Followers

Sunday, October 07, 2007

Met My Sister…

‘Assalamualaikum sister, tempat ni dah ada orang ke?’ gadis berwajah bersih, berbaju kurung bunga-bunga kecil warna biru dan bertudung krim tu bertanya tentang tempat di sebelah saya di cafe Econs. ‘Ye, ye, dah ada. Dia tengah beli makanan. Maaf ye..’. Dia tersenyum sambil menunjuk isyarat no problem.
Afrohah
Dah lama tak dengar orang sebut perkataan ‘brother’ n ’sister’ macam masa zaman-zaman kat U dulu. Tetiba rasa rindu sungguh dengan suasana dan zaman masa study di UIA dulu. Teringin nak further study dan teringin nak ada suasana yang sama macam di UIA walaupun tak bercita-cita nak sambung kat UIA. Kadang-kadang, bila teringat zaman belajar, teringat tentang ungkapan’ bai’ah’ yang kami laungkan sebelum tamat Ta’aruf Week. Muncullah perkataan-perkataan yang dah lama tak disebut secara perkataannya, ‘vicegerent of Allah on earth’, ‘cover our aurah inside and outside the campus’ dan lain-lain perkataan yang terlupa pulak saat ni. Rasanya masa baca bai’ah dulu, memang dah hayati sepenuhnya dan alhamdulillah saya masih berpegang kepadanya. Bila diingatkan, tak pernah terfikir pun kehidupan 4 tahun selepas grad. Alhamdulillah, banyaknya nikmat yang Allah kurniakan hingga saat ini. Dijodohkan dengan x-IIUM jugak yang memiliki fikrah dan pegangan yang sama. Masa dalam kelas bahasa Arab level 3, masa tu kitorang 3rd year kot, teringat pulak pesanan ustaz, ‘Antum dan antunna semua ni kena cari calon suami dan isteri masa sedang belajar ni. Kalau dah kerja nanti, susah nak tau latar belakangnya. solat ke tak solat, baik ke tak baik masa di rumah dan macam mana backgroundnya.’. Masa ustaz pesan tu, tak terbayang lagi betul ke tak betulnya. Tapi bila dah habis belajar, bekerja dan bertemu jodoh, baru lah sedar, memang betul cakap ustaz… Ada jugak best friend bagitau, ‘Aku kalau nak cari calon suami, aku nak budak UIA jugak la. Budak UIA ni at least solat tak tinggal..’ dan betullah, suaminya sekarang pun X-UIA, seorang lawyer yang berkaliber, dah ada 3 orang anak pun… Ada juga best friend yang dirisik oleh isteri kepada kawan lelaki yang sedang mencari calon isteri untuk dijodohkan dengan kawannya yang tak pandai nak cari sendiri. Dia mintak tolong kawannya cari kan sebab dia nak isterinya budak UIA.
Last Friday, masa tengah cuci mata kat salah satu kedai baju budak-budak kat Alamanda, saya disapa ‘Ya, nak beli apa? Awak dulu study kat UIA ye?’, tetiba rasa cam terkasima dan cuba mengingatkan balik imej wanita ayu kat depan ni.. tapi gagal, memang tak ingat. Tapi macam mana dia boleh kenal aku pulak ye? Rupanya namanya Tengku Z… (lupa pulak) dan amek BACC grad tahun 2002. Sekarang dah jadi auditor ke, accountant ke kat company tu di Seri Kembangan. Panjang jugak la kami sembang sampai masuk bab family dan anak-anaknya. ‘Suami pun UIA jugak ke?’, saya angguk dengan pertanyaan tu. ‘Akak dah agak dah sebab husband akak pun UIA jugak.’. Hubby dia amek BBA dulu tapi amek sijil penerbangan sebaik saja abis study dan sekarang jadi pilot pulak… Begitu seronoknya Kak Tengku dapat jumpa dengan X-IIUM dan saya dapat rasakan keikhlasannya bila bersalam dan dia peluk saya dengan erat sambil meninggalkan pesan, be a good customer. Heheh…macam takde kaitan je kan, tapi itu la kaitan dnegan kerjayanya. At last, makcik beli jugak la 2 helai t-shirt yang ada potongan 50% untuk anak bujang makcik.

Bground1Aura UIA tu masih lagi kuat dalam diri saya sebab ditemukan dengan teman sehidup semati yang jugak x-UIA dan best friend di opis pun x-UIA jugak (best pren dari matrik lagi tu… kuat betul jodoh…). 5 dari 6 orang adik beradik (termasuk adik ipar) x-UIA jugak. Adik yang kecik tu 2nd year Engineering kat UIA dan rasanya dia pun mebi jodoh ngan budak UIA gak kot…

Monday, October 01, 2007

My Nearly 200 3oz Frozen EBMs for Little 6mos Adreana

Sejuknya kat opis hari ni, tak tau la apa yang sejuk sangat. Agaknya sebab orang tak ramai kot, haba pun kurang. Orang dah mula bercuti untuk buat persiapan hari raya. Kita pun tak terkecuali. Last week meronda ke tempat shopping raya paling bes, Jalan TAR untuk beli baju parent, PIL, Tok dan Opah. Ustat dan ustazah pesan ari tu, patutnya dah penghujung Ramadhan ni sibukkan diri dengan amalan bagi mengejar Lailatul Qadar, bukan sibuk bersoping kat Jalan TAR. Hehehe… Terkena gak makcik sebijik…
Olympus_piccas_536
Adrena akan mencecah 6 bulan 2 minggu lagi. Alhamdulillah dia seorang baby montel yang ceria dan memiliki kesihatan yang baik macam abang-abangnya. Dua tahun yang lepas dan berturut-turut time ni ada crucial time di mana adik diorang ni terjadi semasa diorang berusia 5 bulan. Syukur kali ni Allah bagi rehat lebih panjang sikit dan harap boleh la sampai Adreana dah 2,3 tahun nanti. Macam-macam projek makcik plan nak buat, cookies, kek, kuih muih, muffin, baca buku banyak-banyak, join tazkirah kat surau masa weekend dan macam-macam lagi yang tak mampu dibuat buat masa ini. Harap-harap tercapai la hasrat makcik ni. Jika ditakdirkan Adreana pun dapat adik cepat jugak, apa nak dikata… segala ketentuan Allah adalah yang terbaik buat kita….
Syukur jugak stok susu Adreana masih banyak (giler) berbanding dengan masa abang-abang dia dulu. By next two weeks, kita juga akan terus memanjatkan penghargaan dan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya menyempurnakan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan buat Adreana. Adreana akan start makan nanti dan kita plan untuk introduce dia dengan veges dan fruits terlebih dahulu, home made ler konon dalam perancangannya, sama macam abang-abang nya dulu… Macam mana la agaknya penerimaan Adreana pada makanan ye, tak sabar nak tengok… Dia boleh telan semua macam Along Ariff atau cerewet sakan macam Angah Akeef? Jangan pilih-pilih sangat tau Adreana, ummi will prepare the best food for u, ur brothers and of course ur dad…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...