the kids berlegar2 dalam kepala ni. Tak payah la kami 2 in 1 dan kadang-kadang 3,4 in 1 macam sekarang ni, anak-anak nak kena layan, kerja rumah pun nak kena settlekan.

While waiting for the maids’ profiles from Warisan Srikandi, I got a call from another agency which recommended by Sh Naqiya. Time tu, kita pun dah tak ingat agent yang mana sebab survey banyak agent jugak hari tu. Rupanya Hatiwaja Maid Agency. He said that he already has one maid under another employer, but that person canceled it due to family problem. So, the agency offer pada kita sebab dia kata ada orang lain yang sedang queue tunggu maid tapi banyak bangsa lain. Dia rasa rugi bagi pada yang lain sebab dia tengok orangnya rajin, bertanggungjawab dan kerja tak payah disuruh. So, lepas balik kerja I made a phone interview with the bibik, mana tau boleh dalam ilham dan petunjuk dari interview tu. She’s 37, has 3 children (18,17,16), got 4 years experience as maid and nursery worker in Malaysia, and loves children. Dia bersolat penuh dan menutup aurat, cuma baca al-Quran tak berapa pandai (she mentioned herself). Ish…kalau nak nak tunggu yang 100% sama macam yang kita nak, tak tau la bila boleh dapat. Apa yang ada pada maid ni pun rasanya dah cukup baik dan susah nak cari. I send sms kat Warisan Srikandi untuk tanya bila boleh dapat profile. Dia kata dah dapat tapi semuanya umo 19-22 tahun. So, maybe bibik ni memang rezeki my children la kot….

Monday, January 14, 2008

Maid vs Maidless

Olympus_piccas_377Moving to new home not only bring happiness and wonderful story, even there are obstacles and problems that we have to face patiently. Anyway, alhamdulillah… memang lebih banyak kebaikan di rumah baru ni berbanding dengan rumah sebelum ni. Rumah lebih menawan environment nya, penjimatan petrol dan tol, menjauhkan anak-anak dari persekitaran dan exposure yang kurang menyenangkan, lebih banyak masa untuk anak-anak, lebih dekat dengan tempat kerja, lebih selesa untuk tetamu dan saudara mara datang bertandang dan yang pasti, kita tidak menyesal dan bersyukur atas setiap yang berlaku…

As a mother to 3 little kids, my kids’ emotion and well being are my concern. Berpindah ke rumah baru bermakna diorang perlu dihantar ke tempat pengasuh yang baru. Kalau dulu diorang dihantar ke rumah pengasuh di mana diorang di’entertain’ dengan sempurna dan mintak apa pun dapat, now dah tak macam tu sebab diorang dihantar ke taska yang ramai budak-budak lain dan tidak ada orang yang bagi special attention to everything they need. Ada baiknya sebab diorang boleh belajar berdikari dan berkawan. Tapi pada kita, taska ni sesuai untuk anak-anak yang berusia 2 tahun dan ke atas, less than that, diorang memang memerlukan orang yang boleh layan dan attach sentiasa dengan diorang.

Memang kena sabar banyak-banyak sebab awal-awal ni diorang punya ragam tu, MasyaAllah…Cabaran yang terpaksa diharungi bukan saja beri kejutan pada anak-anak, tapi jugak pada kita dan hubby pada minggu-minggu awal dalam environment baru. Kalau dulu, pagi-pagi anak-anak dihantar ke jiran sebelah rumah yang dah jadi macam sedara sendiri dengan beg pakaian dan bekalan2 lain yang hanya perlu dihantar seminggu sekali atau dua saja, tapi sekarang, diorang dah kena bangun pagi-pagi, mandi dan dihantar ke taska yang penuh dengan budak-budak lain dengan kereta. Olympus_piccas_348Pada minggu yang awal, memang beri kejutan dan stress sampai rasa tak boleh nak buat kerja, asyik pikir macam mana la diorang kat taska ni. Tapi ini bahagian kita, anak-anak kita dan kita perlu face cabaran ni dan berfikir secara positif. Rasanya, kalau kita dok pikir, susah, susah, susah, memang tak sanggup nak hadapi kerenah diorang. Alhamdulillah, masuk minggu ke-2, they feel better and comfortable with the taska.

