Followers

Tuesday, March 20, 2007

Anak Rapat Tak Cukup Kasih Sayang?

Alhamdulillah minggu ni kandungan dah mencapai usia 36 minggu. Syukur juga tak ada komplikasi atau masalah yang berlaku di sepanjang membawa adik Ariff dan Akeef ni. Memang ada beberapa perbezaan dari segi simptom berbanding dengan masa mengandungkan Ariff dan Akeef dulu, antaranya:

- Suka sangat makan makanan yang masam macam buah mempelam muda dan jeruk masa awal pregnancy (masa ni tak tau plak preknen).
- Teringin sangat nak makan macam2 masa awal preknen sampai sanggup masak
sendiri sebab nak makan puas-puas.
- Selera makan berbeza seperti pengalaman sebelum ni, tidak bertambah sangat
tapi agak berkurang bila dah masuk 9 bulan.

Tapi dari segi fizikalnya, tak jauh beza. Kalau orang lain, makin ramai baby,
perut makin besar, tapi kita plak 3rd baby ni, saiz perut yang paling kecik
daripada sebelum-sebelum ni. Saiz baby, tak sure la, mungkin bertambah sikit
dari Akeef atau mungkin jugak lebih kurang.

Sekiranya Allah tidak memberi peluang kepada saya untuk preknen 3 tahun
berturut-turut ni, maybe saya pun terpikir jugak, tak penat ke dia dok
mengandung tiap-tiap tahun, kesian kat anak-anak, sure tak cukup kasih sayang
dan sebagainya. Alhamdulillah Allah memilih saya dan setiap yang Allah tentukan
itu, bukanlah untuk menyusahkan kita, pasti ada hikmah dan ganjaran yang Allah
sertakan kalau kita redha dan sentiasa bersyukur.

Berdasarkan pengalaman yang tak seberapa setakat ni, alhamdulillah, saya tidak
rasa penat atau jemu mengandung tiap-tiap tahun. Kalau orang kata malu, tidak
ada apa yang nak dimalukan. Sepatutnya rasa bangga dan bersyukur sebab tidak
semua orang dipilih oleh Allah untuk dapat rezeki seperti ini. Ada juga orang
kata anak tak cukup kasih sayang. Pernahkah orang yang bercakap tu hadapi
situasi ini? Pada saya, tidak… Anak-anak saya dapat kasih sayang yang
secukupnya dan tak pulak macam ‘anak terbiar’ seperti yang orang bayangkan bila
ada anak ramai dan rapat. Saya dan hubby cuba buat yang terbaik malah
mungkin lebih baik dari orang lain yang cuma ada anak seorang.

Seperti orang lain jugak, kami didik anak-anak kami bukan masa dia dah keluar
ke dunia, tapi sejak dia dari dalam perut lagi. Anak yang ke-3 ni, walaupun
masa tu amat limited, saya cuba spend jugak masa almost everyday untuk bacakan al-Qur’an untuk baby yang dalam perut dan jugak abang-abang dia. Saya curi masa untuk membaca bahan-bahan yang bermanfaat supaya anak-anak saya juga punya minat membaca dan mencari ilmu. Saya memilih untuk menyusukan anak-anak saya dengan susu ibu sepenuhnya hingga sampai masa yang sesuai sebab saya tau, itu adalah yang terbaik untuk diorang. Bukan senang nak berjaya menyusukan anak sepenuhnya sebagai ibu bekerja, tapi saya cuba juga dan alhamdulillah Allah banyak tolong di samping sokongan dari keluarga dan kawan-kawan. Hasilnya, anak-anak saya sangat jarang alami masalah kesihatan, bijak dan mendengar kata.

Saya prepare makanan di rumah pengasuh setiap hari untuk anak saya masa diorang
baby untuk pastikan tiada makanan yang tidak sesuai masuk dalam perut dia. Saya
dan suami jugak akan pastikan diorang ambil makanan dan minuman yang baik. Tiada
cekedis, minuman manis, gula-gula atau jelly. Sebagai alternatif, kami beri
yogurt, cheese, coklat, soya dan keropok tradisional. Anak-anak kami juga takde
masalah makan sayur dan minum air masak walaupun kadang-kadang ada masalah
memilih makanan. Diorang memang ada botol air masak khas sorang satu yang kami
bawak ke mana-mana untuk pastikan diorang tak minum air yang tak sesuai.

Ariff dan Akeef diperkenalkan dengan flash card dan buku sejak dalam pantang lagi. Saya
dan hubby akan spend masa untuk bacakan buku atau flash card untuk diorang
setiap hari. Alhamdulillah, memang anak-anak saya sangat minat membaca, pandai
bukak buku sejak kecil lagi dan Ariff sudah pandai sebut sendiri bila bukak
buku kegemaran dia. Masa saya belum kawen dulu, biasanya saya jumpa budak umo 4
tahun terkial-kial bukak buku dalam keadaan yang terbalik Saya tak mau perkara ini berlaku pada anak-anak saya dan saya dan hubby mau jadi guru pertama kepada anak-anak saya. Koleksi buku diorang pun banyak dan saya akan pastikan saya akan belikan at least sebuah dua
buku baru setiap bulan. Ariff juga sudah tau perform solat dan mengaji secara basic sebab kami letak dia depan kami ketika solat sejak dia baby lagi. Kami ajar anak-anak kami baca doa makan, tido, selepas azan dan beberapa doa lagi.

Everytime azan, kebiasaannya, anak-anak saya akan buat gaya suruh diam (shhh..)
dan akan tadah tangan berdoa sebaik saja azan selesai. Azan maghrib, Ariff akan
tutup pintu dan TV dan TV hanya akan dibuka semula pada pukul 8pm. Ariff sudah petah bercakap sejak umur setahun setengah dan tak pakai diaper siang dalam usia 2 tahun sebulan. Akeef dah pandai panggil ummi dan ayah masa baru berusia 10 bulan dan sekarang (setahun)
sudah mengenal dan pandai menyebut beberapa perkataan dan huruf Arab
seperti mim, ba dan ya. Saya tidak pasti lah kalau dengan usaha-usaha kami yang
tak seberapa ni anak-anak kami dikatakan tak cukup kasih sayang atau tidak dididik
dengan sempurna. compare dengan orang lain.

Memang tak dinafikan Allah banyak membantu saya dan hubby. Anak-anak kami
memang anak-anak yang sangat baik, bukan jenis meragam, mendengar kata dan
dikurniakan kesihatan yang sangat baik. Jika tiada masalah, anak- anak kami
tidak meragam bila nak tido malam atau terjaga tengah malam dan akan tersenyum bila bangun keesokan paginya. Walaupun ada dua orang anak kecil, saya dan hubby tidak pernah MC atau EL kerana anak-anak sakit sejak anak pertama lagi. Mudah-mudahan anak yang ke-3
ni pun macam tu jugak dan mudah-mudahan ianya berkekalan hingga diorang dewasa.

Mungkin cabaran mendidik anak-anak masa diorang kecik-kecik ni sehebat bila diorang dah
meningkat usianya nanti. Apa pun, kami sentiasa berusaha untuk menunaikan
tanggungjawab mendidik mereka menjadi insan soleh dan solehah. Kami sedar,
anak-anak adalah permata yang paling berharga dalam hidup kami dan yang akan
mendoakan kami bila kami sudah tiada di dunia ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...