But still currently, I have to go out before 7.30am even dari rumah ke office just take less than 10mins to make sure I get strategic parking place to send my kids. Just imagine, nak angkut 3 orang anak berusia 3 tahun, 22 bulan dan 9 bulan yang masing-masing ada peel sendiri especially yang 22 bulan tu sebab dia terlebih manja. Bersama jugak dengan 3 bijik beg masing-masing (kat taksa ni kena bawak beg hari-hari). Kadang-kadang ada yang meragam masa nak bangun pagi, masa nak turun dari kereta, even dah masuk taska pun nak keluar balik n I have to rush for my punch card! I really cannot concentrate with my office work for the first week sebab asik teringat kat diorang je. Kalau dulu, I can go back biasanya at 6.00pm but now, 4.30pm mata kita dah melilau tengok jam sebab taska tutup pukul 5.30. Pernah 1 day, kita kena mintak izin keluar dari meeting awal sebab masa tu dah pukul 5.45pm dan bila kita sampai taska, tinggal anak kita 3 orang je yang bersama dengan cikgu… Sedihnya tengok diorang. Bila balik pulak, memang diorang kelaparan sebab polisi taksa yang hanya menyediakan susu untuk diorang pada waktu tengahari dan tea pada 3.30pm. Lepas dari tu, no additional food or drink except plain water. Everyday, I have to spare cream bun for their alas perut before we reach home. Olympus_piccas_407Since my little 9 months baby dah sehari suntuk tak jumpa Ummi dia, she really need me to cuddle her and she refuse to sit in her car seat and akan nangis sepanjang jalan sambil memanggil ‘Ume..ume…’. Aduh, kesiannya anak Umi… Bila balik, diorang nak kena mandi (masa hantar rumah orang dulu, balik dah siap dinner dan mandi semua) and have their dinner before 7pm. Of course I cannot prepare dinner myself sebab diorang pun sibuk nak my attention. So, they have to wait for their dad. Kalau ayah diorang balik cepat, they can eat early and I can prepare another house work and get ready for maghrib prayer while my hubby attend them. Bila diorang meragam lagi, ish..memang rasa macam nak meragam sekali. They will go to bed early as 8.30 - 9.00 pm sebab dah letih dengan aktiviti di taska. So, masa tu la kita dan my hubby will do our house chores and prepare their packs for tomorrow. I don’t know kalau ada mommy lain yang hadapi perkara yang sama macam kita dan I really want to see her to share what we feel.

After a few discussions with my dear hubby, we decide20070415__69 to hire a maid to tak
e care of our children (yg kecik 2 orang tu) since diorang macam tak berapa sesuai ke taska and help us with the house chores. Sebelum ni memang tak terfikir nak ambik maid sebab alhamdulillah kami boleh manage everything nicely. Lagi-lagi bila dengar macam-macam cerita ngeri dan menakutkan tentang maid yang membuatkan kami lebih sanggup tutup mata pasal maid. Tapi perancangan dan ketentuan Allah tu melebihi segalanya, sampai pada satu keadaan di mana kami perlu berfikir semula tentang perkara yang kami cuba elakkan selama ni. After a few readings and chatting dengan opismates, I got a clear idea to get a maid. Cabaran pertama kami adalah cari agen yang dipercayai untuk provide maid. Nak carik agen ni pun bukan mudah sebab agen memang bersepah-sepah, pilih dan sedia duit je. Solat istikharah dan hajat menjadi perkara utama yang perlu dilakukan bila nak ambik maid sebab maid ni nanti akan jadi part of our family who will be with my kids all the time when we are working. Apa yang dia buat, sedikit sebanyak akan beri kesan pada anak-anak sama ada ianya menyenangkan atau negatif. Setelah menghubungi beberapa agensi, Allah buka hati kami untuk memilih Warisan Srikandi Exclusive Maid Service sebagai consultant untuk kami dapatkan maid. We already fill up the ‘Housemaid Perference Form’ and here goes our maid preference:

1. Berusia antara 28-35 tahun
2. Telah berkahwin dan memiliki anak 2 orang atau lebih
3. Memiliki pendidikan sekurang-kurangnya sekolah menengah atas
4. Mempunyai background agama yang baik dan boleh membaca al-Quran dengan baik
5. Sukakan kanak-kanak

Itu antara kriteria utama yang kami perlukan. Harap sangat boleh dapat yang 100% meet the criteria. Maid ni biasanya menggambarkan majikannya jugak. So, I really hope to have a maid who is a good Muslim as well. She has to wear tudung everytime there is a muhrim, even bila dia nak keluar selangkah dari pintu rumah, she has to. The first thing yang my hubby plan to ask, to recite al-Fatihah. So, boleh tau la dia solat ke tak solat. Tak sanggup le aku nak menanggung dosa kalau maid yang tak jaga bab-bab ni semua dan kalau memang dia tak tau, jadi tanggujawab kami la nak mengajarnya. She must able to read the Quran supaya dia boleh bacakan al-Quran dan ajar anak-anak mengaji masa free time di rumah. I’ll prepare the timetable for her, and ‘Mengaji with the children’ will be in the list. Kalau dia boleh baca English, it will be a bonus for me. Dia boleh bacakan buku-buku diorang yang berlambak-lambak kat rumah tu, macam mana yang kita selalu buat masa weekend dan free time. So, ada la aktiviti berfaedah anak-anak kat rumah dan tak la diorang boring. Ariff will still go to taska as we believe that it is better for him and the maid. Taska tu memang bagus sebab banyak aktiviti yang boleh merangsang minda dan mendidik kanak-kanak. Lagi pun, as my hubby said, rugi kalau kita tak bagi peluang pada Ariff untuk gunakan sepenuhnya otak dan kemampuannya sebab dia jenis yang cepat tangkap dan sangat minat berkawan dan belajar. Itu adalah perancangannya buat masa ni dan mudah-mudahan Allah permudahkan. Maids’ profile are on the way and for the time being, solat hajat dan istikharah perlu diteruskan supaya Allah bagi jalan untuk dapat maid yang baik. Alhamdulillah atas nikmatMu ya Allah, dan sekiranya ada ujian untuk untuk kami, selamatkanlah anak-anak kami dan jadikanlah mereka insan yang soleh dan solehah. Amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...